Thursday, December 25, 2014

Bahaya HB rendah (Hemoglobin Rendah) Semasa Mengandung


Bahayanya jika HB rendah semasa mengandung. Ramai yang bercakap pasal HB ini, tapi ramai juga yang keliru diantara HB & BP. BP itu ialah Blood pressure. Apa pula HB itu?

"Hemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuat darah berwarna merah".

Cuba bayangkan jika anda mengalami HB rendah, semestinya oksigen didalam badan anda kurang. Jadi jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom kita baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu.


Punca Hb Rendah Semasa Hamil

  • Peningkatan dalam isipadu darah 
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Risiko HB Rendah Kepada Ibu & Bayi

Kesan kepada ibu:-

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan:-

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

  • Kandungan Kurang Dari Lima Bulan
Ketika ini, bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Sekiranya darah kurang daripada 11g, dan jantung tidak terbentuk dengan sempurna, boleh berlaku keguguran. Dan jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin hidup tetapi berkemungkinan cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair, akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

  • Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan
Ketika telah sempurna pembentukan sifat anggota badan, tetapi Hb terlalu rendah, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan berkemungkinan bayi akan lebih kecil saiznya dan mungkin selamat dilahirkan.


Cara Terbaik Meningkatkan Paras Hemoglobin (Hb) Darah

  • Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti daging lembu, dada ayam, kerang, ikan bilis, bayam, kulit kentang, jagung, kismis & roti gandum.

  • Ambil supplement seperti Zat Besi & B-Complex (Asid Folat) serta Vitamin C. Vitamin C akan membantu meningkatkan penyerapan Zat Besi dalam darah.

  • JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu & minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

Supplement Shaklee Yang Sesuai Untuk Meningkatkan Kadar Hb


Vitalea Dengan Zat Besi
  • Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting termasuk Zat Besi yang diperlukan oleh orang dewasa.

B-Complex
  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
    • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg
Sustained Release Vita-C
  • Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment