Friday, December 5, 2014

Sebab-Sebab Mengapa Selalu Keletihan

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Sumber: Alam Hamil
.............................................


Supplement Shaklee Yang Sesuai Untuk Masalah Keletihan


Vitalea Dengan Zat Besi
  • Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting termasuk Zat Besi yang diperlukan oleh orang dewasa.

B-Complex
  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
    • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg
Ostematrix
  • OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
  • Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, December 4, 2014

Kaedah Banyakkan Susu Ibu

Kaedah Banyakkan Susu Ibu


Seringkali ada ibu menyusu yang mengadu kenapa susunya semakin berkurangan. Selain mempelajari teknik betul penyusuan susu ibu, ibu perlu peka terhadap pemakanan yang diamalkan sepanjang proses menyusukan anak.

Ada pelbagai petua dan amalan pemakanan sihat yang boleh ibu praktiskan bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Jom ketahui apa makanan yang boleh membanyakan penghasilan susu ibu.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan tiga cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Lobak putih
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak dua kali sehari.

Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino juga tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua hingga tiga kali sehari.

Sumber: Majalah PaMa
...............................

Inginkan supplement untuk membantu dalam penyusuan susu ibu? Hubungi saya untuk konsultasi & tips-tips percuma.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Sunday, November 2, 2014

Tips Mengawal Rambut Gugur

Hari ini saya ingin sharekan tips mengawal rambut gugur. Alhamdulillah telah masuk hari ke-17 saya berpantang...nak share sikit pasal rambut gugur ni...sebab ramai kawan2 yg mengadu rambut gugur selepas bersalin..ade gak yg tak bersalin pon mengalami masalah ni..

kalau ikot fakta, antara sebab keguguran rambut ini ialah sebab masalah hormon & sebab kekurangan nutrisi seperti protin, zat besi & zinc. Nutrisi ni sangat penting utk kesihatan rambut..kalau kurang, memang rambut akan bermasalah.

ikut pengalaman saya...sepanjang saye berpantang kedua2 anak saya...selain daripada Vitamin C, BComplex & Ostematrix, saya juga ada ambil suplemen zat besi (vitalea), protin (ESP) & zinc (zinc complex). Alhamdulillah..rambut mmg tak gugur...malah luka bersalin saya pon cepat sembuh.

kalau uols ade yg nak cube suplemen shaklee untuk masalah ini..boleh lah cube hari ni ok!! jgn biarkan lame2, nanti botak kepala nye...hehehe..



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.




 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Tuesday, September 23, 2014

Melambatkan Penuaan Dengan Collagen

Assalamualaikum.

Sekarang ni macam-macam produk kolagen yang dijual dipasaran kan..sampaikan tak tahu nak pilih yang mane. Yang pasti ramai yang pilih untuk beli yang murah aje tanpa mengambil kira kandungan & sumber kalogen itu sendiri. Untuk menjadi pengguna yang bijak, kita perlukan kaji dulu sebelum beli & pakai/makan. Bukan saja untuk 'value for money' tapi yang terpenting untuk keselamatan & kesihatan kita juga. Ok jom kita baca tentang Shaklee Collagen Powder (SCP) yang terbukti selamat & berkesan. 

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Anti Penuaan
  • Mengecilkan liang pori yang kelihatan
  • Menghilangkan kedutan dan garis halus
Mengembalikan Keanjalan
  • Menjadikan kulit lebih tegang, anjal, dan lembut
Melembap
  • Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal pada muka
Mencerah
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan kulit tidak sekata
Menegang
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Menyubur
  • Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang, serta tebal dan bersinar
Meningkatkan Pergerakan
  • Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang


KEISTIMEWAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER



Shaklee Collagen Powder (SCP) diperbuat daripada ikan Red Snapper Scale (RSS) dan diperhebatkan dengan 7 bahan aktif lain bagi memantabkan lagi SCP tersebut.

Ikan Red snapper ini bukan lah ikan red snapper (ikan merah) yg biasa kita beli kat pasar tu. Itu snapper keturunan kecik. Hehehehe... Red snapper yg Shaklee pilih ni yg hidup di lautan dalam. Sangat dalam & di lautan sejuk. Saiz nye?

Sangatttttt BEESAAAR. Lebih besar dari ikan dalam gambar di atas ni. Red snapper jenis ni tak de kat lautan Malaysia ye. Ia tangkap dilautan negara sejuk.

Bukan senang nak tangkap ikan ni, ada 1 musim giant snapper ni akan timbul di permukaan dan masa tu la nelayan2 di sana akan tangkap. Nak tangkap pon kene ade lesen tau!!!

Sisik ikan (Red Snapper Scale-RSS) ini akan diambil dan dicincang halusss menggunakan teknologi yg sangat tinggi. Maka dapatlah SUMBER ORIGINAL MARINE COLLAGEN. Bukan tipu2 punya!!!

Oh ya, Shaklee memang tak lokek dalam bab2 teknologi pembuatan dan penghasilan produk ya. Tak hairan la Shaklee spend berbillion2 utk R&D dan segala research juga test.


RSS dipilih kerana daya tahannya yg lasak terhadap tekanan menjadikan ia sebagai sumber kolagen bermutu tinggi. RSS akan dikisar sehalus2nya menggunakan teknologi tinggi dan diperkaya dengan 7 bahan aktif yg lain menjadikannya lebih dari sekadar kolagen.

1 persoalan yg patut anda tanya...

KENAPA mesti ikan merah? Tak boleh ke amik kolagen dari ketam ke, ikan lain ke, ikan bawal ke, ikan keli ke?

Ikan merah mampu hidup di laut dalam & mengandungi kandungan kolagen yang sangat tinggi. Dalam rekod menyatakan yg manusia boleh menyelam sedalam 200 meter. Jika dalam lagi boleh membahayakan tubuh sebab kita tak mampu nak menghadapi tekanan yg kuat yg boleh menyebabkan kematian. Tapi red snapper, boleh berenang mencecah sehingga kedalaman 5,000 meter! Subhanallah!!

Keistimewaa ikan ni yg mampu menghadapi tekanan yg amat tinggi. Dan sudah tentulah sisiknya yg memainkan peranan besar. Sisik yg bukan sahaja mengandungi kolagen terbaik bahkan ianya mampu menerima tekanan dengan baik dan tahan lasak!



KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER BERBANDING JENAMA LAIN


Kelebihan SCP berbanding jenama lain adalah terletak pada 7 bahan aktif yg turut dicampur di dalam SCP dan sekali lagi menjadikan SCP ~ kolagen terbaik untuk anda:

1. Ekstrak biji Camellia Japonica
2. Ekstrak Pfaffia
  • Membantu penghidratan. Menjadikan kulit lembut dan lembap.

3. Kolagen ikan (Red Snapper Scale)

4. Ekstrak kulit kerangan laut
5. Lactobacillus acidophilus
  • Memberi keanjalan. Menjadikan kulit semakin tegang dan mengurangkan garis halus hasil penuaan.
6. Vitamin C
7. Vitamin B2 & Vitamin B6
  • Antioksida yg berfungsi menghalang radikal bebas yg mengakibatkan fibre kolagen menjadi lemah dan hilang.
Wahh... super duper awesome kan!!!



KALOGEN DALAM BADAN BERKURANGAN SEIRING DENGAN USIA




Kita perlu ingat, kolagen dalam tubuh badan akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Sebab tu semakin tua, kulit kita semakin berkedut sebab kekurangan kolagen. Beruntunglah jika anda sudahpun mengambil SCP sebagai sumber kolagen.




Sepanjang bulan September 2014 ni ade promosi Buy 6 Free 1 Shaklee Collagen Powder. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Dengan pembelian pek promosi ini anda layak mendapat:

  • Percuma 1 kotak SCP bernilai RM298
  • Keahlian Shaklee Seumur Hidup Percuma bernilai RM65
  • Cash Bonus bulan seterusnya bernilai RM110
  • Bimbingan & tunjuk ajar (online & offline) dari kami di Inspirasi Bijak Sihat Shaklee & Group Jutawan Shaklee (bagi yang ingin menceburkan diri dalam bisness Shaklee)


Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Tuesday, September 16, 2014

Resepi Aiskrim Homemade Mudah, Sedap Dan Berkhasiat

Resepi aiskrim homemade yang mudah, sedap dan berkhasiat ini khas untuk ibu-ibu hebat di luar sana. 

Sempena promosi Mealshake Buy 3 Free 1 (Bulan September 2014) ni, saya nak sharekan resepi aiskrim yang walaupun simple tetapi sangat berkhasiat diberikan kepada anak-anak. 




Bahan-Bahan
  • 2 cawan susu perisa Strawberry atau perisa lain
  • 1 setengah cawan coffemate
  • Setengah cawan Mealshake
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit coklat rice atau biskut oreo yang dihancurkan atau buah strawberry yg dipotong2 kecil
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dalam blender atau mixer. Blend sehingga berbuih dan gebu. (kecuali coklat rice @ biskut oreo @ buah strawberry)
  2. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti beku (freezer)
  3. Setelah hampir-hampir beku, keluarkan semula campuran aiskrim tersebut dan blender semula sehingga berbuih dan gebu. Selepas itu masukkan semula ke dalam bekas dan taburkan coklat rice @ biskut oreo @ buah strawberry dan bekukan semalaman.
  4. Untuk dapatkan airkrim yang lebih gebu dan sedap, ulang langkah 3 sebanyak dua atau tiga kali.
Kenapa aiskrim ini berkhasiat untuk seisi keluarga?

Ia adalah disebabkan campuran Shaklee Mealshake di dalamnya. Mealshake merupakan sumber protin dengan vitamin dan mineral yang lengkap bagi memenuhi keperluan nutrisi harian. Ia menyediakan jumlah yang seimbang  bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mealshake bukan sahaja sangat berkhasiat diberikan kepada orang dewasa malah kanak-kanak yang cerewet makan dan selalu demam atau sakit.





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Tips Payudara Kekal Pejal Selepas Bersalin

Ramai wanita yang inginkan payudara kekal pejal selepas bersalin. Selepas bersalin, ramai mama bimbang dengan perubahan bentuk payu dara mereka. Untuk pengetahuan mama aktiviti penyusuan bukan punca utama payu dara kendur. Sebaliknya ia disebabkan oleh kehamilan.



Bagi memastikan payu dara sentiasa pejal, anda digalakkan mengamalkan senaman ringkas. Gerakan mudah ini mampu merangsang otot payu dara agar sentiasa tegang dan anjal.

PUSING BAHU
Duduk di atas kerusi dengan bahu tegak. Pusing secara membulat pada kedua-dua arah. Ulang sebanyak 12 kali bagi setiap arah.

TEKAN TAPAK TANGAN
Temukan kedua-dua belah telapak tangan dan tekan secara bertentangan pada bahagian tengah tapak tangan. Tahan selama 10 saat baru dilepaskan. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali.

TANGAN KE ATAS
Tegakkan kedua bahagian lengan pada sudut 90° dan gerakkan keduanya ke atas dan silangkan bahagian pergelangan tangan setinggi yang boleh. Ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 12 kali.

KUATKAN OTOT DADA
Berdiri tegak dan angkat lengan hadapan sehingga paras siku. Cuba tegangkan otot dada dan lengan dengan pergerakan. Kira satu hingga lima kemudian baharu dilepaskan. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.

Sumber: Majalah PaMa


PENGAMBILAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU PAYUDARA PEJAL SELEPAS BERSALIN




PAYUDARA terdiri daripada tisu-tisu dan otot-otot untuk menyokong keanjalannya, jika tidak dijaga dengan baik ia menjadi semakin kendur dan hilang keanjalan.





Energizing Soy Protien
ESP adalah minuman yang tinggi dengan PROTIN yang menolong untuk menggantikan sel-sel lama dengan yang baru. Apabila sel baru terbentuk maka otot-otot yang terbina juga lebih sihat dan kuat untuk menyokong payudara. Sebab itu ramai ibu menyusukan bayi yang minum ESP akan rasa payudara semakin cantik dan tegang.


Alfalfa
Alfalfa adalah herba yang telah digunakan untuk penjagaan payudara secara semulajadi. Alfalfa boleh bertindak seperti estrogen, hormon semula jadi yang menyumbang kepada pertumbuhan payudara. Estrogen adalah hormon wanita yang bertanggungjawab untuk meningkatkan saiz payudara. Walaupun badan anda secara semulajadi akan menghasilkan estrogen semasa anda melalui akil baligh dan juga sehingga anda berumur 18 atau 19 tahun, tidak ada salahnya memberi tumpuan kepada makanan yang mengandungi estrogen untuk membantu payudara anda kekal pejal dan tegang. Alfalfa adalah makanan yg kaya dengan mineral, vitamin dan phyto-estrogen yang menggalakkan pertumbuhan payudara.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Monday, September 1, 2014

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

Peranan Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

 1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.


Sumber:
www.panduansuamisteri.blogspot.com




Jika anda ingin mendapatkan Set Berpantang dari Shaklee, anda boleh lihat penerangan tentang set ini di sini.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com