Tuesday, July 23, 2013

Khasiat Lemon

Buah sitrus lemon bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah mempunyai 1001 manfaat boleh didapati untuk menjaga kecantikan muka dan tubuh badan. 

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan.

Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5) vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Antara khasiat lemon ialah: 

Rawatan kulit berjerawat
Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Tangan & kuku yang cantik 
Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan! 

Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku
Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri perubahannya. 

Kurangkan berat badan
Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari. 

Atasi rambut nipis dan berkelemumur 
Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jika anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.

------------------------------
Vitamin-C Shaklee yg dihasilkan daripada bahan semulajadi terbukti dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah diatas.

Sekiranya anda ingin mencuba Vitamin-C Shaklee yg terhangat dipasaran, anda boleh hubungi saye.

Siti Rosni - ID 867232
Shaklee Independent Distributor
Call/SMS/Whatsapp: 0137528484
Email: rosni_siti@yahoo.com

Thursday, July 18, 2013

Gout

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat.

Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Untuk merawawat penyakit ini anda perlu kawal pemakanan anda dan lebihkan makanan beralkali. Tapi Sanggupkah anda memakanan sayuran segar dan mentah setiap hari?

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid dan ini penyebab utama gout.

Sumber: doktor malaya.com
-------------------------------
Dapat kan supplement Shaklee untuk masalah Gout anda:
Alfalfa: Bertindak menyingkirkan toksin dari badan secara lembut.
OmegaGuard: Mengelakkan inflamation/bengkak pada sendi
Performance Drink: Bersifat alkali. Memastikan kandungan gula & air mencukupi.
--------------------------------
Siti Rosni - 0137528484
Shaklee Independent Distributor
ID - 867232

Khasiat Buah Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

 sumber: doktor malaya.com

----------------------------

Siti Rosni - 0137528484
Shaklee Independent Distributor
ID - 867232

Wednesday, July 17, 2013

GMO dan Non-GMO

Mesti anda pernah terbace atau received email pasal keburukan soya kan? Dalam email tu semuenye tentang keburukan soya seperti langsung tiada kebaikannya. Kite pula sebagai pembaca perlulah gali ilmu dulu sebelum percaya kepada sesuatu sebaran. Tak kan lah, ciptaan Allah tu langsung tak de kebaikkan nye kan?
 
Kesan-kesan keburukan soya yg diceritakan dalam email tersebut banyak persamaan dengan kesan produk-produk GMO. Sebenarnya bukan soya yang membahayakan tetapi cara pembuatan dan cara ia ditanam tu yang membuatkan soya tak selamat untuk diminum.
 
 
Soya merupakan protein terbaik berbanding protin daripada daging. Saya harap perkongsian penulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak pemahaman anda tentang GMO & NON-GMO 
 
Susu Soya Shaklee (Energizing Soy Protein) merupakan produk NON-GMO terbaik yang dihasilkan oleh Shaklee.


Oleh itu, sebelum membeli sesuatu produk, pastikan produk itu selamat, semulajadi dan halal. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan empat perkara iaitu ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI & HALAL.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah anda tahu tentang GMO? Ramai yang tak tahu kan? GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai “ Genetic Engineering” (GE).
 
 
 
Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi  sesuatu unsur.
 
Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.
 
 
Berikut antara kesan buruk daripada GMO ini:
 
■Tragedi Tryptophan
Satu bentuk genetik suplemen makanan L-tryptophan, yang menyebabkan kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu lebih pada tahun 1989.
 
■Kentang GM membahayakan tikus
Pada lewat 1990an, Arpad Pusztai, Ph.D., ahli biologi molekul, menjalankan kajian mengenai kentang yang diubahsuai secara genetik untuk Rowett Institut Penyelidikan di Scotland. Pusztai menjalankan ujikaji pemberian kentang yang diubahsuai itu pada tikus dan mendapati bahawa kentang itu merosakkan usus, organ-organ lain, dan sistem imun.
 
■Jagung GM menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang tikus
Satu kajian yang dijalankan oleh saintis Perancis dan disiarkan dalam Arkib Pencemaran Alam Sekitar dan Toksikologi, mendapati gejala keracunan dan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus yang makan jagung GM.
 
■Soya GM meningkatkan kematian pada tikus dan mengurangkan kesuburan tikus belanda
Satu kajian 2006 yang dikendalikan oleh Irina Ermikova Negara Rusia Akademi Sains menemui bahawa lebih separuh daripada bayi daripada ibu tikus makan soya GM meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu. Dalam satu lagi kajian saintis Rusia mendapati bahawa tikus belanda yang makan soya GM telah hilang keupayaan mereka untuk membiak dengan generasi ketiga. Anak tikus belanda juga mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan kadar kematian tinggi
 
■Jagung GM membahayakan serangga akuatik
Satu kajian 2007 yang diterbitkan oleh professor sains alam sekitar Universiti Indiana mendapati bahawa jagung GM menghasilkan peningkatan dalam kematian dan pertumbuhan terbantut dalam caddisflies, sejenis serangga akuatik yang merupakan sumber makanan bagi organism akuatik yang lebih besar seperti ikan dan amfibia
 
■Jagung GM mengancam jagung asli di Mexico
Dalam artikel yang disiarkan dalam majalah Nature, 2001, University of California di Berkeley, penyelidik Ignacio Chapela dan David Quist menyifatkan bagaimana gen daripada jagung GM boleh mencemarkan variasi gen jagung asli di Oaxaca, Mexico. Hasil penemuan itu amat menyedihkan kerana pencemaran telah ditemui beribu-ribu batu dari penanaman jagung GM dan kerana ia mengancam pusat kepelbagaian biologi untuk jagung
 
■Soya GM mewujudkan “gulma super”
Penggunaan meluas herbisid glifosat yang digunakan dengan bertoleransi herbisid jagung GM, kacang soya, canola, dan kapas telah membawa kepada penciptaan rumpai tahan herbisid infesting berjuta-juta ekar tanah ladang di seluruh Amerika Syarikat.
 
■Tanaman GM meningkatkan penggunaan racun perosak
Tanaman diubah secara genetik meningkat penggunaan racun rumpai sehingga mencecah 383 juta paun di Amerika Syarikat 1996-2008, menurut laporan oleh Pusat Organik.
 
 
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------
RETAIL PRICE ESP IALAH RM150/850GRAM.
SEKIRANYA ANDA INGIN DAPATKAN ESP PADA HARGA SPECIAL, ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA:
 
Salam Sayang
Mommy Rosni
013-7528484
Fb: Ct Rosni