Showing posts with label Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts

Saturday, December 19, 2015

Kesihatan Dan Kecergasan Otak Bayi Dan Kanak-Kanak

OMEGA 3 & KESIHATAN OTAK

Kandungan DHA didalam Omega 3 memberi manfaat yg sangat besar kepada kesihatan otak. DHA adalah fatty asid yg terdapat dalam otak manusia & ia sangat penting untuk sel-sel otak berfungsi & saling berhubung.

Adalah sangat penting bagi ibu mengandung mendapatkan Omega 3 fatty acids yg cukop untuk perkembangan otak & perkembangan mata janin dalam kandungan. Omega 3 juga mengurangkan risiko alahan/elergik bagi bayi.

Selepas kelahiran, bayi masih memerlukan Omega 3 fatty asid utk menyambung perkembangan otak yg sihat. Susu ibu mengandungi level fatty asid yg tinggi & kajian menunjukkan bayi yg menyusu susu ibu mempunyai pencapaian akademik yg baik apabila sudah besar.

Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu mengandung & menyusukan bayi untuk mengambil Omega 3 yg cukop dalam diet harian.

~~Dapatkan OmegaGuard Shaklee pada harga promosi yang sangat menjimatkan~~

Siti Rosni - 013.7528484
www.titisanmutiarabonda.blogspot.com



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, December 11, 2015

Cara Atasi Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak

Asal Nak Berak Je Menangis, Asal Menangis Je Mesti Nak Berak!

Trauma kan bila menghadapi anak-anak yang mengalami masalah sembelit? Bukan si anak je trauma setiap kali nak membuang, si ibu pun trauma.

Ibu mana yang tahan nak dengar anak menangis berejam jam semata-mata nak membuang. Kita tengok pun rasa kesian, apatah lagi si anak yang menanggung keperitan nak membuang.





Tips Mengelakkan Anak Sembelit

√Jus serta buah yang dikisar. Berikan kepada kanak-kanak untuk diminum bagi melawaskan pembuangan air besar.

√Mengamalkan diet yang sihat adalah salah satu cara terbaik untuk menghindari masalah penghadaman dalam kalangan kanak-kanak.

√Minum banyak air

√Makan makanan yang tinggi kandungan serat dan fiber seperti buah-buahan, kekacang, dan sayur-sayuran segar. Serat menyerap air dan mengembang dalam usus. Oleh itu, ia membantu melembut dan memudahkan najis keluar daripada.

√Jangan suka menahan dari membuang air besar

√Mengamalkan Mealshake Shaklee. Makanan tambahan yang mengandungi 23 jenis Vitamin untuk tumbesaran anak-anak yang tinggi dengan kandungan fiber bagi memudahkan pembuangan air besar.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Tuesday, September 16, 2014

Resepi Aiskrim Homemade Mudah, Sedap Dan Berkhasiat

Resepi aiskrim homemade yang mudah, sedap dan berkhasiat ini khas untuk ibu-ibu hebat di luar sana. 

Sempena promosi Mealshake Buy 3 Free 1 (Bulan September 2014) ni, saya nak sharekan resepi aiskrim yang walaupun simple tetapi sangat berkhasiat diberikan kepada anak-anak. 




Bahan-Bahan
  • 2 cawan susu perisa Strawberry atau perisa lain
  • 1 setengah cawan coffemate
  • Setengah cawan Mealshake
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit coklat rice atau biskut oreo yang dihancurkan atau buah strawberry yg dipotong2 kecil
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dalam blender atau mixer. Blend sehingga berbuih dan gebu. (kecuali coklat rice @ biskut oreo @ buah strawberry)
  2. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti beku (freezer)
  3. Setelah hampir-hampir beku, keluarkan semula campuran aiskrim tersebut dan blender semula sehingga berbuih dan gebu. Selepas itu masukkan semula ke dalam bekas dan taburkan coklat rice @ biskut oreo @ buah strawberry dan bekukan semalaman.
  4. Untuk dapatkan airkrim yang lebih gebu dan sedap, ulang langkah 3 sebanyak dua atau tiga kali.
Kenapa aiskrim ini berkhasiat untuk seisi keluarga?

Ia adalah disebabkan campuran Shaklee Mealshake di dalamnya. Mealshake merupakan sumber protin dengan vitamin dan mineral yang lengkap bagi memenuhi keperluan nutrisi harian. Ia menyediakan jumlah yang seimbang  bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mealshake bukan sahaja sangat berkhasiat diberikan kepada orang dewasa malah kanak-kanak yang cerewet makan dan selalu demam atau sakit.





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Wednesday, February 20, 2013

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Perkongsian ilmu untuk ibu bapa diluar sana. Diharap ibu bapa dpt memahami konsep sebenar keperluan antibiotik kepada kanak2, bile dan dalam hal yg bagaimana yg memerlukan antibiotik. Di sini saya petik dari blog Dr.Zubaidi (www.drzubaidi.com) sebagai panduan semua.

---------------------------------------------------------------------
Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”. Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria. 

Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2002 . 

Walau bagaimana pun preskripsi untuk antibiotic yang dikeluarkan untuk bayi dan kanak-kanak masih lagi tinggi. Hampir 25% preskripsi yang dikeluarkan untuk mereka adalah antibiotic dan ubat antibiotic amoxicillin adalah ubat antibiotic yang paling banyak dikeluarkan dari farmasi. Bayangkan sebanyak 263.6 juta preskripsi yang dikeluarkan untuk pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah pada tahun 2010. 

Walau bagaimana pun ianya telah berkurangan jika dibandingkan dengan jumlah preskripsi yang dikeluarkan dalam tahun 2002. Menurut US FDA, pengurangan ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh agensi kesihatan kerajaan Amerika Syarikat  dengan memberikan kesedaran kepada ibubapa dan doktor sepanjang sepuluh tahun lalu mengenai kemudaratan dan kesan sampingan memberi antibiotic kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam dan selsema akibat jangkitan virus. Mereka juga diberikan penerangan mengenai bahaya bakteria yang mempunyai kekebalan pada antibiotic (“antibiotic resistance bacteria”).  

Menurut Dr Adam Hersh, professor madya di Jabatan Pediatric, Universiti Utah penggunaan antibiotic secara sembarangan terutamanya azithromycin dan beberapa antibiotik  lain telah menyebabkan masalah  jangkitan kuman yang disebabkan oleh “antibiotic-resistant bacteria. Semakin menjadi-jadi. 

Di Malaysia penggunaan antibiotic untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang mengalami dema, batuk dan selsema masih tinggi. Diharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia menggandakan usaha mereka untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan doctor mengenai bahaya pengambilan antibiotic yang sembarangan ini


Saturday, February 16, 2013

Bahaya Antibiotic

Saye sangat tertarik dengna isu bahaya antibiotik terutamanya bagi kanak-kanak. Sejak dari dulu lagi saye sendiri kurang gemar makan ubat klinik atau hospital. Kalau sekadar demam atau selsema yg ringan, saye memang tak akan makan ubat klinik. Cukup sekadar datang berjumpe doktor untuk memastikan sakit tidak teruk. Tetapi masih ramai lagi orang yg terlalu bergantung kepada ubat2 ini terutamnya antibiotik. Diharap selepas membace entry ini, ibu-ibu dan bapa-bapa jangan sesekali sewenang-wenangnya memberi antibiotik kepada anak anda.

Disini saye ingin share entry dari blog www.kujie2.com tentang bahaya antibiotik. Jom kite baca.

Menurut Dr. Azwan (http://drazwan.blogspot.com/) antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.  

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring?
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya.

Antibiotik sebagai bom nuklear?
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada. Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1) Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

2) Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

3) Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…

4) Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

Ibu bapa juga bersalah di dalam hal ini. Menurut beliau sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Sumber gambar: carian google

Renung-renungkan.....
Mommy Rosni




VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

Masalah kurang selara makan, selsema, demam, asthma & kurang berat badan adalah antara perkara biasa yg sering melanda kanak-kanak. Namun, bagi ibu- dan bapa-bapa yang prihatin tentang kesihatan anak-anak, perkara ini bukan lah perkara remeh dan merupakan kerisauan yg perlu diambil kira.

Pemakanan yg seimbang adalah penting untuk kanak-kanak kerana pemakanan dari lahir sehingga usia 5 tahun akan menentukan kesihatan kanak-kanak tersebut dimase hadapan.

Oleh itu, diharap ibu-ibu dan bapa-bapa jangan pandang remeh terhadap ape yg anda beri makan kepada anak-anak anda. Anda juga tidah boleh terlalu bergantung kepada supplement bagi mengatasi masalah kesihatan ana-anak. Ape yg penting pemakanan yg seimbang dan berkhasiat perlu diberikan kepada anak-anak.

Sekiranya anak anda mengalami masalah kurang selera makan, anda perlu pelbagai kan hidangan dan jadi lebih kretif dalam membuat hidangan kerana ia dapat menarik perhatian anak-anak. Sekiranya masalah tidak selesai, anda digalakkan untuk berjumpe dengan pakar nutrisi bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Tahukah anda???
♥Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
♥Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
♥Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
♥Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Sekiranya anda ingin berusaha dengan menggunakan supplement, antara supplement/vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak yg sering selsema, demam, kurang selera makan, kurang berat badan dan juga asthma:
●Mealshake
●Chewable Vitamin-C Plus
●OmegaGuard
●Vita-Lea® for Children Chewable

Supplement ini boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak:
●Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
●Kanak-kanak 1-3 tahun –  MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
●Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.

Sebelum memberikan sebarang supplement kepada anak-anak, ibu bapa perlu tahu khasiat setiap vitamin ini:

Meal Shakes
●Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
●Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting untuk kanak-kanak yg tidak suke makan sayur dan buahan.
●Rendak lemak dan rendah glisemikSumber protein dan kalsium
●Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
●Nutrisi yg lengkap di dalam Mealshake akan membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak
●Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi, Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.  

OmegaGuard
●Penting bagi perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak
●Menjadikan kanak-kanak lebih fokus dalam pelajaran
●Meningkatkan sistem imunisasi
●Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan (semput/asthma)
●Bagi orang dewasa, pengambilan omega boleh mengurangkan serangan asthma
●Bagi pesakit asthma, Omega berfungsi same seperti ubat hospital yg mengandungi dadah bagi mengurangkan serangan asthma
●Bagi ibu mengandung, omega penting untuk perkembangan otak janin

Chewable Vita-C @ 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
●Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
●Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
●Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
●Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable
●Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting untuk kanak-kanak yang kurang selera makan.
●Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
●Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi saye:

Mommy Rosni
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni