Saturday, December 19, 2015

Aktiviti Memasak Dengan Anak-Anak


Assalamualaikum semua

Hari tu terlebih rajin, jadi ni lah aktiviti saya dengan anak sulung. Kami buat apple pai comel. Dan beberapa minggu lepas kami buat snowy cheese kek.

Anak saya ni bab-bab membaking memang dia suka tolong. Tolong main & sepah-sepahkan. Hahaha...


Projek Snowy Cheese Cake


Tak pe lah kan, sekurang-kurangnya aktiviti macam ni boleh mengisi masa lapang anak-anak. Lagi pun boleh asah motor skill anak-anak juga. 

Sebagai ibu, kenalah pandai timbulkan minat pada anak-anak untuk rajin ke dapur. Jadi sejak dari kecil lagi dah boleh biasakan mereka ke dapur. Boleh cuba dulu ajak mereka join sama-sama uli doh untuk biskut, pai atau tart. Budak-budak ni bab-bab uli menguli kompem dorang suka sebab macam main play doh atau tanah liat. Tapi kali ni betul-betul buat, lepas siap biskut, pai atau tart nya, kita kasi dia makan. Dan cakap lah pada anak, "ini lah kuih yang abang/kakak buat tadi, sedap, pandai abang/kakak buat. Ibu bangga dengan abang/kakak"

Motivasi anak akan meningkat apabila menerima pujian macam tu daripada ibu bapa mereka.

Projek Apple Pai Comel


Projek Cheese Ball


Seronok aktiviti di dapur ni. Sesekali kenalah cuba ya!




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment