Friday, December 18, 2015

Keluar Rumah, Hirup Udara Segar Dan Hilangkan Stress

Assalamualaikum teman-teman.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria.

Alhamdulillah, sekarang ni setiap pagi dan petang, jika tak hujan, sudah menjadi aktiviti wajib bagi saya dan anak-anak berjalan-jalan & main basikal depan rumah. Anak-anak pon gembira sebab dapat main bersama kawan-kawan.

Apabila menjadi WAHM (Working at Home Mother) ni, jangan asyik terperap dalam rumah saja tau, boleh jadi stress dibuatnya. Jika rajin bawa lah anak-anak bermain-main dan berlari-lari di taman permainan atau taman rekreasi yang berdekatan rumah. Tidak semestinya perlu pergi jauh-jauh. Paling mudah pon, boleh temankan anak-anak bermain-main dihadapan rumah. 

Sebaiknya keluar lah sekejap sedut udara luar, kasi paru-paru oksigen segar! Lihat cahaya mentari, rumput-rumput hijau dan bertemu sapa dengan jiran-jiran. Barulah badan segar dan otak pon cergas. At least boleh hilangkan sedikit stress kan...







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment