Tuesday, January 27, 2015

Kek Coklat Tanpa Telur, Butter dan Tak Perlu Guna Mixer

Ini aktiviti saye dengan anak....ibu2 boleh cube aktiviti ni dengan anak2 dirumah...choc cup cake tanpa telur, tanpa butter & tak perlu gune mixer...saye sharekan disini resepi nyer...selamat mencube!!!

Bahan-bahan :
●1 cawan tepung gandum*
●1/3 cawan serbuk koko *
●1 sk serbuk penaik*
●1/2 sk soda bikarbonat*
●3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
●3/4 cawan air kopi panas
●1 sk cuka

Cara-cara :
●Panaskan oven pada suhu 170-180C.
●Campur & gaul bahan-bahan bertanda * (nak ayakkan dulu pon boleh, lagi bagus).
●Masukkan gula dan kacau rata-rata.
●Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk @ spatula (pastikan air kopi btl2 panas)
●Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
●Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang atau cawan kek
● Taburkan choc chip @ badam hiris @ choc rice dan lain2
●bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Siap!!!

Resepi diolah dari dayangjack.blogspot.com




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


No comments:

Post a Comment