Monday, July 14, 2014

Tips Menjaga Luka Pembedahan Ceasarean

Tips Menjaga Luka Pembedahan Ceasarean

Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.


Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Sumber: portal.alamhammil.com

........................................................................


Kalau anda ingin dapatkan Set Asas Berpantang Moden dari Shaklee, boleh lihat penerangan tentang set ini di sini.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Saturday, July 12, 2014

Pengalaman Bersalin & Berpantang Secara Emergency Ceaserean

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-25 saya mengandung anak ke-2 & syukur hari ni 14 Ramadhan, saya dapat berpuasa dari hari pertama Ramadhan lagi. Allah berikan saya peluang kali ke-2 berpuasa Ramadhan ketika mengandung. Pada 2011 ketika mengandung anak pertama, saya dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Syukur. Semoga terus diberikan kesihatan & kesabaran untuk berpuasa penuh lagi.

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang selepas bersalin secara Czer (Ceaserean). Lebih tepat lagi Emergency Czer. Sebab mase tu dah berhempas pulas lebih kurang sejam lebih untuk deliver secara normal. Tapi setelah gagal forcep & vacuum & jantung baby pon dah semakin lemah, doktor decide untuk tidak amik risiko & decide untuk emergency Czer. Maka lahirkan seorang putera sebarat 3.02 kg pada 8 January 2012 & diberi nama Onn Bin Tarmizi.

Hah..begitulah hajat nak bersalin normal tak kesampaian..huhuhu...Ape pon syukur sebab saya & baby selamat & sihat.

Bermula lah kisah saya berpantang setelah bersalin secara Czer...Oppss, paling best & lengkap pakage, sebelum Czer tu, mase saya bertarung untuk bersalin secara normal, doktor dah pon gunting kat bahagian perinium (Episiotomi) untuk "laluan" bayi.....jadi saya berpantang dalam keadaan menjaga luka jahitan di bahagian "bawah" & luka jahitan kat perut...lalalalala....dah rase macam mane sakit bersalin normal & bersalin Czer. Pengalaman paling berharga!! Dan saya tak pernah menyesal & trauma untuk bersalin lagi...

Alhamdulillah, saya sihat sepanjang tempoh berpantang & selepas berpantang, walaupun masa tu selepas keluar dari wad bersalin saya kene check in selama seminggu kat NICU pula sebab Onn kene kuning & doktor sahkan Onn ade masalah tiriod serta dengupan jantung tak konsisten (Yang ni saya akan ceritakan dalam entry lain...tunggu ye!!).

Tak lama lepas doktor cabut tiub air kencing & saya dah boleh bergerak bebas, saya terus cuba bangun untuk memastikan badan tidak krem..Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Ye, memang ia sangat berkesan, saya dah rasekan.

Saya berpantang di rumah Mak. Saya tidak berpantang secara ketat & traditional sangat. Mak saya pon tak de lah strict sangat bab2 berpantang ni...hehehe... pilis & param pakai 3 kali aje..hehehe..tu pon time tukang urut datang mengurut..bengkung memang tak leh pakai le...tapi stokin & bertungku di kaki memang saya buat setiap hari. Makan pula, saya makan macam orang berpantang biase...& paling best saye berpantang dengan Supplement Shaklee..lagi satu jangan takut untuk minum air yg secukupnya..sebab badan kita perlukan air untuk penyembuhan luka, tenaga & untuk penghasilan susu badan..jangan minum dalam kuantiti yg banyak dalam satu masa, tapi minum sikit-sikit tetapi kerap.

Masa tu saya tak amik set lengkap berpantang, saya just amik Vitalea Multivitamin, Bcomplex, Zinc & ESP je. Bila amik Vitalea, Bcomplex & ESP memang badan rasa berbeza, rase bertenaga, muka tak pucat. Saya suke makan Zinc Complex sebab agak susah nak dapatkan ikan haruan segar & saya tak boleh minum pati ikan haruan (baby menyusu badan & akan kembung setiap kali saya minum pati ni). Kalau nak tahu ikan haruan ni kaya dengan Zinc yang bagus untuk penyembuhan luka. Luka jahitan Czer & jahitan perinium saya cepat baik & cantik aje bile kering. Saya memang tak makan jamu sebab saya ingin fully breastfeed kan baby. Lagi pon doktor pon tak galakkan amik jamu especially dalam tempoh berpantang.

Cuma pada saya, sepanjang berpantang, selain daripada pemakanan sihat, ape yang ibu-ibu perlu titik beratkan ialah "jiwa & mental" untuk elakkan stress. Sebab time ni hormon badan bercelaru lepas tu tak cukup tidur, penat & macam2 lagi..kite berada dalam keadaan berhadas besar & tak boleh solat & mengaji (Solat & mengaji Al-Quran sumber ketenangan jiwa)...kalau tak kuat & terlalu ikutkan perasaan memang kita boleh tertekan..jadi perbanyakkan selawat & zikir. InsyaAllah itulah sumber kekuatan & makanan rohani kita.

Ok lah...lepas ni saya akan ceritekan pulak kisah saya check in kat NICU menjaga baby selepas saya bersalin.

Salam sayang..
Ct Rosni

Hai..saya baby Boy!! Tak mau keluar, dok dalam perut lagi best!!




Ibu kerja..jadi Onn kene minum susu perahan


 Onn & Abah




Wednesday, June 11, 2014

Sembelit Ketika Hamil


Assalamualaikum

Baru-baru ni saya berpeluang menghadiri Shaklee National Conference (NC) di Sunway Pyramid Convention Centre. Alhamdulillah tahun ni dapat tiket hotel free & dapat naik stage amik award. Tapi yg tak bestnye saya kene SEMBELIT!! Hampir sejam jugak lah saya bertapa kat dalam toilet..berusaha untuk membuang..hahaha..ape tak nye..dah 5 hari saya tak buang air besar. Sejak kandungan masuk 5 bulan, masalah sembelit ni datang..sebelum ni ok je..& what make things worst ialah dah dekat 2 minggu saya tak amik Ostematrix..(padan muke aku!!) dan saya ni memang kurang makan sayur & buahan..tapi saya minum air cukop 2-3 liter sehari..


Kalau ikot doktor, sembelit semasa hamil adalah perkara biasa, 30-40% wanita hamil akan mengalaminya. Ini disebabkan tekanan uterus yg semakin membesar menekan ke atas rektum, serta hormon2 kehamilan yg memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Pil-pil zat besi pon boleh sebabkan sembelit makin teruk.

Macam biase kalau nak atasi sembelit ni, kene lah lebihkan bijirin, sayuran & buahan dalam pemakanan harian & pastikan minum air 2-3 liter sehari. Jus buahan segar pon sangat membantu especially just prune dan jus guava.

Sembelit ni tak lah membahayakan kandungan ibu tapi jika berterusan boleh mendatangkan BUASIR yg menyakitkan, gatal & tidak selesa.

Bagi saya penyelesaian 'emergency' untuk sembelit ni mudah aje...setiap hari amik 4 bijik Ostematrix sebelum tidur, dan esok pagi pasti membuang dengan jayanya...hehehehe...sebab ape?? Selain mengandungi KALSIUM untuk kesihatan tulang, dalam Ostematrix ni ade kandungan MAGNESIUM...Hah!! Magnesium ni lah yg membantu meningkatkan kandungan air dalam usus, membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan seterusnya memberikan kesan yg lembut yg mengurangkan sembelit.


Jadi OSTEMATRIX ni bukan sekadar kalsium. Ia lebih dari itu!! Rasa segar & kurang letih selepas bangun tidur diwaktu pagi, sebab Ostematrix membantu merehatkan otot2 badan.

Jika ibu2 nak mencuba Ostematrix, boleh hubungi saya. Sebotol ade 120 biji hanye RM61.00 sahaja.


Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


Wednesday, February 26, 2014

Vitamin Boleh Memberi Kesan Buruk Jika.....

Anda mesti pernah dengarkan ayat2 macam ni:

1. "Jangan makan vitamin time mengandung, nanti baby keluar besar" 
2. "Makan vitamin banyak2 ni nanti buah pinggang rosak'
3. "Vitamin ni bahaye, makanan/nutrisi tiruan..baik makan makanan yg betol/fresh je' 



Pernyataan di atas ni adalah antara sebab kebanyakan orang takut untuk mengambil supplement. Alasan ini jugalah yang menjadikan mereka tidak konsisten bila consume vitamin. 

Ok..jom kite selidik waktu bile & bagaimana vitamin itu memberi kesan buruk kepada manusia

Vitamin boleh memberi kesan buruk kalau:

1. Pengambilan vitamin melebihi dos yang disyorkan. Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi. Vitamin C pula jika diambil lebih 2000mg sehari boleh menyebabkan cirit-birit.

2. Pengambilan yang banyak (kalsium) dalam satu masa juga boleh membebankan fungsi buah pinggang. Samada kerosakan pada buah pinggang ataupun batu karang. Seeloknya jangan lebih 600mg dalam 1 masa. Kerana itu Ostematrix Shaklee sebiji 250mg.

3. Kurang minum air, ini adalah kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml / segelas kecil setial sejam.

4. Salah faham. Contohnya selepas pengambilan vitamin B-Complex, air urin akan berwarna lebih pekat. Itu normal dan bukan kesan sampingan.Perubahan warna urin bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang. 

5. Pengambilan vitamin sintetik (dalam botol ada silica gel) untuk jangka panjang dibuktikan melalui penyeledikan memberi lebih kesan buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Shaklee 100% semulajadi! Kerana itu anda tidak berjumpa silica gel dalam botol Shaklee sepertimana dalam beras, tepung, biskut.

MAKA DENGAN ITU...NAK DAPATKAN KESIHATAN OPTIMUM.. PERKARA DI ATAS SEWAJARNYA DIELAKKAN! 


----------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMEMT SHAKLEE, ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

Siti Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Call/Sms/Whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: www.facebook.com/CtRosni.1
Fanpage FB: Sihat Sihat

Tuesday, January 14, 2014

Peluang Perniagaan dan Kesihatan Bagi Rakyat Indonesia

Peluang perniagaan dan kesihatan - Shaklee indonesia













Sekarang shaklee juga sudah berada di negara indonesia. Kepada warga indonesia yang berminat untuk berbisnes dan kekal sihat sentiasa, anda boleh lah menjadi ahli shaklee melalui saya.

Dan apa yang menarik, shaklee baru sahaja memasuki indonesia pada June 2012 dan sekarang shaklee sudah bertapak di indonesia selama hampir 2 tahun serta mendapat sambutan yang sangat hebat di indonesia.

Anang dan Ashanti merupakan salah seorang artis indonesia yang mula menyukai shaklee. Warga indonesia yang berminat, boleh tinggalkan pesanan di inbox saya atau whatsapp di talian +60137528484

Dapatkan produk ini dari kami dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila PM kami mahupun whatsapp di talian bawah.

Siti Rosni
Whatsapp : 0137528484
Shaklee Independent Distributor

Saturday, January 11, 2014

NUTRISI UNTUK IBU YANG KEGUGURAN (MISCARRIAGE)

Assalamualaikum

Kali ini saye tergerak hati untuk menulis tentang keguguran. Ini disebabkan minggu lepas saje saye menerima 2 order supplement Shaklee daripada ibu yg keguguran (miscarriage). Sebelum ini ramai juga kawan2 saya yg mengalami keguguran kandungan. Kalau dulu jarang sangat dengar masalah ni kan?, tapi sekarang keguguran sering kali kita dengar terjadi. 

Kepada wanita2 diluar sana yg bercadang untuk pregnant, anda disarankan untuk bersedia 6 bulan sebelum mengandung. 6 bulan awal anda sudah sepatutnya mengambil supplement Multivitamin, B-complex & Kalsium untuk penghasilan darah merah, kesihatan rahim & kekuatan tulang.



Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran:
1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. 
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. 
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.
Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan. 

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang. 
Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran. 
Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.
Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda. 

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.
Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat. 

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.
Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.
Apa yang anda perlu lakukan
Sekiranya anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. 
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.
Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Sumber: www.health.mylaunchpad.com.my


Cadangan Supplement Untuk Ibu Keguguran (Miscarriage)
Bagi ibu keguguran, supplement yang perlu diambil adalah sama dengan ibu bersalin/berpantang iaitu:
1. Multivitamin - Vitalea 
2. B-Complex
3. Sustained Release Vitamin C - 500mg
4. Zinc Complex



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, December 6, 2013

Masalah Tonsil Dikalangan Kanak-Kanak

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.



Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil:
1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenjar tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Adakah Tonsil Ini Bahaya?
Macam mana nak tahu jika anak terkena jangkitan virus atau bakteria?
  • Jika jangkitan virus,

Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.
  • Jika jangkitan bakteria pula,

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jangkitan Bakteria Lebih Berbahaya 
  • Sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 
  •  Manakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit. Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.


Cadangan Supplement Untuk Masalah Tonsil
Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu tapi bagi bayi berumur setahun ke bawah memang TIDAK digalakkan untuk mengambil sebarang supplement.
  • Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu Mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla).
  • Untuk 3 tahun ke atas boleh diberi Chewable Vita-C Shaklee bagi mengukukan sistem imun dan juga boleh diberi suku sukatan daripada paket Nutriferon untuk imun booster. Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster)

Nutriferon ini sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com