Friday, October 18, 2013

Kencing Manis Dikalangan Ibu Mengandung

APAKAH RISIKO KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa  hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.



Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.Sakit kuning (jaundice)Bayi sukar bernafasKemungkinan bayi mati dalam kandungan. Kemungkinan bayi cacat. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?
●Mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
●Mempunyai penyakit darah tinggi.
●Lebih berusia 35 atau lebih tua.
●Mempunyai berat badan berlebihan.
●Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
●Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
●Tidak aktif secara fizikal.
●Mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu. 

Bagaimana GDM boleh dikesan?
●GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula.
●Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
Bagaimana GDM dirawat?
●Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
●Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
●Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
●Ubatan dan Suntikan insulin
●Selalu bersenam

Sumber: bayi-ibu.com
-------------------------

Cadangan Supplement Untuk Ibu Mengandung







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

No comments:

Post a Comment