Wednesday, October 23, 2013

Mencegah Dan Merawat Sakit Jantung, Diabetes Dan Darah Tinggi

Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut:


Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplement CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10.

Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa supplement CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki, mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.



Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4–12 minggu untuk melihat  sebarang perubahan.
Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplement CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol dalam badan.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
● Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
●Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
●Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
●Membantu mencegah migrain


Sumber: University of Maryland Medical Center
-------------------------




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, October 18, 2013

Kencing Manis Dikalangan Ibu Mengandung

APAKAH RISIKO KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa  hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.



Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.Sakit kuning (jaundice)Bayi sukar bernafasKemungkinan bayi mati dalam kandungan. Kemungkinan bayi cacat. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?
●Mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
●Mempunyai penyakit darah tinggi.
●Lebih berusia 35 atau lebih tua.
●Mempunyai berat badan berlebihan.
●Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
●Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
●Tidak aktif secara fizikal.
●Mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu. 

Bagaimana GDM boleh dikesan?
●GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula.
●Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
Bagaimana GDM dirawat?
●Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
●Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
●Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
●Ubatan dan Suntikan insulin
●Selalu bersenam

Sumber: bayi-ibu.com
-------------------------

Cadangan Supplement Untuk Ibu Mengandung







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, October 17, 2013

Kesihatan Jantung Dan Supplement Semulajadi Q10

1 daripada 6 kes kematian di Hospital Kerajaan adalah disebabkan Penyakit Jantung. Kita tidak boleh ambil remeh terhadap penyakit ini. Disini saya kongsikan soa jawab dari blog Dr.Zubadi berkenaan supplement semulajadi yang berkesan untuk masalah jantung. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
----------------------------

As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau?

Wa alaikum mus salam,

Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan.

Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan untuk kakak puan untuk dimakan. Ubat-ubat ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan symptom-simptom penyakitnya, seperti mudah sesak nafas, mudah rasa penat dan sakit dada. Ia harus diamalkan sehingga temujanji yang telah ditetapkan. Insya ALLAH, usaha kakak puan akan dipermudahkan.

Selain dari ubat-ubatan itu, saya mencadangkan agar kakak puan mengambil suplemen Q10.

Mungkin puan tertanya-tanya mengapa doktor pakar jantung tidak memberikannya pada kakak puan. Sebenarnya Q10 adalah suplemen, bukannya ubat. Jadi ia bukanlah sebahagian ubat tetapi ia sangat membantu.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa coenzyme Q10 membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung, kesan jangka panjang ialah kegagalan fungsi jantung atau selalu disebut lemah jantung.

(Fogoros, Richard N.. “Mitral Valve Prolapse (MVP)”. Heart Disease. About.com. Retrieved 2007-07-11)

Ini kerana injap yang rosak gagal memastikan darah yang dipam keluar dari jantung sepenuhnya. Ada sebahagian isipadu darah yang masuk semula ke dalam jantung, lalu menyebabkan isipadu darah yang keluar menjadi sedikit dan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat (dan memerlukan banyak tenaga) untuk mengatasi kerosakan injap ini. Akhirnya jantung menjadi lemah apabila terpaksa bekerja lebih kuat dari kebiasaannya.

Dalam satu kajian terbitan Journal American College of Cardiology menyatakan terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah terutama pada pesakit lemah jantung (heart failure).

(Molyneux SL, Florkowski CM, George PM, et al. (October 2008). “Coenzyme Q10: an independent predictor of mortality in chronic heart failure”. J. Am. Coll. Cardiol. 52 (18): 1435–41)

Begitu juga dalam satu kajian yang dilakukan di Department of Cardiology, Aalborg Hospital, Denmark mendapati pesakit lemah jantung (congestive heart failure) mendapat manfaat dari kebaikan Q10 100mg dua kali sehari selama 12 minggu.

(Biofactors. 1999;9(2-4):285-9. Coenzyme Q10 treatment in serious heart failure)

Wallahu a’lam.
-----------------------------

SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMEMT SEMULAJADI DARI SHAKLEE,  ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA & JUGA HARGA ISTEMEWA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

 
Siti Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: www.facebook.com/CtRosni
Fanpage FB: Sihat Sihat

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

Hari ini saya kongsikan artikel daripada blog Dr. Zubaidi berkenaan tentang pengawalan kolestrol secara semulajadi. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
------------------------------


Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.


2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor.

---------------------------

Cadangan Supplement Semulajadi Untuk Masalah Kolestrol





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com