Tuesday, February 10, 2015

Resepi Nasi Mendhi Paling Mudah dan Cepat

Assalamualaikum

Wahh..semakin rajin saya sekarang ni masak nasi mendhi. Rajin bersebab!! kikikiki...

Sebab nye... senang sangat nak masak nasi mendhi ni. Dalam masa sejam dah boleh siap tau!

Sebenarnya saya gunakan rempah segera aje!! Saya guna PES YEMENI MENDHI. Pes ini didatangkan sekali dengan beras khas. Ada 2 jenis, satu untuk 1/2 kilo beras & satu lagi untuk 1 kilo beras.

Meh saya terangkan macam mane senang nye buat nasi mendhi ni.. Lepas ni jangan beri alasan MALAS ok!! Lagi satu masak kat rumah lagi super jimat duit tau... 



Ok jom belajar masak nasi mendhi dengan menggunakan PES YEMENI MENDHI ini:
  • Rendam beras selama 30 minit. Selepas 30 minit, toskan beras.
  • Kalau nak gune ayam, rebus ayam sampai masak & toskan air rebusan (jangan buang air rebusan).
  • Kalau nak guna kambing, rebus daging kambing sampai betul-betul empuk (lebih kurang 2 jam hingga 3 jam baru daging empuk). Air rebusan simpan untuk digunakan masa nak masak nasi nanti.
  • Sukat air rebusan ayam/kambing tadi 700ml dan masukkan kedalam periuk. Campurkan PES YEMENI MENDHI kedalam air rebusan dan jerang sehingga mendidih. Selepas itu masukkan beras yang telah direndam tadi. Gunakan api kecil sehingga nasi kering. Masukkan pewarna kuning dan kacau sehingga rata. Masukkan daging ayam/kambing kedalam nasi dan masak lagi 15 minit.
  • Sementara menunggu ayam/kambing siap direbus atau menunggu nasi masak, sediakan sambal dan sayuran/ulam untuk nasi mendhi.
  • Untuk ulam, potong dadu 4 biji tomata dan 1 biji timun, daun ketumbar dipotong halus. Campur semuenya dalam bekas dan perahkan sedikit lemon dan perasakan dengan sedikit gula dan garam
  • Untuk sambal, blender 2 tangkai cili padi, 3 biji tomata, daun ketumbar, sedikit perahan lemon, garam dan gula.
  • Untuk lada hijau, bakar 4 tangkai lada hijau sehingga sedikit layu


Ok siap!!! mudah ke mudah??

Oh..mane nak dapat PES ni?? saya beli daripada makcik suami saya..kalau korang nak, boleh bagitau, nanti saya tolong belikan..

Ni no tepon saya 013-7528484.

Ok!! Selamat mencuba!!



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com




No comments:

Post a Comment