Sunday, December 18, 2016
Braised Lamb Shank, Hasil Air Tangan Encik Suami
Ini lah makanan lunch Cik Ros semalam, cuti maulidurasul. Hasil air tangan Encik Suami.
'Braised Lamb Shank' ala ala fine dining restoran mat saleh. Tapi yang ini versi halallan toiyiban dan sangat afdol dimakan kerana Encik Suami yang masak ala ala chef hotel 5 bintang.
Kalau korang nak tahu, masakan 'braise' ini seperti masakan stew, tapi hanya memerlukan sedikit kuah atau dipanggil 'gravy'. Kuah itu sendiri terhasil daripada air renehan daging peha kambing bersama sama daun saderi, daun salam (bay leaf) serta beberapa jenis herba seperti rosemary dan thyme.
Memasak nya juga memerlukan masa yang lama lebih kurang 2 hingga 3 jam untuk memastikan daging betul betul empuk.
Kalau korang nak masak, sebaiknya reneh daging sehari awal. Tapi semalam, suami Cik Ros mula mereneh daging awal pagi. Jadi sedang sedang jam 1.30 - 2 petang, dah dapat makan.
Cara memasaknya agak leceh, daging perlu diperap dengan garam dan serbuk lada hitam atau pun serbuk paprika sebelum di panggang sekejap di atas kuali.
Selepas itu, didalam periuk yang besar pula, masukkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan saderi. Seteruskan masukkan tomato puree, tambahkan air dan masukkan daging. Reneh sehingga daging empuk selama 2 hingga 3 jam. Tambah air jika berkurangan.
Selepas daging betul betul empuk, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan hidangan. Teruskan mereneh air lebihan tadi sehingga menjadi pekat, tambah garam secukup rasa. Air renehan inilah yang akan tuang di atas daging tersebut.
Di hidangkan bersama sama sayuran hijau dan kentang lenyek.
Nah, lecehkan memasaknya. Sebab tu ramai orang lebih prefer pergi makan dekat restoran atau hotel saja.
Kebiasaannya restoran ala-ala mat saleh meletakkan harga hidangan ini dalam lingkungan RM80 dan keatas, belum termasuk GST.
Dan perlu berhati hati juga jika makan di restoran luar yang tiada pengesahan Halal, kerana mengikut resepi asal daging tersebut perlu direneh dengan red wine.
Wah. Panjang Cik Ros bercerita, macam Cik Ros je yang masak kan. Hakikatnya bukan Cik Ros yang masak. Kahkahkah.
Terima kasih untuk Encik Suami yang sememangnya tidak pernah kekok beraksi di dapur. Selalu masakkan makanan yang sedap sedap untuk kami sekeluaga.
Tapi yang paling penting sekali, buat mak mertua Cik Ros juga, terima kasih. Anak mak yang bongsu tu memang pandai memasak.
Alhamdulillah.
Notakaki: bodek kena lebih, nanti boleh dapat makan sedap lagi. Kikikiki
Salam 💗
Cik Ros
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment