Sunday, December 20, 2015

Makan Vitamin C Boleh Mencerahkan Kulit

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan fakta bagaimana Vitamin C boleh mencerahkan Kulit.
Jom kita baca...

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit
Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet sekiranya inginkan kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit.

Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit?
Jawapan nya: Ya, ia boleh! 

Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Untuk mengetahuinya, mari kita baca penjelasan di bawah ini.

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah.
Manusia boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

Vitamin C dan Kulit
Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.
Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan  struktur kolagen.
Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.
Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.

Vitamin C Menggalakkan Dua AntioksidanGlutathione dan Vitamin E
One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).

VITAMIN C MENINGKATKAN TAHAP GLUTATHIONE DALAM DARAH
Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.

Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?
Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah  (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.
Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duperpenting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.


Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment