Alhamdulillah dah masuk minggu ke-25 saya mengandung anak ke-2 & syukur hari ni 14 Ramadhan, saya dapat berpuasa dari hari pertama Ramadhan lagi. Allah berikan saya peluang kali ke-2 berpuasa Ramadhan ketika mengandung. Pada 2011 ketika mengandung anak pertama, saya dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Syukur. Semoga terus diberikan kesihatan & kesabaran untuk berpuasa penuh lagi.
Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang selepas bersalin secara Czer (Ceaserean). Lebih tepat lagi Emergency Czer. Sebab mase tu dah berhempas pulas lebih kurang sejam lebih untuk deliver secara normal. Tapi setelah gagal forcep & vacuum & jantung baby pon dah semakin lemah, doktor decide untuk tidak amik risiko & decide untuk emergency Czer. Maka lahirkan seorang putera sebarat 3.02 kg pada 8 January 2012 & diberi nama Onn Bin Tarmizi.
Hah..begitulah hajat nak bersalin normal tak kesampaian..huhuhu...Ape pon syukur sebab saya & baby selamat & sihat.
Bermula lah kisah saya berpantang setelah bersalin secara Czer...Oppss, paling best & lengkap pakage, sebelum Czer tu, mase saya bertarung untuk bersalin secara normal, doktor dah pon gunting kat bahagian perinium (Episiotomi) untuk "laluan" bayi.....jadi saya berpantang dalam keadaan menjaga luka jahitan di bahagian "bawah" & luka jahitan kat perut...lalalalala....dah rase macam mane sakit bersalin normal & bersalin Czer. Pengalaman paling berharga!! Dan saya tak pernah menyesal & trauma untuk bersalin lagi...
Alhamdulillah, saya sihat sepanjang tempoh berpantang & selepas berpantang, walaupun masa tu selepas keluar dari wad bersalin saya kene check in selama seminggu kat NICU pula sebab Onn kene kuning & doktor sahkan Onn ade masalah tiriod serta dengupan jantung tak konsisten (Yang ni saya akan ceritakan dalam entry lain...tunggu ye!!).
Tak lama lepas doktor cabut tiub air kencing & saya dah boleh bergerak bebas, saya terus cuba bangun untuk memastikan badan tidak krem..Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Ye, memang ia sangat berkesan, saya dah rasekan.
Tak lama lepas doktor cabut tiub air kencing & saya dah boleh bergerak bebas, saya terus cuba bangun untuk memastikan badan tidak krem..Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Ye, memang ia sangat berkesan, saya dah rasekan.
Saya berpantang di rumah Mak. Saya tidak berpantang secara ketat & traditional sangat. Mak saya pon tak de lah strict sangat bab2 berpantang ni...hehehe... pilis & param pakai 3 kali aje..hehehe..tu pon time tukang urut datang mengurut..bengkung memang tak leh pakai le...tapi stokin & bertungku di kaki memang saya buat setiap hari. Makan pula, saya makan macam orang berpantang biase...& paling best saye berpantang dengan Supplement Shaklee..lagi satu jangan takut untuk minum air yg secukupnya..sebab badan kita perlukan air untuk penyembuhan luka, tenaga & untuk penghasilan susu badan..jangan minum dalam kuantiti yg banyak dalam satu masa, tapi minum sikit-sikit tetapi kerap.
Masa tu saya tak amik set lengkap berpantang, saya just amik Vitalea Multivitamin, Bcomplex, Zinc & ESP je. Bila amik Vitalea, Bcomplex & ESP memang badan rasa berbeza, rase bertenaga, muka tak pucat. Saya suke makan Zinc Complex sebab agak susah nak dapatkan ikan haruan segar & saya tak boleh minum pati ikan haruan (baby menyusu badan & akan kembung setiap kali saya minum pati ni). Kalau nak tahu ikan haruan ni kaya dengan Zinc yang bagus untuk penyembuhan luka. Luka jahitan Czer & jahitan perinium saya cepat baik & cantik aje bile kering. Saya memang tak makan jamu sebab saya ingin fully breastfeed kan baby. Lagi pon doktor pon tak galakkan amik jamu especially dalam tempoh berpantang.
Cuma pada saya, sepanjang berpantang, selain daripada pemakanan sihat, ape yang ibu-ibu perlu titik beratkan ialah "jiwa & mental" untuk elakkan stress. Sebab time ni hormon badan bercelaru lepas tu tak cukup tidur, penat & macam2 lagi..kite berada dalam keadaan berhadas besar & tak boleh solat & mengaji (Solat & mengaji Al-Quran sumber ketenangan jiwa)...kalau tak kuat & terlalu ikutkan perasaan memang kita boleh tertekan..jadi perbanyakkan selawat & zikir. InsyaAllah itulah sumber kekuatan & makanan rohani kita.
Ok lah...lepas ni saya akan ceritekan pulak kisah saya check in kat NICU menjaga baby selepas saya bersalin.
Salam sayang..
Ct Rosni
Hai..saya baby Boy!! Tak mau keluar, dok dalam perut lagi best!!
Ibu kerja..jadi Onn kene minum susu perahan
Onn & Abah
No comments:
Post a Comment