Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Thursday, December 25, 2014

Bahaya HB rendah (Hemoglobin Rendah) Semasa Mengandung


Bahayanya jika HB rendah semasa mengandung. Ramai yang bercakap pasal HB ini, tapi ramai juga yang keliru diantara HB & BP. BP itu ialah Blood pressure. Apa pula HB itu?

"Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuat darah berwarna merah".

Cuba bayangkan jika anda mengalami HB rendah, semestinya oksigen didalam badan anda kurang. Jadi jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom kita baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu.


Punca Hb Rendah Semasa Hamil

  • Peningkatan dalam isipadu darah 
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Risiko HB Rendah Kepada Ibu & Bayi

Kesan kepada ibu:-

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan:-

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

  • Kandungan Kurang Dari Lima Bulan
Ketika ini, bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Sekiranya darah kurang daripada 11g, dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, boleh berlaku keguguran. Dan jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin hidup tetapi berkemungkinan cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair, akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

  • Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan
Ketika telah sempurna pembentukan sifat anggota badan, tetapi Hb terlalu rendah, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan berkemungkinan bayi akan lebih kecil saiznya dan mungkin selamat dilahirkan.


Cara Terbaik Meningkatkan Paras Hemoglobin (Hb) Darah

  • Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti daging lembu, dada ayam, kerang, ikan bilis, bayam, kulit kentang, jagung, kismis & roti gandum.

  • Ambil supplement seperti Zat Besi & B-Complex (Asid Folat) serta Vitamin C. Vitamin C akan membantu meningkatkan penyerapan Zat Besi dalam darah.

  • JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu & minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

Supplement Shaklee Yang Sesuai Untuk Meningkatkan Kadar Hb


Vitalea Dengan Zat Besi
  • Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting termasuk Zat Besi yang diperlukan oleh orang dewasa.

B-Complex
  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
    • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg
Sustained Release Vita-C
  • Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, July 17, 2014

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

Assalamualaikum

Sejak dah memasuki fasa hamil trimester ke-2 ini, saya rasa sakit belakang semakin ketara. Mungkin disebab kan perut semakin membesar jadi badan terpaksa menampung berat yang berlebihan. 

Jadi hari ini saya nak sharekan tentang posisi duduk, berjalan/berdiri & tidur yang betul bagi ibu mengandung agar kesakitan belakang dapat dikurangkan.


Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung
Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan. 

Tidur menelentang meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior (salur darah yang membawa darah daripada bahagian bawah badan ke jantung). Berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, malah tekanan darah rendah.






Posisi Duduk & Berjalan Bagi Ibu Mengandung
Posisi berdiri yang betul adalah dengan serdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu. 


Berdiri tegak dan jangan bersandar ke belakang untuk memastikan tulang belakang berada dalam posisi lurus bagi mengelakkan kesakitan. Posisi bahu dan punggung juga mesti selari ketika berdiri. Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari. Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam.

Ibu juga tidak digalakkan menyilang kaki ketika duduk, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus dan tegak. 

Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan. Elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan.






Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, October 18, 2013

Kencing Manis Dikalangan Ibu Mengandung

APAKAH RISIKO KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa  hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.



Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.Sakit kuning (jaundice)Bayi sukar bernafasKemungkinan bayi mati dalam kandungan. Kemungkinan bayi cacat. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?
●Mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
●Mempunyai penyakit darah tinggi.
●Lebih berusia 35 atau lebih tua.
●Mempunyai berat badan berlebihan.
●Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
●Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
●Tidak aktif secara fizikal.
●Mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu. 

Bagaimana GDM boleh dikesan?
●GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula.
●Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
Bagaimana GDM dirawat?
●Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
●Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
●Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
●Ubatan dan Suntikan insulin
●Selalu bersenam

Sumber: bayi-ibu.com
-------------------------

Cadangan Supplement Untuk Ibu Mengandung







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, June 6, 2013

Berpuasa bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan Bayi

Alhamdulillah hanya tinggal sebulan saje menjelang Ramadhan. Sebulan ni lah time nak ganti puase bagi sape2 yang tak ganti2 lagi..hehehe...jangan buat2 lupe ye...
Bagi ibu2 mengandung dan ibu2 menyusukan bayi pula mesti risau kan bayi dalam kandungan dan risau akan bekalan susu merudum.

Kalau ikot pengalaman saye dulu masa mengandungkan anak sulung, mase tu kandungan saya baru masuk bulan ke-5. Tak de lah risau sangat, tapi untuk menyedapkan hati, saya pergi berjumpe doktor untuk mendapatkan nasihat dan memastikan tahap kesihatan saye untuk berpuase. Ape yg doktor cakap, tak perlu risau, sekiranya ibu sihat dan tiade masalah kesihatan, ibu2 boleh berpuase. Dan pastikan mengambil makanan sihat semasa bersahur & berbuka. Ketika malam, pastikan minum air masak. Alhamdulillah,  saye dapat berpuase penuh sepanjang Ramadhan.

Yang pasti, mase Ramadhan ni lah saye tak pernah skip minum ESP semasa sahur. Memang berkesan sebab saya kekal cergas dan tidak letih sepanjang berpuasa.

Untuk ibu2 yang menyusukan bayi pula, jangan skip sesi pumping. Anda boleh meneruskan seperti biase. Semasa sahur pastikan anda ambil makanan berkhasiat yang lengkap dengan semue nutrisi. Sebaiknya jangan lupe makan kurma. Semasa berbuka pula, elakkan minum terlalu byk dan elakka minum air sejuk. Berbukalah secara sederhana dan berkhasiat. Di waktu malam pastikan anda banyak minum air masak. Minum secara sedikit2 tetapi kerap. Jangan lupe juge sesi pumping di waktu malam. Sebab dimalam hari hormon prolaktin sangat tinggi.

Saya cadangkan bagi ibu2 mengandung dan menyusukan bayi supaya mengambil ESP, MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK sepanjang bulan Ramadhan ini. Kombinasi supplement ini akan memberikan anda tenaga dan khasiat yg lengkap sepanjang seharian berpuasa.


Energizing Soy Protein (ESP): Memberikan rasa kenyang berpanjangan dan memberi tenaga extra.

Mealshake: Kaya dan lengkap dengan 19 vitamin dan mineral serta asid amino yg penting bagi memastikan bekalan nutrisi cukop untuk tubuh.

Performance Drink: Bersifat isotonik, tiada gula tambahan, berperisa oren. Memastikan badan tidak terhidrat dan mengurangkan rasa haus.

-------------
Untuk semua, saya ucapkan selamat berpuase, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan dapat perbanyakkan ibadat sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah

-----------------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Monday, February 18, 2013

Kebaikan Minyak Ikan Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusukan Bayi

Tahukah anda?
Kita mendapat bekalan omega-3 (seperti EPA & DHA) yg pertama daripada ibu kita sejak dari dalam kandungan lagi dan akan diteruskan menerusi penyusuan nanti.

Tahukah anda?
Ibu kita mendapat bekalan omega-3 drpd sumber makanan dan paling banyak terdapat dalam ikan (terutamanya ikan laut sejuk seperti sardin, makeral, herring, billis.

Dan tahukah anda?
Ibu yang hamil perlu mendapat keperluan EPA & DHA yg mencukupi agar dapat diserap oleh janin. DHA ibu boleh berkurangan kerana diserap oleh badan, begitu juga dgn zat dan nutrient lain.

Maka tahukah anda?
Kekurangan EPA & DHA boleh menyebabkan kita berada dalam keadaan tertekan yg boleh membawa kepada migraine dan pelbagai penyakit lain seperti masalah jantung, kolestrol yg tinggi? Kekurangannya juga boleh menyebabkan kita menjadi LUPA.

Oleh itu, tahukah anda?
Cara yg paling mudah untuk mendapatkan bekalan EPA, DHA serta asid lemak penting yg lain selain drpd memakan ikan ialah dengan mengamil SUPPLEMENT.

Akhir sekali, tahukah anda wahai para ibu yg hamil dan menyusukan anak?
●Supplement minyak ikan OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan tertulen dan terbaik di dunia!
●1 hidangan OmegaGuard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA
●Diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Negara Jepun (sardine, makeral,herring, billis)
●Dilengkapi dengan 7 asid lemak termasuk EPA, DHA dan ALA
●Tiada gluten, tiada pewarna, perasa tiruan dan tiada bahan pengawet.
●Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling dan paling semulajadi.
●Selamat dan bebas bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin, PCB (polychlorinated biphenyl) dan bahan-bahan tercemar yg lain.
●Mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal oleh Jakim.

Sumber: FB Nur Nitrah

Gambar 1: Perbezaan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain
Gambar 2: Poster Promosi Omega Guard Bulan Fabruari

SEMPENA PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE BULAN FEBRUARI, SEMUE PEMBELIAN OMEGAGUARD ATAU PEMBELIAN SET BERSAMA OMEGAGUARD AKAN DITURUNKAN HARGE. HARGE HURA HARA HANYA UNTUK BULAN FEBRUARI INI SAHAJA!!

SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA OMEGAGUARD SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

Salam sayang
Mommy Rosni

Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni



Monday, February 11, 2013

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Apabila mengetahui diri hamil, ibu2 digalakkan utk mule mencari ilmu tentang kehamilan, terutamanya bagi yg pertama kali hamil. Selain ilmu kehamilan, ilmu penyusuan susu ibu juga antara yg terpenting. Ini adalah sebagai persediaan sebelum sampai waktu bersalin. Ilmu2 ini lah yg akan membantu ibu2 ketika menghadapi masalah atau persoalaan ketika hamil & selepas bersalin.

Disini saya terangkan serba sedikit tentang nutrisi2 yg diperlukan ibu sepanjang tempoh mengandung. Set Mengandung dari Shaklee, InsyaAllah dapat memenuhi keperluan nutrisi ibu mengandung.

Energizing Soy Protein (ESP)
Protein merupakan blok2 pembinaan asa kita, lebih2 lagi kepada bayi di dalam kandungan. Ias sangat penting utk pembentukan sel, tisu, organ, otot dan tulang. ESP dilengkapi dengan kesuma 9 asid amino perlu dan diperkaya dengan 5 sumber vitamin serta 4 sumber mineral. Disebabkan indeks glisemiknye (39) yg rendah maka pemecahan gula berlaku secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system badan. Oleh kerana ESP itu ESP boleh memberi tenaga kepada ibu.

Vitalea with Iron Formula
Semasa hamil, bayi dalam kandungan memerlukan darah yg banyak utk mendapatkan oksigen disamping untuk menyerap segala zat dan nutrient daripada ibu. Zat besi atau Iron memainkan peranan yg penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Ia bergabung dengan oksigen didalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yg sangat penting agar ibu dan anak mempuyai zat & nutrient yg cukop serta boleh member tenaga kepada ibu.

Sustained Released Vita-C @ Chewable Vita-C Plus
Meningkatkan system imun, membantu menghalang pendarahan dalaman, membantu penyerapan zat besi agar bacaan hemoglobin berada pada tahap yg sepatutnya. Vitamin c yg mencukupi membantu tubuh menyerap Zat besi, Asid Folik & Vitamin B dengan cukop baik.

B-Complex with Folic Asid
Bcomplex ini memiliki kesemue 8 jenis vitamin B yg penting utk tubuh badan kita. Ia juga dilengkapi dengan Asid Folik yg dianggap sebagai makanan kepada otak. Ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia jga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan sel darah putih. Ia sangat penting bagi ibu hamil kerana dapat membantu mengatur pembentukan sel saraf “embryonic” dan “fetal” yg mana amat penting untuk tumbesaran yg normal. Selain itu dengan Bcomplex ini dapat membantu mengurangkan masalah keletihan & mencegah anemia.

Ostematrix – 1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80biji badam
Kalsium sangat penting kerana janin menyerap kalsium ibu dengan banyak. Kalsium di dalam Ostematrix dilengkapi dengan magnesium, fosforus, Vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron untuk penyerapan yg lebih bagus serta menghalang mendapan sesetengah mineral. Vitamin D sangat penting utk ibu hamil untuk tumbesaran janin terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung.

Omega Guard
Minyak ikan yg berkualiti tinggi dan sangat bagus untuk kesihatan jantung serta perkembangan otak janin, kognitif dan visual. Pengambilan sewaktu hamil juga boleh membantu mengurangkan alahan seperti eczema.

Set A : Set Advance Ibu Mengandung
Set B : Set Asas Ibu Mengandung

Salam sayang Ibu Siti 013-7528484

Bahaya Asid Folik Sintetik Terhadap Ibu dan Bayi

Ibu mengandung dan asid folik, yakni sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan spina bifida; adalah begitu sinonim.

Malah ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik oleh doktor. Asid folik adalah sejenis vitamin B yang mengawalselia sinstesis DNA dan gen. Oleh kerana itu asid folik amat penting dalam perkembangan fetus.

Ia amat penting pada awal kehamilan bagi mengelakkan kerosakan tiub neural, atau spina bifida. Walau bagaimanapun, 99% asid folik di pasaran adalah dari jenis sintetik. Asid folik yang diperbuat daripada pteroylglutamic acid yang tidak samasekali bersamaan dengan folate, yakni asid folik yang terjadi secara semulajadi dalam tumbuhan seperi bayam, sawi dan brokoli.

Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa pengambilan asid folik sintetik memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi yang dikandung: Para pengkaji membuat penelitian ke atas wanita yang mengambil asid folik selama 30 tahun, mereka mendapati wanita2 ini berisiko 2 kali ganda untuk menghidap kanser payudara. Satu kajian lain mendapati selepas 10 tahun, wanita yang mengambil asid folik mempunyai 20-30% lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

Asid folik sintetik kemungkinan menyumbang kepada ‘penggalak kanser’ dalam tubuh. Asid folik sintetik juga dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat dan kolorektal.

Asid folik sintetik semasa mengandung berkait rapat dengan masalah asma di kalangan kanak-kanak, masalah jangkitan saluran pernafasan dan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, asid folik dalam bentuk semulajadi amat penting untuk wanita dan kanak-kanak. Ibu yang mengambil asid folik bukan dari sumber sintetik didapati kurang risiko mengidap ADHD (hyperaktif). Banyak kajian mencadangkan asid folik dalam bentuk folate merendahkan risiko kanser di kalangan kanak-kanak.

Shaklee B Complex dengan asid folik yang mempunyai bioavailabiliti yang tinggi, adalah asid folik natural yang pertama dalam bentuk supplement. Bioavailabiliti adalah keupayaan nutrient tersebut diserap oleh tubuh, dan pastinya ia bukan sintetik.

Dapatkan hanya yang terbaik untuk anda (ibu) dan juga bayi yang dikandung. Buatlah pilihan yang tepat.

Sumber: www.vitaminsemulajadi.com

Set Lengkap Ubtuk Ibu Mengandung, Berpantang & Menyusukan Bayi


Saturday, November 10, 2012

Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama sangat saya nak menulis tentang topik ni..tapi tu lah, disebab masalah kekurang idea, masalah blurr dan juga masalah MALAS, saya tangguhkan penulisan ni. Alhamdulillah hari ni saya berjaya melawan masalah2 diatas...(^.^)

Ok berbalik kepada topik. Saya sangat suka topik ni selain dari topik Penyusuan Susu Ibu atau Breastfeeding (topik ni akan saya tulis byk kali dalam entry akan datang, sebab saya sangat obsess dengan breastfeeding.

Bercerita dari pengalaman saya sendiri, saya menggunakan produk Shaklee bermula semasa saya mengandung sehingga sekarang dimana 'drakula comel' saya sudah berusia 10 bulan (fully breastfeed)...saya panggil drakula comel sebab anak saya ni sangat, sangat, sangat, sangat suka menyusu susu ibu..saya pernah cuba bagi susu formula, tapi die reject siap muntahkan semula...(ni berlaku ketika supply susu saya merudum secara drastik)...bila segala usaha memberi susu formula tidak berjaya, terpaksa saya cari ikhtiar lain..iaitu mencari ibu susuan...(ibu susuan??...hah..cerita yg ni kite tangguh dulu ea....nanti saya akan cerita pjg lebar kisah anak saya ade 2 orang ibu; ibu kandung dan juga ibu susuan)

Ok..ok...back to the topik..banyak sangat pulak saya melalot...heheh.

Supplement yg saya ambil ketika mengandung dan kebaikannya ialah:
Credit to: Dazzling Moms.com

OsteMatrix (Calcium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein – minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) – 1 biji sehari


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan





Vitamin B Compleks – 1 biji sehari


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik 
dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.






Set untuk ibu2 mengandung yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C (Sustained Released)
  • OsteMatrix/Calcium 
  • Energizing Soy Protein (ESP)
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • OsteMatrix/Calcium
  • OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

Untuk keterangan lanjut & special price, hubungi saya di:
HP: 013-7528484
FB: Ct Rosni
Email 1: rosni_siti@yahoo.com
Email 2 : dapurciksiti@gmail.com