Thursday, July 18, 2013

Gout

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat.

Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Untuk merawawat penyakit ini anda perlu kawal pemakanan anda dan lebihkan makanan beralkali. Tapi Sanggupkah anda memakanan sayuran segar dan mentah setiap hari?

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid dan ini penyebab utama gout.

Sumber: doktor malaya.com
-------------------------------
Dapat kan supplement Shaklee untuk masalah Gout anda:
Alfalfa: Bertindak menyingkirkan toksin dari badan secara lembut.
OmegaGuard: Mengelakkan inflamation/bengkak pada sendi
Performance Drink: Bersifat alkali. Memastikan kandungan gula & air mencukupi.
--------------------------------
Siti Rosni - 0137528484
Shaklee Independent Distributor
ID - 867232

No comments:

Post a Comment