Monday, February 9, 2015

Mesyuarat Tahunan Bersama Persatuan Selat Tebrau Babywearers

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas (7/2/2015) buat pertama kalinya saya join AGM untuk persatuan Selat Tebrau Babywearers (STB). Ini lah juga pertama kali saya join persatuan berdaftar. STB adalah group untuk babywearers negeri Johor atau dalam bahasa melayunya group untuk pengendong-pengendong negeri Johor.

Antara agenda mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang tahun 2014 serta melantik AJK baru untuk tahun 2015 dan membincangkan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 2015 ini.

Sejak lahirkan Izzah saya dah mula jatuh chenta dengan babywearing (BW) ni. First stash saya ialah Boba wrap, saya beli preloved daripada sahabat dalam group STB. Boba wrap ni jenis stretchy wrap sesuai untuk baby newborn. Saya beli mase tu Izzah baru sebulan. Tapi bila Izzah dah nak masuk 4 bulan ni, berat dah 6.4kg, macam dah melendut je wrap nye..jadi plan nak tukar ken SSC (soft structure carrier). 


SSC ade banyak sangat design, jenis, jenama & harga. Jadi sebelum decide nak beli yang mana, saya study dulu & last2 yg masuk dalam final list saya ialah Snuggbaby & Lenny Lamb...dalam gambar tu saya pakai Snuggbaby sewa dulu dengan library STB. Izzah selesa sangat dok dalam tu...

Ermm adekah Snuggbaby menjadi pilihan hati saya??? Atau Si Biri-Biri Lenny yang akan dibeli?? Tunggu bulan March nanti...saya update cerite babywearing saya lagi.....

Ok jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap mase AGM tu..

 Selphi berdua Izzah & Ibu

Sebahagian Admin STB & Mrs Babywearer


Bergambar dengan babywearers yang lain 



Gambar ramai-ramai 



 Pemenang Mr & Mrs Babywearer



Aktiviti untuk kanak-kanak sementara ibu-ibu & bapa-bapa bermeeting





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com



No comments:

Post a Comment