Buah sitrus lemon bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah mempunyai 1001 manfaat boleh didapati untuk menjaga kecantikan muka dan tubuh badan.
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan.
Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5) vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
Antara khasiat lemon ialah:
Rawatan kulit berjerawat
Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.
Tangan & kuku yang cantik
Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan!
Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku
Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri perubahannya.
Kurangkan berat badan
Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari.
Atasi rambut nipis dan berkelemumur
Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jika anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.
------------------------------
Vitamin-C Shaklee yg dihasilkan daripada bahan semulajadi terbukti dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah diatas.
Sekiranya anda ingin mencuba Vitamin-C Shaklee yg terhangat dipasaran, anda boleh hubungi saye.
Siti Rosni - ID 867232
Shaklee Independent Distributor
Call/SMS/Whatsapp: 0137528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
No comments:
Post a Comment