Sunday, December 18, 2016

Resepi Carrot Cake Yang Mudah Dan Sedap

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana memberi peluang pada Cik Ros untuk berkongsi resepi kek kegemaran Cik Ros ini.

Cake yang sangat sedap walaupun bahan asas nya ada Carrot (Lobak Merah). Siapa sangka lobak merah boleh menghasilkan kek yang #sumpahsedap kan.

Lagi lagi bila ditambah dengan serbuk cinnamon (kayu manis). Perghh...bau dia harum semerbak tau.

Sesuai sangat lah kalau korang buatkan untuk mak mertua atau bakal bakal mak mertua korang. Confirm dorang terus approved kau jadi menantu. 😝😝😝

Jom check it out:

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1/4 sudu teh garam halus
1 1/4(satu & satu per empat) sudu teh serbuk cinnamon

2 biji telur 
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyak jagung @ masak

1 1/4 cawan lobak merah yang sudah diparut dan diperah sedikit (perah guna tangan je)
1/4 cawan choc chip

Nota: Resepi asal, letak walnut & kismis/dried fruit. Tapi Cik Ros suka kek yang simple je, jadi Cik Ros tukar dan letak choc chip. Kanak kanak pon suka makan bila ada choc chip.



Step 1:

Lapik loyang dengan kertas minyak dan sapukan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 150°C terlebih dahulu (5 @ 10 minit awal)

Putar telur, gula dan minyak. Guna mixer boleh, guna whisk pon boleh. Putar lebih kurang dalam 3 minit hingga sebati.

 Step 2:
Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam, cinnamon dan garam masuk ke dalam adunan. Kacau sebati pakai senduk je.

Step 3:
Masukkan carrot dan kacau sebati


 Step 4:
Masukkan choc chip / walnut/ kismi dan gaul sebati


Step 5:
Tuang adunan ke dalam loyang size 8 x 8 inci. Bakar api atas bawah 150°C, selama 35 - 40minit. Bergantung pada suhu oven masing masing.

Dah siap bakar, keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan keluar kan dari loyang.



Carrot cake yang dah siap. Letak topping nutella saja. Sedap sangat!


Selamat mencuba

Salam 💗
Cik Ros

No comments:

Post a Comment