Ada yang bertanya saya tentang pengambilan supplemen, bagi saya mudah.
Jika anda boleh mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dengan mencukupi daripada makanan harian anda, TIDAK PERLUlah ambil sebarang supplemen. Namun pada masa sekarang kebanyakan raw food yang kita ambil telah diubahsuai genetiknya (genetically modified food), jadi perlu hati-hati.
Satu contoh, jika anda sudahpun mempunyai BMI yang ideal dan anda meminta supplemen untuk menurunkan berat badan, adakah saya akan syorkan? Tentulah tidak, kerana anda tidak perlu supplemen tersebut!
Tetapi bagi sebahagian golongan, tidak kira lelaki mahupun wanita yang berada dalam keadaan/kondisi tertentu, seperti:
- Keperluan nutrien anda bertambah, contohnya mengandung/menyusukan serta anda tidak mampu konsisten untuk mencukupkan keperluan zat melalui diet biasa anda
- Kerap mengalami simptom seperti letih dan tak bermaya sedangkan pekerjaan anda menuntut untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari (contohnya surirumah sepenuh masa dengan anak-anak yang ramai/aktif)
- Anda selalu berada dalam kesibukan sehingga susah untuk mendapatkan makanan seimbang pada waktu yang sesuai sehingga pengambilan gizi yang lengkap terjejas (contohnya doktor yang sangat sibuk oncall selang sehari sehingga pemakanan dan tidur yang cukup terpaksa dikorbankan)
- Dan pelbagai keadaan lain
Sebenarnya dalam perubatan moden juga, ada banyak contoh penggunaan supplemen, contohnya;
- Mereka yang sakit lutut akibat osteoarthritis, kerap disyorkan mengambil supplemen glucosamine
- Ibu-ibu yang mengandung, diberikan vitamin 4 serangkai - asid folik, vit B complex, vit C, dan zat besi (juga supplemen)
- Dan lain-lain
Jadi pada pendapat peribadi saya, untuk golongan spt yang disebutkan di atas, tiada masalah untuk ambil supplemen bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian. Tapi bijaklah memilih supplemen yang berkualiti, preferably non-GMO dan ambil dengan cara yang betul dan tepat.
Menjaga kesihatan itu sangat dituntut oleh agama kerana kesihatan yang baik adalah salah satu kunci ibadah yang sempurna.
Ini hanyalah pendirian peribadi saya, dan ia tidak mewakili semua doktor yang lain. Saya tahu ramai yang kurang setuju/tidak pro-supplemen di luar sana, dan saya sangat hormati dan tetap hargai jika ada perbezaan pendapat.
Sumber: FB Page Dr. Hana
.....................................................
Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
No comments:
Post a Comment