Tuesday, February 10, 2015

Resepi Nasi Mendhi Paling Mudah dan Cepat

Assalamualaikum

Wahh..semakin rajin saya sekarang ni masak nasi mendhi. Rajin bersebab!! kikikiki...

Sebab nye... senang sangat nak masak nasi mendhi ni. Dalam masa sejam dah boleh siap tau!

Sebenarnya saya gunakan rempah segera aje!! Saya guna PES YEMENI MENDHI. Pes ini didatangkan sekali dengan beras khas. Ada 2 jenis, satu untuk 1/2 kilo beras & satu lagi untuk 1 kilo beras.

Meh saya terangkan macam mane senang nye buat nasi mendhi ni.. Lepas ni jangan beri alasan MALAS ok!! Lagi satu masak kat rumah lagi super jimat duit tau... 



Ok jom belajar masak nasi mendhi dengan menggunakan PES YEMENI MENDHI ini:
  • Rendam beras selama 30 minit. Selepas 30 minit, toskan beras.
  • Kalau nak gune ayam, rebus ayam sampai masak & toskan air rebusan (jangan buang air rebusan).
  • Kalau nak guna kambing, rebus daging kambing sampai betul-betul empuk (lebih kurang 2 jam hingga 3 jam baru daging empuk). Air rebusan simpan untuk digunakan masa nak masak nasi nanti.
  • Sukat air rebusan ayam/kambing tadi 700ml dan masukkan kedalam periuk. Campurkan PES YEMENI MENDHI kedalam air rebusan dan jerang sehingga mendidih. Selepas itu masukkan beras yang telah direndam tadi. Gunakan api kecil sehingga nasi kering. Masukkan pewarna kuning dan kacau sehingga rata. Masukkan daging ayam/kambing kedalam nasi dan masak lagi 15 minit.
  • Sementara menunggu ayam/kambing siap direbus atau menunggu nasi masak, sediakan sambal dan sayuran/ulam untuk nasi mendhi.
  • Untuk ulam, potong dadu 4 biji tomata dan 1 biji timun, daun ketumbar dipotong halus. Campur semuenya dalam bekas dan perahkan sedikit lemon dan perasakan dengan sedikit gula dan garam
  • Untuk sambal, blender 2 tangkai cili padi, 3 biji tomata, daun ketumbar, sedikit perahan lemon, garam dan gula.
  • Untuk lada hijau, bakar 4 tangkai lada hijau sehingga sedikit layu


Ok siap!!! mudah ke mudah??

Oh..mane nak dapat PES ni?? saya beli daripada makcik suami saya..kalau korang nak, boleh bagitau, nanti saya tolong belikan..

Ni no tepon saya 013-7528484.

Ok!! Selamat mencuba!!



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com




Monday, February 9, 2015

Cara Atasi Tumit Kering Dan Merekah

Masalah tumit kaki merekah pada mulanya memang tidak menyakitkan. Tapi jika dibiarkan terlalu lama, ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam.

Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh kaki halus dan cantik.

Petua 2
Sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lakukan sehingga kaki sembuh.

Petua 3
Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah sehingga kulit kaki dalam keadaan seperti sedia kala. Namun ia perlu dilakukan dengan kerap.

Petua 4
Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki.

Petua 5
Petua yang seterusnya, rendamkan kaki dengan air suam dan gosokkan dengan bawang putih sehingga tumit kaki kembali halus seperti dulu.

Petua 6
Kadang-kadang berdiri terlalu lama di dapur atau tempat kerja membuatkan tumit kaki akan keras dan merekah. Jadi cara yang betul adalah gunakan selipar walaupun ketika di dalam rumah tapi pastikan selipar itu bersih dan selamat digunakan.

Petua Moden
Petua yang sangat best untuk anda cuba...iaitu dengan menyapu tumit anda dengan krim ajaib...memang ajaib...HERBAL BLEND MULTI PURPOSED CREAM. Dalam masa 3 hari sudah boleh nampak hasilnya.




Herbal Blend Multipurpose Cream ini merupakan salah satu produk yang telah diuji secara klinikal dan keberkesanannya terbukti dalam merawat serta melembutkan kulit kasar dan pecah-pecah samada di lutut, siku dan sebagainya.

Krim pelbagai guna ini juga adalah dingin kerana mempunyai kandungan mentol dan tidak berminyak sekaligus amat sesuai digunakan untuk merawat masalah tumit pecah dan merekah. Sesiapa sahaja boleh menggunakan krim herbal blend disebabkan kandungannya yang mesra pengguna



Herbal blend multipurpose cream ini sebenarnya diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang sangat menenangkan termasuklah sage, horse chestnut yarrow dan rosebery. Kandungannya jarang terdapat di dalam krim pelbagaiguna yang lain. 

Selain daripada mengatasi tumit pecah dan merekah, herbal blend juga sesuai digunakan oleh golongan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

●Mempunyai ruam-ruam
●Mempunyai sebarang parut lama atau parut baru
●Lemak yang berlebihan di anggota badan tertentu
●Kulit kering sehingga menampakkan sisik-sisik
●Ekzema yang berpunca dari sebarang jangkitan ataupon keturunan

Dengan harga serendah RM30 termasuk kos penghantaran, anda boleh mengatasi masalah tumit kering dan merekah!!






Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Pelik Tapi Benar : Multivitamin Terbaik Di Pasaran

Assalamualaikum

Sempena promosi Vitalea sepanjang bulan Februari 2015 ini, saya nak share info tentang Multivitamin terhebat dan terbaik di pasaran. Ia dikenali sebagai Vita-Lea

Pil Vitalea ni kalernya hijau pekat. Pil ni memang lah besar gedabak...dah lah kaler hijau, besor pulak tu..macam The Hulk kan!! 

Betol! Vitalea ni seumpama The Hulk..Khasiat nye sangat banyak & sangat sangat super hebat!! 

Sumber gambar: google

Tapi yang pelik nya...bila korang buat ekperimen sikit dengan meletakkan sebiji Vitalea kedalam segelas air, tak sampai 5 minit pil Vitalea ni akan terlarut. Dan lagi pelik nya air tu tak pulak bertukar jadi kaler hijau walaupun pil gedabak tu kaler hijau. Sebaliknya pil tu akan terlarut dan menghasilkan larutan halus yang berwarna warni hasil daripada warna asli larutan mineral dan vitamin didalam pil Vitalea.



Sumber gambar: google

Buat lagi satu eksperimen, cuba patahkan pil Vitalea kepada dua bahagian, cuba tengok keratan rentas pil yang dah dipatahkan tu, korang akan nampak biji-biji kecil berwarna putih. Itu adalah bijian kanji yang apabila terlarut dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang terikat didalamnya.




Sumber gambar: google

Fakta menarik:
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Multivitamin pertama didunia yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915

Nota kaki: Diolah daripada info FB MamaFaiz


Hebat kan Si Gedabak Hijau ini!!! 




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.
 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com



Mesyuarat Tahunan Bersama Persatuan Selat Tebrau Babywearers

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas (7/2/2015) buat pertama kalinya saya join AGM untuk persatuan Selat Tebrau Babywearers (STB). Ini lah juga pertama kali saya join persatuan berdaftar. STB adalah group untuk babywearers negeri Johor atau dalam bahasa melayunya group untuk pengendong-pengendong negeri Johor.

Antara agenda mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang tahun 2014 serta melantik AJK baru untuk tahun 2015 dan membincangkan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 2015 ini.

Sejak lahirkan Izzah saya dah mula jatuh chenta dengan babywearing (BW) ni. First stash saya ialah Boba wrap, saya beli preloved daripada sahabat dalam group STB. Boba wrap ni jenis stretchy wrap sesuai untuk baby newborn. Saya beli mase tu Izzah baru sebulan. Tapi bila Izzah dah nak masuk 4 bulan ni, berat dah 6.4kg, macam dah melendut je wrap nye..jadi plan nak tukar ken SSC (soft structure carrier). 


SSC ade banyak sangat design, jenis, jenama & harga. Jadi sebelum decide nak beli yang mana, saya study dulu & last2 yg masuk dalam final list saya ialah Snuggbaby & Lenny Lamb...dalam gambar tu saya pakai Snuggbaby sewa dulu dengan library STB. Izzah selesa sangat dok dalam tu...

Ermm adekah Snuggbaby menjadi pilihan hati saya??? Atau Si Biri-Biri Lenny yang akan dibeli?? Tunggu bulan March nanti...saya update cerite babywearing saya lagi.....

Ok jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap mase AGM tu..

 Selphi berdua Izzah & Ibu

Sebahagian Admin STB & Mrs Babywearer


Bergambar dengan babywearers yang lain 



Gambar ramai-ramai 



 Pemenang Mr & Mrs Babywearer



Aktiviti untuk kanak-kanak sementara ibu-ibu & bapa-bapa bermeeting





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com