Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Di Muor Sambil Belajar Sejarah



Minggu lepas kami sekeluarga pergi Muor, ada kenduri kahwin di Kampung Kesang. Rumah pengantin betul betul berdekatan dengan sungai kesang. Berhadapan pula dengan sawah padi terbentang luas.

Memang cantik lah pemandangan kat situ.

Sampai je di kawasan rumah pengantin, kami parking kereta di tepi sungai. Cuaca agak panas tapi angin bertiup sepoi sepoi bahasa meredakan rasa panas.

Sambil sambil parking kereta Encik Hasben mula buka cerita sejarah. Sejarah tentang Kesang di zaman pemerintahan Sultan Ali. (Hah, agak agak korang ingat tak topik sejarah pasal sultan ali ni?)

Cik Ros ni memang tak pernah lulus subjek serajah Tingkatan 4 & 5. Masa SPM je lulus, itu pun sebab ulangkaji soalan ramalan. Yang best nya yang Cik Ros ulangkaji tu lah yang keluar.

Maka nya, 16 tahun lepas, hari itu dalam sejarah Cik Ros dapat B dalam subjek sejarah SPM. 😂😂😂

Banyak yang Encik Hasben cerita, dari cerita sultan ali sampai ke cerita maharaja abu bakar. Kenapa bukan sultan ali yang memerintah johor. Bla...bla.. bla..

Kalau Cik Ros memang sumpah lah tak ingat langsung sejarah sejarah ni. Tapi tidak Encik Hasben. Dia ni macam buku sejarah bergerak tau. Hahaha.

Kalau pergi jalan jalan pun, diajak nya kami pergi muzium. 😝😝

Agak agak korang ada masalah pelupa ke ada anak anak yang tengah belajar ke, cepat cepatlah makan minyak ikan OmegaGuard tak pun makan Lechitin. Bagus untuk daya ingatan ya.

Orang perempuan yang lepas bersalin tu pun wajib lah makan OmegaGuard ya. Sebab kritikal sangat masalah pelupa tu. Hihihi.

Cik Ros
Yang Alergik Dengan Subjek Sejarah, Add Math & Fizik

+6013- 7528484
Pengedar Shaklee Johor Bahru

Tuesday, December 20, 2016

Atasi Masalah Keletihan Dengan Supplement Yang Betul


Cik Ros bukan nak masak semua vitamin ini.

Just nak display saja.

Almaklumlah orang dapur macam Cik Ros ni memang mainan nya dengan periuk, kuali dan senduk. Huhuhu.

Ini lah vitamin asas untuk Cik Ros yang dah 3 series ni, yang selalu sakit-sakit bahu & sengal-sengal badan. Bukan apa, vitamin ni lah yang jadi pelengkap nutrisi harian Cik Ros.

Nak harap makan sayur organik, ayam organik, daging organik dan buahan organik, tak mampu lah Cik Ros. Hihihihi.

Eh, korang  selalu tak sakit sakit badan ke sengal-sengal urat ke selalu letih ke?

Kalau selalu keletihan, cuba amalkan vitamin vitamin ini. Especially untuk orang perempuan yang bekerjaya dan juga suri rumah.

Salam 💗
Cik Ros
+6 013- 7528484
(Pengedar Sah Shaklee)

Monday, December 19, 2016

Nasi Kerabu Idaman Kalbu



Nikmat sangat tau bila dapat makan nasi yang satu ini.

Kegemaran Cik Ros. Nikmat nya bila dapat mengunyah ulam ulaman segar berserta nasi, keropok, sambal, budu, kelapa dan daging bakar.

Kalau ada telur asin dan solok lada lagi mengancam sarapan pagi ni kan. Perghh..

Sebenarnya dah lama Cik Ros ajak Encik Hasben pergi makan nasi kerabu Cikgu Siti dekat taman impian emas yang viral sangat tu.

Emmm. Sampai ke sudah tak dibawa nya bini yang baru sorang ni. Kahkahkah.

Tapi, setiap kali kalau pergi beli sarapan, Encik Hasben tak pernah lupa nak beli sebungkus nasi kerabu untuk bini dia. Suwwet kan. Kikikiki.

Boleh lah, janji nasi kerabu walau bukan nasi kerabu cikgu siti. Sekurang kurang nya dia tak lupa permintaan bini dia ni.

Ok, sekian, saja nak cerita pasal nasi kerabu. Untung untung lepas ni ada yang belanja Cik Ros makan nasi kerabu.

😝😝😝😝

Salam 💗
Cik Ros

Jenis Jenis Diabetes

Info tentang DIABETES

Diabetes ialah keadaan dimana paras gula dalam darah melebihi paras normal. Terdapat 2 jenis diabetes.

Diabetes Type 1: Pankres tidak dapat hasilkan insulin & memerlukan suntikan insulin. Selalunya ia diwarisi. Sebab itu ade kes kanak2 menghidapi penyakit ini.

Diabetes Type 2: Sel badan tidak dapat menggunakan insulin yg telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula. Samada sebab jumlah insulin yang dihasilkan tak mencukupi atau badan/receptor tak mampu gunakan insulin yang dihasilkan. Selalunya disebabkan oleh pemakanan & gaya hidup (boleh juga diwarisi)

Shaklee telah mencipta VIVIX yang tinggi dengan kandungan revesterol bagi membantu mengurangkan tahap kolestetol & darah tinggi serta membantu memperbaiki tubuh badan manusia untuk response pada insulin.

Sms/whatsapp:0137528484
Email: rosni_siti@yahoo.com




Sunday, December 18, 2016

Braised Lamb Shank, Hasil Air Tangan Encik Suami



Ini lah makanan lunch Cik Ros semalam, cuti maulidurasul. Hasil air tangan Encik Suami.

'Braised Lamb Shank' ala ala fine dining restoran mat saleh. Tapi yang ini versi halallan toiyiban dan sangat afdol dimakan kerana Encik Suami yang masak ala ala chef hotel 5 bintang.

Kalau korang nak tahu, masakan 'braise' ini seperti masakan stew, tapi hanya memerlukan sedikit kuah atau dipanggil 'gravy'. Kuah itu sendiri terhasil daripada air renehan daging peha kambing bersama sama daun saderi, daun salam (bay leaf) serta beberapa jenis herba seperti rosemary dan thyme.

Memasak nya juga memerlukan masa yang lama lebih kurang 2 hingga 3 jam untuk memastikan daging betul betul empuk.

Kalau korang nak masak, sebaiknya reneh daging sehari awal. Tapi semalam, suami Cik Ros mula mereneh daging awal pagi. Jadi sedang sedang jam 1.30 - 2 petang, dah dapat makan.

Cara memasaknya agak leceh, daging perlu diperap dengan garam dan serbuk lada hitam atau pun serbuk paprika sebelum di panggang sekejap di atas kuali.

Selepas itu, didalam periuk yang besar pula, masukkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan saderi.  Seteruskan masukkan tomato puree, tambahkan air dan masukkan daging.  Reneh sehingga daging empuk selama 2 hingga 3 jam. Tambah air jika berkurangan.

Selepas daging betul betul empuk, angkat daging dan pindahkan ke dalam pinggan hidangan. Teruskan mereneh air lebihan tadi sehingga menjadi pekat, tambah garam secukup rasa. Air renehan inilah yang akan tuang di atas daging tersebut.

Di hidangkan bersama sama sayuran hijau dan kentang lenyek.

Nah, lecehkan memasaknya. Sebab tu ramai orang lebih prefer pergi makan dekat restoran atau hotel saja.

Kebiasaannya restoran ala-ala  mat saleh  meletakkan harga hidangan ini dalam lingkungan RM80 dan keatas, belum termasuk GST.

Dan perlu berhati hati juga jika makan di restoran luar yang tiada pengesahan Halal, kerana mengikut resepi asal daging tersebut perlu direneh dengan red wine.

Wah. Panjang Cik Ros bercerita, macam Cik Ros je yang masak kan. Hakikatnya bukan Cik Ros yang masak. Kahkahkah.

Terima kasih untuk Encik Suami yang sememangnya tidak pernah kekok beraksi di dapur. Selalu masakkan makanan yang sedap sedap untuk kami sekeluaga.

Tapi yang paling penting sekali, buat mak mertua Cik Ros juga, terima kasih. Anak mak yang bongsu tu memang pandai memasak.

Alhamdulillah.

Notakaki: bodek kena lebih, nanti boleh dapat makan sedap lagi. Kikikiki

Salam 💗
Cik Ros

Resepi Carrot Cake Yang Mudah Dan Sedap

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana memberi peluang pada Cik Ros untuk berkongsi resepi kek kegemaran Cik Ros ini.

Cake yang sangat sedap walaupun bahan asas nya ada Carrot (Lobak Merah). Siapa sangka lobak merah boleh menghasilkan kek yang #sumpahsedap kan.

Lagi lagi bila ditambah dengan serbuk cinnamon (kayu manis). Perghh...bau dia harum semerbak tau.

Sesuai sangat lah kalau korang buatkan untuk mak mertua atau bakal bakal mak mertua korang. Confirm dorang terus approved kau jadi menantu. 😝😝😝

Jom check it out:

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1/4 sudu teh garam halus
1 1/4(satu & satu per empat) sudu teh serbuk cinnamon

2 biji telur 
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan minyak jagung @ masak

1 1/4 cawan lobak merah yang sudah diparut dan diperah sedikit (perah guna tangan je)
1/4 cawan choc chip

Nota: Resepi asal, letak walnut & kismis/dried fruit. Tapi Cik Ros suka kek yang simple je, jadi Cik Ros tukar dan letak choc chip. Kanak kanak pon suka makan bila ada choc chip.



Step 1:

Lapik loyang dengan kertas minyak dan sapukan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 150°C terlebih dahulu (5 @ 10 minit awal)

Putar telur, gula dan minyak. Guna mixer boleh, guna whisk pon boleh. Putar lebih kurang dalam 3 minit hingga sebati.

 Step 2:
Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam, cinnamon dan garam masuk ke dalam adunan. Kacau sebati pakai senduk je.

Step 3:
Masukkan carrot dan kacau sebati


 Step 4:
Masukkan choc chip / walnut/ kismi dan gaul sebati


Step 5:
Tuang adunan ke dalam loyang size 8 x 8 inci. Bakar api atas bawah 150°C, selama 35 - 40minit. Bergantung pada suhu oven masing masing.

Dah siap bakar, keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan keluar kan dari loyang.



Carrot cake yang dah siap. Letak topping nutella saja. Sedap sangat!


Selamat mencuba

Salam 💗
Cik Ros

Peluang Berhijrah Ke Australia

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Sebenarnya Cik Ros jarang jarang buka Instagram.

Tapi setiap kali buka, mesti iklan berbayar yang ini lalu kat IG Cik Ros.

Mungkin ada kawan kawan Cik Ros yang berhasrat nak berhijrah, boleh try cuba test yang ini.


Kalau ada yang bertanya Cik Ros tak nak ke migrate ke Australia?

Ini jawapan Cik Ros : Cik Ros masih dulu kini dan selamanya di Malaysia.

Cik Ros Tazabar nak tunggu next election. Kahkahkah.


Salam 💗
Cik Ros