Wednesday, December 26, 2012

VITAMIN-E UNTUK LELAKI & WANITA

Vitamin E agak jarang2 kite dengar kan? Sebab biasenye kite selalu dgr crite pasal vitamin C, B &  D aje...jadi ramai org yg mengabaikan vitamin E ini. Saye sendiri pon, first time kenal & terus jatuh chentaa dgn vitamin E mase saye start consume supplement Shaklee. Ape yg saye perasan, lepas beberapa minggu saye ambil vitamin E, kulit muke makin bersih & clear. Lepas tu saye ambil sekali dengan Callogen Powder, makin berseri2 kulit muke saya...hehehehe...memang terjus jatuh chentaa lah dgn supplement ni....

Saye nak u all semue jatuh chentaa juge dgn vitamin E, so jom kite bace pasal vitamin E ni...

Ape Itu Vitamin E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia sejenis vitamin yg larut lemak. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.

Yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A. Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta.

Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Sumber makanan Vitamin E
Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Vitamin E untuk Lelaki
● Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan

Vitamin E untuk Wanita
● Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

● Wanita juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.

KHASIAT VITAMIN-E UNTUK SEMUE
● Memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
● Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
● Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
● Mengurangkan parut
● Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
● Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
● Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari
● Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
● Membantu mencegah anemia
● Mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang
● Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
● Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
● Merendahkan kadar kolesterol
● Membantu mencegah kanser
● Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber: www.mamafaiz.com & www.redcomelmall.blogspot.com



No comments:

Post a Comment