Sunday, February 10, 2013

Oh Perempuan! Kau Tetap Pilih Kosmetik Tiruan Itu.

Aduhai perempuan...dah banyak berita dan laporan tentang bahaya kosmetik tiruan dan murahan. Tetapi masih ramai lagi yg masih memilih utk menggunakannya. Kenapa ye? Adakah sebab hanye utk menunjuk2 dengan kawan2 yg mereka ade kosmetik berjenama tetapi hakikatnye ia adalah barangan palsu. Atau mereka pilih hanye sekadar ikot kepuasan diri? Aduhai wanita..sanggup mempertaruhkan diri sendiri demi sebuah kecantikan yg tidak kekal abadi.Tepuk dada tanye diri sendiri.....
------------------------------------------------------------
Dipetik dari utusan malaysia.

Industri kosmetik tiruan di Malaysia seolah-olah belum sampai ke penghujungnya walaupun acap kali pihak berkuasa melakukan rampasan, selain laporan media yang kerap menyiarkan bahaya penggunaan barangan 'celup' tersebut.

Buktinya, pada tahun lalu, sebanyak RM9,848,924 juta produk kosmetik tiruan telah berjaya dirampas, masing-masing RM8,703,939 oleh Kementerian Kesihatan dan RM1,144,985 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Lebih mengejutkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan 22 kali ganda berbanding nilai rampasan yang diperoleh pada tahun 2010, sebanyak RM446,415.

Sambutan daripada pengguna tersebut telah menggalakkan syarikat pengeluar dan penjual barangan 'celup' ini meluaskan pasaran khususnya di pasar terbuka dan bazar larut malam.

Produk kosmetik berjenama antarabangsa seperti M.A.C, Maybelline, Loreal, Bobbi Brown, Channel, Calvin Klein dan Miss Rose antara barangan celup yang begitu popular di pasaran.

Tinjauan di bazar larut malam atau uptown, pusat pemborong di sekitar Lembah Klang mendapati peniaga-peniaga mempamerkan kosmetik 'celup' itu tanpa rasa bimbang diburu pihak berkuasa. Curiga dengan produk kosmetik berjenama yang dijual serendah RM5, wartawan Utusan Malaysia mendekati peniaga di Uptown Danau Kota, Setapak untuk mendapatkan status ketulenan barangan tersebut.

Peniaga tersebut dengan selamba menyatakan produk-produk kosmetik yang dijual di bazar tersebut kebanyakannya diimport dari China walaupun dilabel seperti barangan solekan berjenama antarabangsa. "Ini semua barangan tiruan, kak. Mana ada barang 'original' jual murah macam ni. Hari ini saya nak habiskan stok, jadi saya jual murah-murah saja," katanya sambil menawarkan diskaun ke atas salah satu produk.

Namun berbeza pula jawapan yang diberikan peniaga kedua yang mendakwa produk-produk kosmetik yang dijual bermula daripada RM10 itu adalah barangan asli 'reject'. "Semuanya asli, cuma barang-barang 'reject' tapi bukan tak boleh pakai langsung. "Tahu sahajalah syarikat antarabangsa ni, kalau rosak dekat tulisan (label) ni ke atau kotaknya dah renyuk sikit sahaja, dia orang (pengeluar) tak boleh jual di pasaran. "Tak payah risaulah, produk ni semua selamat.  Kebanyakan yang beli ni semua pelanggan tetap. "Tengok, tarikh luput pun ada dekat kotak ni," katanya untuk menyakinkan penulis membeli barangan yang dijual.

Sementara itu seorang pengguna yang hanya mahu dikenali Aisyah mengakui sehingga kini dia tidak berasa apa-apa kesan sampingan walaupun sudah hampir setahun menggunakan produk tersebut. ''Bimbang memang ada tetapi kerana sehingga hari ini okay sahaja, saya terus menggunakan produk tiruan ini. Mungkin kulit saya serasi,'' katanya.

Rakannya yang dikenali Shasha berkata, harga yang jauh lebih murah berbanding produk asli faktor utama dia memilih kosmetik tiruan. ''Lagi pun orang tidak tahu sama ada kita menggunakan kosmetik tiruan atau sebaliknye," katanya.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd - 29 June 2012


No comments:

Post a Comment