Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Di Muor Sambil Belajar Sejarah



Minggu lepas kami sekeluarga pergi Muor, ada kenduri kahwin di Kampung Kesang. Rumah pengantin betul betul berdekatan dengan sungai kesang. Berhadapan pula dengan sawah padi terbentang luas.

Memang cantik lah pemandangan kat situ.

Sampai je di kawasan rumah pengantin, kami parking kereta di tepi sungai. Cuaca agak panas tapi angin bertiup sepoi sepoi bahasa meredakan rasa panas.

Sambil sambil parking kereta Encik Hasben mula buka cerita sejarah. Sejarah tentang Kesang di zaman pemerintahan Sultan Ali. (Hah, agak agak korang ingat tak topik sejarah pasal sultan ali ni?)

Cik Ros ni memang tak pernah lulus subjek serajah Tingkatan 4 & 5. Masa SPM je lulus, itu pun sebab ulangkaji soalan ramalan. Yang best nya yang Cik Ros ulangkaji tu lah yang keluar.

Maka nya, 16 tahun lepas, hari itu dalam sejarah Cik Ros dapat B dalam subjek sejarah SPM. 😂😂😂

Banyak yang Encik Hasben cerita, dari cerita sultan ali sampai ke cerita maharaja abu bakar. Kenapa bukan sultan ali yang memerintah johor. Bla...bla.. bla..

Kalau Cik Ros memang sumpah lah tak ingat langsung sejarah sejarah ni. Tapi tidak Encik Hasben. Dia ni macam buku sejarah bergerak tau. Hahaha.

Kalau pergi jalan jalan pun, diajak nya kami pergi muzium. 😝😝

Agak agak korang ada masalah pelupa ke ada anak anak yang tengah belajar ke, cepat cepatlah makan minyak ikan OmegaGuard tak pun makan Lechitin. Bagus untuk daya ingatan ya.

Orang perempuan yang lepas bersalin tu pun wajib lah makan OmegaGuard ya. Sebab kritikal sangat masalah pelupa tu. Hihihi.

Cik Ros
Yang Alergik Dengan Subjek Sejarah, Add Math & Fizik

+6013- 7528484
Pengedar Shaklee Johor Bahru

Monday, December 19, 2016

Nasi Kerabu Idaman Kalbu



Nikmat sangat tau bila dapat makan nasi yang satu ini.

Kegemaran Cik Ros. Nikmat nya bila dapat mengunyah ulam ulaman segar berserta nasi, keropok, sambal, budu, kelapa dan daging bakar.

Kalau ada telur asin dan solok lada lagi mengancam sarapan pagi ni kan. Perghh..

Sebenarnya dah lama Cik Ros ajak Encik Hasben pergi makan nasi kerabu Cikgu Siti dekat taman impian emas yang viral sangat tu.

Emmm. Sampai ke sudah tak dibawa nya bini yang baru sorang ni. Kahkahkah.

Tapi, setiap kali kalau pergi beli sarapan, Encik Hasben tak pernah lupa nak beli sebungkus nasi kerabu untuk bini dia. Suwwet kan. Kikikiki.

Boleh lah, janji nasi kerabu walau bukan nasi kerabu cikgu siti. Sekurang kurang nya dia tak lupa permintaan bini dia ni.

Ok, sekian, saja nak cerita pasal nasi kerabu. Untung untung lepas ni ada yang belanja Cik Ros makan nasi kerabu.

😝😝😝😝

Salam 💗
Cik Ros

Sunday, December 18, 2016

Peluang Berhijrah Ke Australia

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Sebenarnya Cik Ros jarang jarang buka Instagram.

Tapi setiap kali buka, mesti iklan berbayar yang ini lalu kat IG Cik Ros.

Mungkin ada kawan kawan Cik Ros yang berhasrat nak berhijrah, boleh try cuba test yang ini.


Kalau ada yang bertanya Cik Ros tak nak ke migrate ke Australia?

Ini jawapan Cik Ros : Cik Ros masih dulu kini dan selamanya di Malaysia.

Cik Ros Tazabar nak tunggu next election. Kahkahkah.


Salam 💗
Cik Ros

Friday, December 18, 2015

Keluar Rumah, Hirup Udara Segar Dan Hilangkan Stress

Assalamualaikum teman-teman.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria.

Alhamdulillah, sekarang ni setiap pagi dan petang, jika tak hujan, sudah menjadi aktiviti wajib bagi saya dan anak-anak berjalan-jalan & main basikal depan rumah. Anak-anak pon gembira sebab dapat main bersama kawan-kawan.

Apabila menjadi WAHM (Working at Home Mother) ni, jangan asyik terperap dalam rumah saja tau, boleh jadi stress dibuatnya. Jika rajin bawa lah anak-anak bermain-main dan berlari-lari di taman permainan atau taman rekreasi yang berdekatan rumah. Tidak semestinya perlu pergi jauh-jauh. Paling mudah pon, boleh temankan anak-anak bermain-main dihadapan rumah. 

Sebaiknya keluar lah sekejap sedut udara luar, kasi paru-paru oksigen segar! Lihat cahaya mentari, rumput-rumput hijau dan bertemu sapa dengan jiran-jiran. Barulah badan segar dan otak pon cergas. At least boleh hilangkan sedikit stress kan...







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, December 11, 2015

Gugup Bercakap Di Hadapan Orang Ramai

IMPOSSIBLE = I'M POSSIBLE








Semoga cetusan rasa yang saya sampaikan dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi buat teman-teman yang hadir.

.

Maaf diatas kegugupan dan kekurangan saya semasa berkongsi rasa. Bercakap dihadapan audiance yang ramai bukan satu norma bagi saya. Satu ketakutan yang biasa dihadapi ramai orang. Saya sedang belajar dan InsyaAllah akan terus belajar.

 .

Doa kan saya ya teman.

.

Siti Rosni
Leadership Development Workshop
Shaklee JB Branch
5-12-15

Thursday, December 10, 2015

Buat Semua Insan Di Sekeliling Ku

Tak Terasa Tahun 2015 , 3 Minggu Lagi , Daa Nak Habiss !!

Buat Keluarga : Korang Lah Yang Terpenting Dalam Hidup Ku !!

Buat Yang Tersayang : Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Αwak !!

Buat Sahabat : Jangan Lupakan Aku Yea , Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah !!

Buat Kawan-Kawan : Maaf Yea Kalau Aku Ada Silap And Salah , Yang Disengaja Mahupun Tak Disengajakan !!

Buat Musuh : Maaf Bila Selama Ini Aku Selalu Salah Dimata Kau !! (Eh, aku tak de musuh lah!. Hehehe)

Buat Yang Sayang Pada Aku : Aku Juga Sayang Pada Kamu !!

Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Aku : Terima Kasih Yea Kerana Sudah Mengajar Aku Bagaimana Untuk Terus Bersabar !!

Buat Yang Tak Kenal Dengan Aku : Terima Kasih Sebab Setia Save Aku Dekat Contact korang dan sudi friend dengan aku kat fb & follow instagram aku.

Terima Kasih Korang Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Aku ,
Yang Menjadikan Tahun 2015 Aku Jadi Ceria .

Sorry And Thanks For Everything !!..