Thursday, June 6, 2013

Pemakanan Yang Disyorkan Ketika Berpantang


PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-

Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan: 

Buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk), Jus Epal, Blackcurrant, buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika (Jika bayi juandis, elakkan minuman herba)

Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam-ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit, Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG
Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber: carian google.
---------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


26 comments:

  1. Sure ke makanan di atas boleh dimakan semasa berpantang ? ada cerita , mkn anggur bawa maut ... hummm....dot...dot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggur kategori buah yg panas la yunk...boleh mkn dan byk khasiat..

      Delete
  2. betol,kelmarin sy termkn mangga sbb geram nmpk sdp esoknye sy dah mula rsa skit2 bdn aspcially di bhgian breast kiri,rsa menyucuk2 smpe ke kepala stu bdn sjuk smpe jari kaki tgn kebas..lbh kurg 3,4hri jgk la mnggung kskitan..mmg xmkn dah mangga.

    ReplyDelete
  3. mane nak dpat kan buku resepi ibu bpantang tu???

    ReplyDelete
  4. Anggur boleh kurangkan kuning baby la... apa kes bawa maut haha!

    ReplyDelete
  5. Adui org ngomen atas ni dah kluar topik da... Masalahnya kalau buang kuning utk baby mkn la.. kasi rs di mulut sj.. yg cerita skrg ni masa berpantang tu bleh ke makan anggur? bukan anggur ni dlm kategori sejuk2... ke? sekadar pandangan shj., yang cerita bwk maut tu blm pernah dengar plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org menyusu badan mmg la emak dia yg kena makan bukan baby...dari susu la di salurkan ke baby... org dlm pantang elok makan anggur.

      Delete
  6. anggur blh mkn tp dlm 3-4biji je.. doktor yg ckp n sy mkn ok je.. tp sy lebih suka mkn oren.. sb luka pn cpt kering. lg2 pas mkn pati ikan haruan, mkn oren lg cpt kering luka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun ok je mkn anggur hitam...mlh kerap lg mkn..bt msa ni ok lg la x de pape..

      Delete
  7. Huhuhu anggur tue panas doc yg cakap. Hukhukhuk.

    ReplyDelete
  8. lain orang lain badan. ada orang dia boleh makan, ad orang xsesuai. cuba lah sikit2, klu boleh terus, klu xboleh tinggalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu laen org laen keadaannye...de yg ok de yg x tahan...tp kne selalu berhati2 la

      Delete
  9. Kalau org tua dulu2 semua buah x blh mkn..sy bpantang mak yg jaga n kebtln arwah nenek ada lg masa tu..buah2an semua dia x bg mkn..penyudahnya sy sembelit teruk..hmmm..rupa2nya masih ada buah2an yg org bpantang blh mkn

    ReplyDelete
  10. 90% senarai diatas boleh dipakai... cuma saya tak setuju air milo ngan semua kekacang/yg berbuah dlm tanah seperti ubi.... Milo boleh buat sembelit, kekacang/ubi berangin, boleh buat baby kembung...

    ReplyDelete
  11. Sy penah makan anggur ms dlm pantang ank kedua.. demam urat sudahnya!!! Mak sy dh ckp, anggur sifatnya sejuk, kalau org x pantang pon blh sakit urat kalau makan.. pastu kekacang dan roti mak2 x bg makan sb nt takut baby kembung...

    ReplyDelete
  12. Roti boleh buat baby kembung ke. Sebab saya fully bf.

    ReplyDelete
  13. Kalau turun darah..adakah darahnya kaler gelap atau merah cerah?

    ReplyDelete
  14. Saya mkn anggur 2biji..pastu perut terus mencucuk2 mcm senggugut...tobat xmkn dh...lain org lain bdnnyer...mungkin saya xsesuai..mkn oren jela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bru mkn anggur 2 3 hari lps..knon nk bg ilang kuning anak mlalui bg. Sudahnye sy jd skit badan mnyucuk2, demam...

      Delete
    2. Sy bru mkn anggur 2 3 hari lps..knon nk bg ilang kuning anak mlalui bg. Sudahnye sy jd skit badan mnyucuk2, demam...

      Delete
  15. Kekacang walnut n gajus die ckp..bkn Kcg tanah atau syur kacang..ubi tu die ckp ubi kentAng..bkn ubi keledek..kentang bolh man.

    ReplyDelete
  16. walnut tambah kan susu ke? baru dapat hadiah kurma dan walnut.. *tanya sebab tak tau. hehehe

    anggur ibu sy cakap bisa. tp alhamdulillah sy mkn ok. mkn sb baby kuning ms baru lahir. oren mbantu sy buang air bsr dgn jayanya. klu xmkn oren mau berjam dalam tandasm huuuuu

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Lain plak dgn sy.. Sy xmkn oren sbb susah nk cari yg manis.. Kalu masam xboley plak kan.. Jd sy byk mkn epal merah dgn anggur merah.. Bkn anggur itam.. Die merah gelap.. Byk jugak la mkn.. Sepanjg pantang tu alhamdulillah xd pape.. Mungkin tgk ketahanan bdn seseorg kot

    ReplyDelete