Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

 1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Sumber:
www.panduansuamisteri.blogspot.com




Jika anda ingin mendapatkan Set Berpantang dari Shaklee, anda boleh lihat penerangan tentang set ini di sini.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, July 17, 2014

Masalah Bentan Selepas Bersalin

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:

Antara penyebab masalah bentan ialah mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Cara-cara Mengelakkan Masalah Bentan

Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.



Jika anda ingin mendapatkan Set Berpantang dari Shaklee, anda boleh lihat penerangan tentang set ini di sini.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Monday, July 14, 2014

Tips Menjaga Luka Pembedahan Ceasarean

Tips Menjaga Luka Pembedahan Ceasarean

Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.


Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Sumber: portal.alamhammil.com

........................................................................


Kalau anda ingin dapatkan Set Asas Berpantang Moden dari Shaklee, boleh lihat penerangan tentang set ini di sini.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Saturday, July 12, 2014

Pengalaman Bersalin & Berpantang Secara Emergency Ceaserean

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-25 saya mengandung anak ke-2 & syukur hari ni 14 Ramadhan, saya dapat berpuasa dari hari pertama Ramadhan lagi. Allah berikan saya peluang kali ke-2 berpuasa Ramadhan ketika mengandung. Pada 2011 ketika mengandung anak pertama, saya dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Syukur. Semoga terus diberikan kesihatan & kesabaran untuk berpuasa penuh lagi.

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang selepas bersalin secara Czer (Ceaserean). Lebih tepat lagi Emergency Czer. Sebab mase tu dah berhempas pulas lebih kurang sejam lebih untuk deliver secara normal. Tapi setelah gagal forcep & vacuum & jantung baby pon dah semakin lemah, doktor decide untuk tidak amik risiko & decide untuk emergency Czer. Maka lahirkan seorang putera sebarat 3.02 kg pada 8 January 2012 & diberi nama Onn Bin Tarmizi.

Hah..begitulah hajat nak bersalin normal tak kesampaian..huhuhu...Ape pon syukur sebab saya & baby selamat & sihat.

Bermula lah kisah saya berpantang setelah bersalin secara Czer...Oppss, paling best & lengkap pakage, sebelum Czer tu, mase saya bertarung untuk bersalin secara normal, doktor dah pon gunting kat bahagian perinium (Episiotomi) untuk "laluan" bayi.....jadi saya berpantang dalam keadaan menjaga luka jahitan di bahagian "bawah" & luka jahitan kat perut...lalalalala....dah rase macam mane sakit bersalin normal & bersalin Czer. Pengalaman paling berharga!! Dan saya tak pernah menyesal & trauma untuk bersalin lagi...

Alhamdulillah, saya sihat sepanjang tempoh berpantang & selepas berpantang, walaupun masa tu selepas keluar dari wad bersalin saya kene check in selama seminggu kat NICU pula sebab Onn kene kuning & doktor sahkan Onn ade masalah tiriod serta dengupan jantung tak konsisten (Yang ni saya akan ceritakan dalam entry lain...tunggu ye!!).

Tak lama lepas doktor cabut tiub air kencing & saya dah boleh bergerak bebas, saya terus cuba bangun untuk memastikan badan tidak krem..Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Ye, memang ia sangat berkesan, saya dah rasekan.

Saya berpantang di rumah Mak. Saya tidak berpantang secara ketat & traditional sangat. Mak saya pon tak de lah strict sangat bab2 berpantang ni...hehehe... pilis & param pakai 3 kali aje..hehehe..tu pon time tukang urut datang mengurut..bengkung memang tak leh pakai le...tapi stokin & bertungku di kaki memang saya buat setiap hari. Makan pula, saya makan macam orang berpantang biase...& paling best saye berpantang dengan Supplement Shaklee..lagi satu jangan takut untuk minum air yg secukupnya..sebab badan kita perlukan air untuk penyembuhan luka, tenaga & untuk penghasilan susu badan..jangan minum dalam kuantiti yg banyak dalam satu masa, tapi minum sikit-sikit tetapi kerap.

Masa tu saya tak amik set lengkap berpantang, saya just amik Vitalea Multivitamin, Bcomplex, Zinc & ESP je. Bila amik Vitalea, Bcomplex & ESP memang badan rasa berbeza, rase bertenaga, muka tak pucat. Saya suke makan Zinc Complex sebab agak susah nak dapatkan ikan haruan segar & saya tak boleh minum pati ikan haruan (baby menyusu badan & akan kembung setiap kali saya minum pati ni). Kalau nak tahu ikan haruan ni kaya dengan Zinc yang bagus untuk penyembuhan luka. Luka jahitan Czer & jahitan perinium saya cepat baik & cantik aje bile kering. Saya memang tak makan jamu sebab saya ingin fully breastfeed kan baby. Lagi pon doktor pon tak galakkan amik jamu especially dalam tempoh berpantang.

Cuma pada saya, sepanjang berpantang, selain daripada pemakanan sihat, ape yang ibu-ibu perlu titik beratkan ialah "jiwa & mental" untuk elakkan stress. Sebab time ni hormon badan bercelaru lepas tu tak cukup tidur, penat & macam2 lagi..kite berada dalam keadaan berhadas besar & tak boleh solat & mengaji (Solat & mengaji Al-Quran sumber ketenangan jiwa)...kalau tak kuat & terlalu ikutkan perasaan memang kita boleh tertekan..jadi perbanyakkan selawat & zikir. InsyaAllah itulah sumber kekuatan & makanan rohani kita.

Ok lah...lepas ni saya akan ceritekan pulak kisah saya check in kat NICU menjaga baby selepas saya bersalin.

Salam sayang..
Ct Rosni

Hai..saya baby Boy!! Tak mau keluar, dok dalam perut lagi best!!




Ibu kerja..jadi Onn kene minum susu perahan


 Onn & Abah




Thursday, June 6, 2013

Pemakanan Yang Disyorkan Ketika Berpantang


PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-

Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan: 

Buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk), Jus Epal, Blackcurrant, buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika (Jika bayi juandis, elakkan minuman herba)

Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam-ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit, Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG
Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber: carian google.
---------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


Tuesday, February 12, 2013

Nutrisi Untuk Ibu Lepas Bersalin/Berpantang

Shaklee adalah supplemen yg saya makan sepanjang berpantang & breastfeed sampai lah sekarang anak saye dah 1 tahun sebulan. Alhamdulillah, happy tengok baby membesar dgn sihat.

Complete set supplemen ni InsyaAllah cukup untuk memenuhi keperluan ibu berpantang & menyusu. Ibu2 tak perlu cari jamu, kolagen, atau lain2…
Saya senaraikan ape yg perlu ibu ambil sepanjang berpantang & breastfeed. Saya ingin ibu2 tahu apa yg ibu2 makan dan khasiat setiap biji supplement yg ibu telan itu.

Supplement Asas Untuk Ibu Lepas Bersalin/Berpantang

B-COMPLEX
● B-complex bertindak sebagai penenang & mengelakkan stress atau meroyan dikalangan ibu berpantang.
● Berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah
● Sangat penting untuk menukarkan makanan yg kita ambil utk menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih.
● Vitamin B juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan.    

VITAMIN C 
● Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.
● Ape yg istimewanya Vitamin C Shaklee, adalah ia jenis SUSTAINED RELEASED atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.  
● Sangat penting utk penyembuhan luka jahitan & membaik pulih tisu yg rosak selepas bersalin.
● Juga penting utk meningkatkan system pertahanan badan kerana sebiji Vitamic C Shaklee menyamai 7 setengah biji buah oren.
● Penting dalam membentuk kalogen & penting dalam kecantikan.
● Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
● Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.
● Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.
● Membina kalogen untuk kulit yang sihat.
● Bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan.
● Meningkatkan penyerapan zat besi       

VITALEA/MULTIVITAMIN DENGAN ZAT BESI
● Sangat penting diambil oleh ibu2 berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin & mineral yg diperlukan oleh badan, dimana ia sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan sepanjang berpantang (pantang makan).
● Zat besi pula diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu2 yg kekurang vitamin ini akan kelihatan pucat, letih & tak bermaya.
● Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
● Membantu mencegah penyakit Tiroid@beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin,  

ZINC atau ZAT BESI
● Sangat penting utk membaik pulih luka jahitan & luka dalaman. Makanan yg kaya dgn zinc adalah Ikan Haruan. Agak sukar utk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula supply yg agak terhad. Justeru, pengambilan zinc setiap hari adalah tepat bagi ibu berpantang.
● Zinc juga mengatasi masalah “kedinginan" selepas bersalin.

Lain-lain supplement yg boleh di tambah mengikut budget masing2.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
● Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu badan & menjadikan susu ibu pekat berkrim
● Protein sebagai sumber tenaga dan bagus utk kesihatan kulit.. (long term -elak kulit kendur/saggy breast).
● Sebagai energy booster dan mengelakkan ibu2 kelaparan.
● Protin penting utk pemulihan tisu2 dan sel2 selepas bersalin

ALFAFA
● Bukan sahaje milk booster..tapi penawar allergy aczema utk baby dan ibu
● Mengatasi masalah keputihan, gatal2 & resdung.
● Dianggap seperti kacip fatimah moden; alfalfa terkenal dalam sejrah perubatan mesir purba, cina, india.
● Namun pesakit SLE tidak boleh mengambil alfalfa.    

OSTEMATRIX/CALCIUM
● Sesuai utk wanita yg kurang atau tidak minum susu
● Mengurangkan masalah sembelit ketika mengandung & berpantang
● Level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period dan sepanjang pregnancy
● Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, sebab mase pregnant, calcium ibu dah banyak brkurangan
● Mengurangkan masalah simpul biawak dikalangan wanita.
● Membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal
● Membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) mengurangkan simptom2 PMS*



Set A : Set Advanced Ibu Berpantang




Set B : Set Asas Ibu Berpantang



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com