Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Di Muor Sambil Belajar Sejarah



Minggu lepas kami sekeluarga pergi Muor, ada kenduri kahwin di Kampung Kesang. Rumah pengantin betul betul berdekatan dengan sungai kesang. Berhadapan pula dengan sawah padi terbentang luas.

Memang cantik lah pemandangan kat situ.

Sampai je di kawasan rumah pengantin, kami parking kereta di tepi sungai. Cuaca agak panas tapi angin bertiup sepoi sepoi bahasa meredakan rasa panas.

Sambil sambil parking kereta Encik Hasben mula buka cerita sejarah. Sejarah tentang Kesang di zaman pemerintahan Sultan Ali. (Hah, agak agak korang ingat tak topik sejarah pasal sultan ali ni?)

Cik Ros ni memang tak pernah lulus subjek serajah Tingkatan 4 & 5. Masa SPM je lulus, itu pun sebab ulangkaji soalan ramalan. Yang best nya yang Cik Ros ulangkaji tu lah yang keluar.

Maka nya, 16 tahun lepas, hari itu dalam sejarah Cik Ros dapat B dalam subjek sejarah SPM. 😂😂😂

Banyak yang Encik Hasben cerita, dari cerita sultan ali sampai ke cerita maharaja abu bakar. Kenapa bukan sultan ali yang memerintah johor. Bla...bla.. bla..

Kalau Cik Ros memang sumpah lah tak ingat langsung sejarah sejarah ni. Tapi tidak Encik Hasben. Dia ni macam buku sejarah bergerak tau. Hahaha.

Kalau pergi jalan jalan pun, diajak nya kami pergi muzium. 😝😝

Agak agak korang ada masalah pelupa ke ada anak anak yang tengah belajar ke, cepat cepatlah makan minyak ikan OmegaGuard tak pun makan Lechitin. Bagus untuk daya ingatan ya.

Orang perempuan yang lepas bersalin tu pun wajib lah makan OmegaGuard ya. Sebab kritikal sangat masalah pelupa tu. Hihihi.

Cik Ros
Yang Alergik Dengan Subjek Sejarah, Add Math & Fizik

+6013- 7528484
Pengedar Shaklee Johor Bahru

Tuesday, December 20, 2016

Atasi Masalah Keletihan Dengan Supplement Yang Betul


Cik Ros bukan nak masak semua vitamin ini.

Just nak display saja.

Almaklumlah orang dapur macam Cik Ros ni memang mainan nya dengan periuk, kuali dan senduk. Huhuhu.

Ini lah vitamin asas untuk Cik Ros yang dah 3 series ni, yang selalu sakit-sakit bahu & sengal-sengal badan. Bukan apa, vitamin ni lah yang jadi pelengkap nutrisi harian Cik Ros.

Nak harap makan sayur organik, ayam organik, daging organik dan buahan organik, tak mampu lah Cik Ros. Hihihihi.

Eh, korang  selalu tak sakit sakit badan ke sengal-sengal urat ke selalu letih ke?

Kalau selalu keletihan, cuba amalkan vitamin vitamin ini. Especially untuk orang perempuan yang bekerjaya dan juga suri rumah.

Salam 💗
Cik Ros
+6 013- 7528484
(Pengedar Sah Shaklee)

Monday, December 19, 2016

Nasi Kerabu Idaman Kalbu



Nikmat sangat tau bila dapat makan nasi yang satu ini.

Kegemaran Cik Ros. Nikmat nya bila dapat mengunyah ulam ulaman segar berserta nasi, keropok, sambal, budu, kelapa dan daging bakar.

Kalau ada telur asin dan solok lada lagi mengancam sarapan pagi ni kan. Perghh..

Sebenarnya dah lama Cik Ros ajak Encik Hasben pergi makan nasi kerabu Cikgu Siti dekat taman impian emas yang viral sangat tu.

Emmm. Sampai ke sudah tak dibawa nya bini yang baru sorang ni. Kahkahkah.

Tapi, setiap kali kalau pergi beli sarapan, Encik Hasben tak pernah lupa nak beli sebungkus nasi kerabu untuk bini dia. Suwwet kan. Kikikiki.

Boleh lah, janji nasi kerabu walau bukan nasi kerabu cikgu siti. Sekurang kurang nya dia tak lupa permintaan bini dia ni.

Ok, sekian, saja nak cerita pasal nasi kerabu. Untung untung lepas ni ada yang belanja Cik Ros makan nasi kerabu.

😝😝😝😝

Salam 💗
Cik Ros

Jenis Jenis Diabetes

Info tentang DIABETES

Diabetes ialah keadaan dimana paras gula dalam darah melebihi paras normal. Terdapat 2 jenis diabetes.

Diabetes Type 1: Pankres tidak dapat hasilkan insulin & memerlukan suntikan insulin. Selalunya ia diwarisi. Sebab itu ade kes kanak2 menghidapi penyakit ini.

Diabetes Type 2: Sel badan tidak dapat menggunakan insulin yg telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula. Samada sebab jumlah insulin yang dihasilkan tak mencukupi atau badan/receptor tak mampu gunakan insulin yang dihasilkan. Selalunya disebabkan oleh pemakanan & gaya hidup (boleh juga diwarisi)

Shaklee telah mencipta VIVIX yang tinggi dengan kandungan revesterol bagi membantu mengurangkan tahap kolestetol & darah tinggi serta membantu memperbaiki tubuh badan manusia untuk response pada insulin.

Sms/whatsapp:0137528484
Email: rosni_siti@yahoo.com




Sunday, December 18, 2016

Braised Lamb Shank, Hasil Air Tangan Encik Suami



Ini lah makanan lunch Cik Ros semalam, cuti maulidurasul. Hasil air tangan Encik Suami.

'Braised Lamb Shank' ala ala fine dining restoran mat saleh. Tapi yang ini versi halallan toiyiban dan sangat afdol dimakan kerana Encik Suami yang masak ala ala chef hotel 5 bintang.

Kalau korang nak tahu, masakan 'braise' ini seperti masakan stew, tapi hanya memerlukan sedikit kuah atau dipanggil 'gravy'. Kuah itu sendiri terhasil daripada air renehan daging peha kambing bersama sama daun saderi, daun salam (bay leaf) serta beberapa jenis herba seperti rosemary dan thyme.

Memasak nya juga memerlukan masa yang lama lebih kurang 2 hingga 3 jam untuk memastikan daging betul betul empuk.

Kalau korang nak masak, sebaiknya reneh daging sehari awal. Tapi semalam, suami Cik Ros mula mereneh daging awal pagi. Jadi sedang sedang jam 1.30 - 2 petang, dah dapat makan.

Cara memasaknya agak leceh, daging perlu diperap dengan garam dan serbuk lada hitam atau pun serbuk paprika sebelum di panggang sekejap di atas kuali.

Selepas itu, didalam periuk yang besar pula, masukkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan saderi.  Seteruskan masukkan tomato puree, tambahkan air dan masukkan daging.  Reneh sehingga daging empuk selama 2 hingga 3 jam. Tambah air jika berkurangan.

Selepas daging betul betul empuk, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan hidangan. Teruskan mereneh air lebihan tadi sehingga menjadi pekat, tambah garam secukup rasa. Air renehan inilah yang akan tuang di atas daging tersebut.

Di hidangkan bersama sama sayuran hijau dan kentang lenyek.

Nah, lecehkan memasaknya. Sebab tu ramai orang lebih prefer pergi makan dekat restoran atau hotel saja.

Kebiasaannya restoran ala-ala  mat saleh  meletakkan harga hidangan ini dalam lingkungan RM80 dan keatas, belum termasuk GST.

Dan perlu berhati hati juga jika makan di restoran luar yang tiada pengesahan Halal, kerana mengikut resepi asal daging tersebut perlu direneh dengan red wine.

Wah. Panjang Cik Ros bercerita, macam Cik Ros je yang masak kan. Hakikatnya bukan Cik Ros yang masak. Kahkahkah.

Terima kasih untuk Encik Suami yang sememangnya tidak pernah kekok beraksi di dapur. Selalu masakkan makanan yang sedap sedap untuk kami sekeluaga.

Tapi yang paling penting sekali, buat mak mertua Cik Ros juga, terima kasih. Anak mak yang bongsu tu memang pandai memasak.

Alhamdulillah.

Notakaki: bodek kena lebih, nanti boleh dapat makan sedap lagi. Kikikiki

Salam 💗
Cik Ros

Resepi Carrot Cake Yang Mudah Dan Sedap

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana memberi peluang pada Cik Ros untuk berkongsi resepi kek kegemaran Cik Ros ini.

Cake yang sangat sedap walaupun bahan asas nya ada Carrot (Lobak Merah). Siapa sangka lobak merah boleh menghasilkan kek yang #sumpahsedap kan.

Lagi lagi bila ditambah dengan serbuk cinnamon (kayu manis). Perghh...bau dia harum semerbak tau.

Sesuai sangat lah kalau korang buatkan untuk mak mertua atau bakal bakal mak mertua korang. Confirm dorang terus approved kau jadi menantu. 😝😝😝

Jom check it out:

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1/4 sudu teh garam halus
1 1/4(satu & satu per empat) sudu teh serbuk cinnamon

2 biji telur 
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyak jagung @ masak

1 1/4 cawan lobak merah yang sudah diparut dan diperah sedikit (perah guna tangan je)
1/4 cawan choc chip

Nota: Resepi asal, letak walnut & kismis/dried fruit. Tapi Cik Ros suka kek yang simple je, jadi Cik Ros tukar dan letak choc chip. Kanak kanak pon suka makan bila ada choc chip.



Step 1:

Lapik loyang dengan kertas minyak dan sapukan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 150°C terlebih dahulu (5 @ 10 minit awal)

Putar telur, gula dan minyak. Guna mixer boleh, guna whisk pon boleh. Putar lebih kurang dalam 3 minit hingga sebati.

 Step 2:
Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam, cinnamon dan garam masuk ke dalam adunan. Kacau sebati pakai senduk je.

Step 3:
Masukkan carrot dan kacau sebati


 Step 4:
Masukkan choc chip / walnut/ kismi dan gaul sebati


Step 5:
Tuang adunan ke dalam loyang size 8 x 8 inci. Bakar api atas bawah 150°C, selama 35 - 40minit. Bergantung pada suhu oven masing masing.

Dah siap bakar, keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan keluar kan dari loyang.



Carrot cake yang dah siap. Letak topping nutella saja. Sedap sangat!


Selamat mencuba

Salam 💗
Cik Ros

Peluang Berhijrah Ke Australia

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Sebenarnya Cik Ros jarang jarang buka Instagram.

Tapi setiap kali buka, mesti iklan berbayar yang ini lalu kat IG Cik Ros.

Mungkin ada kawan kawan Cik Ros yang berhasrat nak berhijrah, boleh try cuba test yang ini.


Kalau ada yang bertanya Cik Ros tak nak ke migrate ke Australia?

Ini jawapan Cik Ros : Cik Ros masih dulu kini dan selamanya di Malaysia.

Cik Ros Tazabar nak tunggu next election. Kahkahkah.


Salam 💗
Cik Ros

Thursday, December 24, 2015

Cara Mengubati Slipped Disc Tanpa Pembedahan

Slipped Disc juga dikenali sebagai PID (prolapsed interverterbral disc) . Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang.

Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient dan genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent) .

Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk waktu yang lama dan apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Sakit belakang yang di alami berpunca daripada :
√ Perubahan kepada disc
√ Kecederaan otot
√ Postur tidak betul
√ Patah tulang belakang (jarang)
√ Kelemahan otot stabiliti

Gejala-gejala Slipped dics:
√ sakit belakang
√ sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan √ kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
√ Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Objektif Rawatan Fisioterapi:

1. Untuk mengurangkan sakit
2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.

Cara Mengubati Slipped Disc Tanpa Pembedahan Dengan Mengambil Supplemen berikut:

1. ADVANCE JOINT HEALTH TABLET -Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal.

2. COLLAGEN POWDER
50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada Collagen. Collagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, Collagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

3. OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang
penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligament. Istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana ia lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan
membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

4. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Sunday, December 20, 2015

Makan Vitamin C Boleh Mencerahkan Kulit

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan fakta bagaimana Vitamin C boleh mencerahkan Kulit.
Jom kita baca...

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit
Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet sekiranya inginkan kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit.

Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit?
Jawapan nya: Ya, ia boleh! 

Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Untuk mengetahuinya, mari kita baca penjelasan di bawah ini.

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah.
Manusia boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

Vitamin C dan Kulit
Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.
Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan  struktur kolagen.
Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.

Vitamin C Menggalakkan Dua AntioksidanGlutathione dan Vitamin E
One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).

VITAMIN C MENINGKATKAN TAHAP GLUTATHIONE DALAM DARAH
Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.

Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?
Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah  (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.
Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duperpenting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.


Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Rindu Nak Mem'baking'

Petang tadi buat projek Nutella Cheese Kek. Sebab teringin sangat nak makan. Hari tu beli kat kedai, sedap! Nak beli lagi macam mahal je... Buat sendiri lagi murah.

Malam ni, buat projek Brownies Cik Kedut pulak untuk regular customer. Order 2 loyang, 12 inci. Rindu sangat dengan Cik Kedut kate nya. Padahal baru je beberapa minggu lepas dia order. Hehehehe... Penangan Cik Kedut memang tak boleh dilupekan!

Sebenarnya, dah lama tak open order untuk Cik Kedut, sekadar buat untuk regular customer sahaja.

Agak kesibukan sikit dengan Shaklee. Jadi hari ini lepas gian membaking!
Sambil-sambil baking, sambil-sambil update blog.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Saturday, December 19, 2015

Kesihatan Dan Kecergasan Otak Bayi Dan Kanak-Kanak

OMEGA 3 & KESIHATAN OTAK

Kandungan DHA didalam Omega 3 memberi manfaat yg sangat besar kepada kesihatan otak. DHA adalah fatty asid yg terdapat dalam otak manusia & ia sangat penting untuk sel-sel otak berfungsi & saling berhubung.

Adalah sangat penting bagi ibu mengandung mendapatkan Omega 3 fatty acids yg cukop untuk perkembangan otak & perkembangan mata janin dalam kandungan. Omega 3 juga mengurangkan risiko alahan/elergik bagi bayi.

Selepas kelahiran, bayi masih memerlukan Omega 3 fatty asid utk menyambung perkembangan otak yg sihat. Susu ibu mengandungi level fatty asid yg tinggi & kajian menunjukkan bayi yg menyusu susu ibu mempunyai pencapaian akademik yg baik apabila sudah besar.

Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu mengandung & menyusukan bayi untuk mengambil Omega 3 yg cukop dalam diet harian.

~~Dapatkan OmegaGuard Shaklee pada harga promosi yang sangat menjimatkan~~

Siti Rosni - 013.7528484
www.titisanmutiarabonda.blogspot.com



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Aktiviti Memasak Dengan Anak-Anak


Assalamualaikum semua

Hari tu terlebih rajin, jadi ni lah aktiviti saya dengan anak sulung. Kami buat apple pai comel. Dan beberapa minggu lepas kami buat snowy cheese kek.

Anak saya ni bab-bab membaking memang dia suka tolong. Tolong main & sepah-sepahkan. Hahaha...


Projek Snowy Cheese Cake


Tak pe lah kan, sekurang-kurangnya aktiviti macam ni boleh mengisi masa lapang anak-anak. Lagi pun boleh asah motor skill anak-anak juga. 

Sebagai ibu, kenalah pandai timbulkan minat pada anak-anak untuk rajin ke dapur. Jadi sejak dari kecil lagi dah boleh biasakan mereka ke dapur. Boleh cuba dulu ajak mereka join sama-sama uli doh untuk biskut, pai atau tart. Budak-budak ni bab-bab uli menguli kompem dorang suka sebab macam main play doh atau tanah liat. Tapi kali ni betul-betul buat, lepas siap biskut, pai atau tart nya, kita kasi dia makan. Dan cakap lah pada anak, "ini lah kuih yang abang/kakak buat tadi, sedap, pandai abang/kakak buat. Ibu bangga dengan abang/kakak"

Motivasi anak akan meningkat apabila menerima pujian macam tu daripada ibu bapa mereka.

Projek Apple Pai Comel


Projek Cheese Ball


Seronok aktiviti di dapur ni. Sesekali kenalah cuba ya!




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Jerawat Batu Yang Menyeksakan

Dalam pengambilan supplement, perlu di ingat tentang yang ini:

1. Supplement BUKAN ubat.

2. Supplment bertindak memenuhi 'lompong-lompong' nutrisi di dalam badan. Dalam erti kata mudah, kata lah orang tu dah makan berpinggan pinggan sayur dan buah buahan. Tapi keperluan nutrisi tetap tak cukup atas sebab sayuran dan buahan tercemar dek racun serangga, baja kimia dan hormon pembesaran.

3. Minum air yang cukup. Kerana air membantu dalam penyerapan nutrisi. Kalau bukan sebab amik supplement pon, tetap kene minum air yang cukup, baru lah badan dapat berfungsi dengan baik.

4. Cepat atau lambat kesan pengambilan supplement bergantung pada badan setiap orang. Contoh mudah, kata lah..hidup dah 30 tahun, dok makan bukan bukan, fast food, air coke, pepsi, garam tinggi, gula tinggi, segala makanan tak sihat dok sumbat dalam badan. Jadi jangan expect makan supplement sebulan dua dah nak nampak perubahan.




Gambar ini contoh pengguna yang bagus. Pengguna konsisten mengambil Vitamin E, Vitamin C dan ESP Shaklee selama 4 bulan. 

Konsisten itu penting. Pemilihan supplement yang betul pula adalah KUNCI nya!

.


Selamat. Semulajadi. Berkesan

Jaminan Shaklee untuk semua penggunanya!



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, December 18, 2015

Keluar Rumah, Hirup Udara Segar Dan Hilangkan Stress

Assalamualaikum teman-teman.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria.

Alhamdulillah, sekarang ni setiap pagi dan petang, jika tak hujan, sudah menjadi aktiviti wajib bagi saya dan anak-anak berjalan-jalan & main basikal depan rumah. Anak-anak pon gembira sebab dapat main bersama kawan-kawan.

Apabila menjadi WAHM (Working at Home Mother) ni, jangan asyik terperap dalam rumah saja tau, boleh jadi stress dibuatnya. Jika rajin bawa lah anak-anak bermain-main dan berlari-lari di taman permainan atau taman rekreasi yang berdekatan rumah. Tidak semestinya perlu pergi jauh-jauh. Paling mudah pon, boleh temankan anak-anak bermain-main dihadapan rumah. 

Sebaiknya keluar lah sekejap sedut udara luar, kasi paru-paru oksigen segar! Lihat cahaya mentari, rumput-rumput hijau dan bertemu sapa dengan jiran-jiran. Barulah badan segar dan otak pon cergas. At least boleh hilangkan sedikit stress kan...







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Sembelit dan Cara Mengatasinya


Assalamualaikum kepada semua teman-teman pembaca...

Sembelit dan perut berangin adalah masalah yang kerap saya hadapi. Sukar membuang air besar dan perut berangin dan pedih ulu hati selepas makan sangat lah menyeksakan dan kadang kala memberi kan masalah dalam kehidupan harian saya.

Tapi, sejak saya kenal dua supplement ini, Alhamdulillah masalah di atas banyak sangat kurangnya.

Herbalax bertindak sebagai pelawas yang lembut untuk perut.
Peppermint Ginger Plus memberi kelegaan kepada perut berangin.

Bagi anda yang mempunyai masalah seperti saya ini, saya cadangkan ambil 3 biji Herbalax sebelum tidur, dan hanya perlu diambil 3 kali seminggu. Manakala Peppermint, 1 atau 2 biji selepas setengah jam makan atau pada bila-bila masa perut rasa berangin dan pedih.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com