Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Jerawat Pasir Dan Kulit Muka Kusam, Bagaimana Menyelesaikannya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini excited sangat saya nak sharekan testimoni yang tersangat lah best ni.

Alhamdulillah berkat sabar dan konsisten dalam pengambilan supplement Shaklee, saudari Wani berjaya mendapatkan kulit muka yang lebih sihat dan cantik.

Masalah yang dihadapi Wani adalah jerawat pasir, wajah kusam, dan tumit kaki pecah. Wani mengambil GLA Complex dan Vitamin E selama 4 bulan pertama secara konsisten untuk proses pemulihan.

Apabila kulit muka sudah mula pulih, Wani hanya mengambil Vitamin C dan ESP sahaja. Bukan sahaja kulit muka cantik, masalah tumit kaki pecah yang dihadapi Wani juga selesai.

.

Konsisten & sabar sangat penting dalam pengambilan supplement.
KUNCI keberhasilan nya pula ialah supplement yang betul. 

Jaminan Shaklee : Selamat, Semulajadi, Berkesan.

Penjimatan yang sangat menguntungkan!
Sebotol Vitamin C Shaklee tahan untuk 3 - 6 bulan.
Setong ESP Shaklee tahan untuk 2 bulan.
.
.
Sekali lagi... Konsisten dan sabar. Serta pilihlah supplement yang betul!



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, April 26, 2013

Nutrisi Untuk Kulit Berjerawat dan Berparut

Wanita memang sinonim dengan kecantikan. Sebab tu ramai wanita sanggup buat ape saje utk jadi cantek. Tindakan paling drastik dan hardcore ialah plastic surgery. Tak kurang juge yg hardcore nye iaitu penggunaan produk penjagaan muka dan kosmetik tiruan yang ade bahan kimia berbahaya. Sebab nak cepat putih, nak cepat licin kulit muke dan nak cepat cantik, kebanyakkan wanita tak mengambil kisah tentang kandungan sesuatu produk. Hanye kerana produk tu glamer dan ramai orang pakai lepas tu siap ade artis plak yg jadi modelnye....makin terkejar2 wanita ni nak pakai jugak...bile muke makin teruk baru menyesal....lalalalala...

Sebenarnya untuk jadi cantik mudah aje, ape yg kite perlukan ialah sabar, sabar dan sabar. Elemen ni penting sebab nak cantik bukan sekejap, melainkan kalau dah mmg muke mcm Siti Nurhalijah..heheheh...Yang kedua utk dapat kulit yg cantik kite perlu tahu ape bende yg boleh buat kulit kite cantik?...untuk dapatkan kulit yg cantik, bebas jerawat, bebas jeragat, tidak berparut dan lain2, perlu dirawat dari dalam, bukan hanye dari luar iaitu siang malam pagi petang tepek krim pemutih atau tepek krim pelembab semata2...kesihatan kulit bermula dari dalam...bermula dari ape yg kita makan ..ape nutrisi yg kite dah bagi pada tubuh kite?

Ok jom kite bace tentang nutrisi atau vitamin yg diperlukan untuk mendapatkan kulit yg cantik, bebas jerawat, bebas jeragat, tidak berparut dan lain2.. artikel ni saye perolehi dari Utusan.
--------------------------------
Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:
Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman.
Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. 

Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu.

Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan, membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

.......................................

Shaklee menawarkan nutrisi yang lengkap untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda:




●Sustained Release Vita-C Plus (500mg) & Chewable Vita-C Plus (100mg)
●Vitamin E Complex
●Carotamax (Vitamin A)
●GLA Complex (Gamma linolenic acid)
●OmegaGuard (Omega 3 & 6)

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Monday, February 18, 2013

GLA Complex Untuk Kecantikan Kulit, Masalah PMS Dan Kesuburan

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita.

Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Adakah anda pernah mendengar EPO atau Evening Primrose Oil? Kebanyakkan GLA yang tersedia di pasaran, di hasilkan dari EPO. Berbeza dengan GLA Shaklee, ia diekstrak dari Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang di tanam secara organik dikawasan Saskatchewan. Setiap kapsul mengandungi lebih 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.

Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terperlihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

♥ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

♥ Membantu meningkatkan kesuburan

♥ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)

♥ Membantu dalam menangani menopus

♥ Menguatkan kuku dan rambut

♥ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

♥ Membantu menangai ekzema

♥ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid

♥ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri

♥ Menguatkan imuniti tubuh

♥ Memperlahankan proses penuaan

♥ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

♥ Mengawal kencing manis dan darah tinggi

♥ Mengawal kolesterol

 Sekiranyana anda berminat atau inginkan maklumat lanjut tentang GLA COMPLEX SHAKLEE, boleh hubungi saye sms/whatsapp atau email.

________________________________________________________________________________

JIKA ANDA INGIN MERASAI KEBAIKAN & KEHEBATAN GLA COMPLEX SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA, SMS/WHATSAPP ATAU EMAIL DAN PASTINYA ANDA AKAN DAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA, KHAS UNTUK CUSTOMER TITISAN MUTIARA BONDA.

Shaklee Independent Distributor,

Mommy Rosni (ID-867232)
Sms/whatsapp : 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni