Thursday, July 17, 2014

Tips Kurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

Assalamualaikum

Sejak dah memasuki fasa hamil trimester ke-2 ini, saya rasa sakit belakang semakin ketara. Mungkin disebab kan perut semakin membesar jadi badan terpaksa menampung berat yang berlebihan. 

Jadi hari ini saya nak sharekan tentang posisi duduk, berjalan/berdiri & tidur yang betul bagi ibu mengandung agar kesakitan belakang dapat dikurangkan.


Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung
Semasa dalam trimester pertama, berlatihlah tidur mengiring ke kiri. Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih efisien, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan

Tidur menelentang meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior (salur darah yang membawa darah daripada bahagian bawah badan ke jantung). Berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, malah tekanan darah rendah.






Posisi Duduk & Berjalan Bagi Ibu Mengandung
Posisi berdiri yang betul adalah dengan serdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu. 


Berdiri tegak dan jangan bersandar ke belakang untuk memastikan tulang belakang berada dalam posisi lurus bagi mengelakkan kesakitan. Posisi bahu dan punggung juga mesti selari ketika berdiri. Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari. Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam.

Ibu juga tidak digalakkan menyilang kaki ketika duduk, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus dan tegak. 

Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan. Elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan.






Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment