Showing posts with label Sendi Dan Tulang. Show all posts
Showing posts with label Sendi Dan Tulang. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Cara Mengubati Slipped Disc Tanpa Pembedahan

Slipped Disc juga dikenali sebagai PID (prolapsed interverterbral disc) . Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang.

Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient dan genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent) .

Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk waktu yang lama dan apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Sakit belakang yang di alami berpunca daripada :
√ Perubahan kepada disc
√ Kecederaan otot
√ Postur tidak betul
√ Patah tulang belakang (jarang)
√ Kelemahan otot stabiliti

Gejala-gejala Slipped dics:
√ sakit belakang
√ sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan √ kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
√ Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Objektif Rawatan Fisioterapi:

1. Untuk mengurangkan sakit
2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.

Cara Mengubati Slipped Disc Tanpa Pembedahan Dengan Mengambil Supplemen berikut:

1. ADVANCE JOINT HEALTH TABLET -Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal.

2. COLLAGEN POWDER
50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada Collagen. Collagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, Collagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

3. OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang
penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligament. Istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana ia lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan
membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

4. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, May 3, 2013

Testimoni Pengguna Vivix

Assalamualaikum. 

Wahhh..bile dapat tahu bulan May 2013 ni promosi Vivix, saya sangat teruja, sebab Vivix ni dah macam penawar segala penyakit (kite berusaha yg terbaik, selebihnya Allah yg tentukan). Bila Shaklee dah buat promo, harga memang tersangat lah murah. Promosi hanya sekali setahun je. Jadi kalau tak amik peluang untuk beli, agaklah kerugian. Bulan May ni agak istimewa sebab ade Hari Ibu. So, boleh lah hadiahkan Vivix pada ibu kita. Jom kite bace perkongsian pengalaman/testimoni pengguna Vivix.



Testimoni dari Ummu Ainan:

Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat.. 

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga.. 

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan.. 


Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif




Testimoni dari Kak N:

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.


Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik.Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.
 



-------------------------------------------------------------------------------------

SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMENT SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

Salam sayang,
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni

Saturday, March 2, 2013

Kalsium Bukan Sekadar Untuk Tulang

Bulan March 2013 ni adalah bulan promosi untuk Ostematrix. Beli 6 botol & dapat 1 botol free. Promosi harga huru hara ini hanye setahun sekali aje tau.  Sebarang pembelian set yg mengandungi Ostematrix juga akan diberikan harge huru hara. Jangan lepaskan peluang ni ye.
-------------------------------
Ade yg bertanya, Ape itu Ostematrix? Untuk ape ye?
Secara general nya, Ostematrix ini ialah supplement kalsium. Umum mengetahui kalsium hanye untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Sebab tu kebanyakkan orang hanya mengambil kalsium mase sakit tulang aje! Tetapi masih ramai yg tak tahu kepentingan kalsium adalah lebih itu.
Fungsi utama kalsium ialah membina tulang-tulang. Dalam pembinaan tulang yg kuat, badan kite bukan saje memerlukan kalsium semata-mata tetapi memerlukan unsur-unsur lain utk membantu penyerapan kalsium dalam tulang.
Perumpaan nye same seperti mengikat batu-bata untuk membina rumah. Untuk mengikat batu-bata tersebut, kite memerlukan simen, air dan pasir utk melekatkan batu-bata itu. Tubuh kita pula memerlukan unsur2 seperti Vitamin D, magnesium, boron, zinc, mangan dan kuprum untuk penyerapan kalsium dalam tulang. Oleh itu, kite perlu pastikan supplement kalsium yang diambil harus memenuhi keperluan diatas, kerana kalsium memang memerlukan vitamin-D dan mineral2 lain untuk penyerapan dan untuk mengelakkan kalsium termendap dan seterusnya menyebabkan penyakit lain iaitu batu karang.
Jom kite tengok, ape lagi kepentingan kalsium terhadap tubuh badan selain untuk tulang?
■Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
■Meringankan stress
■Menstabilkan tekanan darah
■Meringankan sakit semasa haid
■Membantu dalam masalah gastrik
■Mengimbangkan pH tubuh. Tubuh berasid menjadikannya mudah diserang jangkitan kuman.
■Membantu meringankan sakit kepala dan kesukaran tidur.
■Mengurangkan masalah sembelit.
Penyerapan Kalsium yang berkesan ialah dengan bantuan:
1) Boron : Membantu dalam metabolisma tulang
2) Magnesium : Membantu mengasimilasi kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
3) Vitamin D : Merangsang penyerapan kalsium
4) Manganese, Copper & Zinc : Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
Tips memilih Supplement Kalsium
1) Pilih produk yang ada Vitamin D dan Magnesium.
2) Elakkan dari megambil produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
3) Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam tercemar dan toksin.
----------------------------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA OSTEMATRIX SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.
Salam sayang
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni


Wednesday, December 26, 2012

PENYAKIT SENDI DAN JOINT HEALTH TABLET

Sejak semenjak ni ,ramai kawan2 sekerja mengadu pasal sakit2 lutut, bahu, pinggang & kaki. Umur masih muda dlm lingkungan 25 - 40an saje. Ade pulak yg terpakse dtg keje menanggung sakit kaki & lutut. Nak amik cuti sakit, tak bleh, sebab dah selalu sgt cuti sakit. Jadi terpakse lah menahan sakit. Ikot pengalaman saye sendiri, selepas dua tiga bulan bersalin, saye kene sakit lutut. Bayangkan setiap kali naik tangga je, lutut tu rase longgar je, mcm rase tergesel2...tak de lah sakit sgt tapi tak selesa lah...kenape ye, sakit sendi ni terjadi? Tak kira wanita, lelaki, tua atau muda, sakit2 sendi dah tak mengenal jantina dan usia...jom kite bace serba sendikit tentang sakit sendi...

PENYAKIT SENDI
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
■ Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang  belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari 
■ Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
■ Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
■  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
■  Kekakuan pada awal pagi.v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
■  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
■  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
■  Kelemahan dan kepenatan.
■  Demam bergred rendah.
■  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
■  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Penjagaan Kendiri
Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan: 
■ Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
■ Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
■ Selang selikan rehat.
■ Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
■ Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup
■ Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
■ Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
■ Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja
■ Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
■ Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
■ Sertai kumpulan sokongan artritis.
■ Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak
■ Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
■ Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
■ Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
■ Memakai kasut yang tidak berpadanan.
■ Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

Cara hidup dengan Arthritis
■ Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan sendi-sendi.
■ Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
■ Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Sumber : http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=PenyakitSendi.htm
------------------------------------------------

Bagi mengatasi masalah sendi ini, Shaklee telah mencipta 1 produk khas utk masalah sendi dan telah terbukti dapat mengurangkan masalah sendi. 
Advanced Joint Health Tablet (AJHT) telah dikaji dari segi klinikal utk masalah sakit2 sendi. Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:

● Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

●Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.

●Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur sendi.

----------------------------------------------------

Jika berminat atau nak tahu lebih lanjut pasal AJHT, boleh hubungi saye.

Siti rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com