Friday, December 6, 2013

Masalah Tonsil Dikalangan Kanak-Kanak

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.



Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil:
1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenjar tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Adakah Tonsil Ini Bahaya?
Macam mana nak tahu jika anak terkena jangkitan virus atau bakteria?
  • Jika jangkitan virus,

Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.
  • Jika jangkitan bakteria pula,

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jangkitan Bakteria Lebih Berbahaya 
  • Sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 
  •  Manakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit. Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.


Cadangan Supplement Untuk Masalah Tonsil
Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu tapi bagi bayi berumur setahun ke bawah memang TIDAK digalakkan untuk mengambil sebarang supplement.
  • Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu Mealshake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla).
  • Untuk 3 tahun ke atas boleh diberi Chewable Vita-C Shaklee bagi mengukukan sistem imun dan juga boleh diberi suku sukatan daripada paket Nutriferon untuk imun booster. Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster)

Nutriferon ini sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.


 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Sunday, November 24, 2013

Pembersih Serbaguna Yang Bebas Toksik

Membersih secara Semulajadi, Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.



Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan


Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)


Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan:
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee 
● Selamat
● Tidak bertoksik
● Tanpa gas beracun
● Tanpa bahan kimia berbahaya
● Tanpa bahan pewangi
● Lembut pada tangan
● pH seimbang
● Tanpa klorin

Berkesan
● Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
● Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
● Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
● Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
● Biorosot (biodegradable)
● Tanpa fosfat
● Bungkusan yang boleh kitar semula
● Tanpa bahan pewarna
● Selamat untuk sistem septik dan pembentungan




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


Thursday, November 14, 2013

Atasi Masalah Buasir Dengan Supplement Semulajadi

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol.
Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Berikut adalah antara punca-punca Buasir:
• Sentiasa duduk terlalu lama
• Bekerja dlm keadaan berdiri terlalu lama
• Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
• Cirit-birit
• Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
• Batuk yang teruk
• Bersalin/Mengandung
• Mengangkat berat
• Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.



Supplement yang dicadangkan bagi mengatasinya masalah buasir ini ialah:
1. OmegaGuard
Baik untuk sendi dan otot. Membantu untuk kecutkan otot yg membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar

2. Ostematrix

Bantu kurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika alami luka di bahagian dubur

3. Zinc

Pengambilan Zinc Complex adalah amat disarankan pada pesakit buasir yang alami najis berdarah ketika membuang air besar. Ia juga dapat menyembuhkan luka di bahagian dubur dgn lebih cepat.



Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Wednesday, October 23, 2013

Mencegah Dan Merawat Sakit Jantung, Diabetes Dan Darah Tinggi

Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut:


Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplement CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10.

Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa supplement CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki, mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.



Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4–12 minggu untuk melihat  sebarang perubahan.
Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplement CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol dalam badan.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
● Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
●Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
●Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
●Membantu mencegah migrain


Sumber: University of Maryland Medical Center
-------------------------




Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Friday, October 18, 2013

Kencing Manis Dikalangan Ibu Mengandung

APAKAH RISIKO KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa  hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.



Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormon rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24). Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormon dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.Sakit kuning (jaundice)Bayi sukar bernafasKemungkinan bayi mati dalam kandungan. Kemungkinan bayi cacat. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?
●Mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
●Mempunyai penyakit darah tinggi.
●Lebih berusia 35 atau lebih tua.
●Mempunyai berat badan berlebihan.
●Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
●Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
●Tidak aktif secara fizikal.
●Mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu. 

Bagaimana GDM boleh dikesan?
●GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula.
●Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
Bagaimana GDM dirawat?
●Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
●Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
●Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
●Ubatan dan Suntikan insulin
●Selalu bersenam

Sumber: bayi-ibu.com
-------------------------

Cadangan Supplement Untuk Ibu Mengandung







Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, October 17, 2013

Kesihatan Jantung Dan Supplement Semulajadi Q10

1 daripada 6 kes kematian di Hospital Kerajaan adalah disebabkan Penyakit Jantung. Kita tidak boleh ambil remeh terhadap penyakit ini. Disini saya kongsikan soa jawab dari blog Dr.Zubadi berkenaan supplement semulajadi yang berkesan untuk masalah jantung. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
----------------------------

As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau?

Wa alaikum mus salam,

Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan.

Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan untuk kakak puan untuk dimakan. Ubat-ubat ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan symptom-simptom penyakitnya, seperti mudah sesak nafas, mudah rasa penat dan sakit dada. Ia harus diamalkan sehingga temujanji yang telah ditetapkan. Insya ALLAH, usaha kakak puan akan dipermudahkan.

Selain dari ubat-ubatan itu, saya mencadangkan agar kakak puan mengambil suplemen Q10.

Mungkin puan tertanya-tanya mengapa doktor pakar jantung tidak memberikannya pada kakak puan. Sebenarnya Q10 adalah suplemen, bukannya ubat. Jadi ia bukanlah sebahagian ubat tetapi ia sangat membantu.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa coenzyme Q10 membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung, kesan jangka panjang ialah kegagalan fungsi jantung atau selalu disebut lemah jantung.

(Fogoros, Richard N.. “Mitral Valve Prolapse (MVP)”. Heart Disease. About.com. Retrieved 2007-07-11)

Ini kerana injap yang rosak gagal memastikan darah yang dipam keluar dari jantung sepenuhnya. Ada sebahagian isipadu darah yang masuk semula ke dalam jantung, lalu menyebabkan isipadu darah yang keluar menjadi sedikit dan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat (dan memerlukan banyak tenaga) untuk mengatasi kerosakan injap ini. Akhirnya jantung menjadi lemah apabila terpaksa bekerja lebih kuat dari kebiasaannya.

Dalam satu kajian terbitan Journal American College of Cardiology menyatakan terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah terutama pada pesakit lemah jantung (heart failure).

(Molyneux SL, Florkowski CM, George PM, et al. (October 2008). “Coenzyme Q10: an independent predictor of mortality in chronic heart failure”. J. Am. Coll. Cardiol. 52 (18): 1435–41)

Begitu juga dalam satu kajian yang dilakukan di Department of Cardiology, Aalborg Hospital, Denmark mendapati pesakit lemah jantung (congestive heart failure) mendapat manfaat dari kebaikan Q10 100mg dua kali sehari selama 12 minggu.

(Biofactors. 1999;9(2-4):285-9. Coenzyme Q10 treatment in serious heart failure)

Wallahu a’lam.
-----------------------------

SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMEMT SEMULAJADI DARI SHAKLEE,  ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA & JUGA HARGA ISTEMEWA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

 
Siti Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: www.facebook.com/CtRosni
Fanpage FB: Sihat Sihat

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

Hari ini saya kongsikan artikel daripada blog Dr. Zubaidi berkenaan tentang pengawalan kolestrol secara semulajadi. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
------------------------------


Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.


2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor.

---------------------------

Cadangan Supplement Semulajadi Untuk Masalah Kolestrol





Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Thursday, September 19, 2013

ATASI MASALAH GASTRIK DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Apa itu Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Lazimnya,keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi
Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus.

Ketika proses pencernaan  berlaku,kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. 

Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik
●Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
●Perokok 
●Makan dengan berlebihan 
●Makan makanan yang terlalu pedas 
●Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
●Jangkitan 
●Skipping meals 
●Stress

Symptom Pesakit Gastrik 
●Tiada selera makan 
●Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
●Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
●Muntah-rasa loya Cirit birit - najis berwarna hitam 
●Lemah, demam 
●Kembung perut-sakit dada 
●Pedih ulu hati

Cara Merawat dan Menangani Gastrik Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
●Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
●Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
●Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).
●Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
●Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
●Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
●Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
●Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.

Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik

1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
---------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMEMT SHAKLEE,  ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA & JUGA HARGA ISTEMEWA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

 
Salam sayang
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: www.facebook.com/CtRosni
Fanpage FB: Sihat Sihat

Tuesday, September 17, 2013

Fakta Tentang Vitamin C

Tahukah Anda???

1. Tahukah anda  binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg  sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka. Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri dan kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita.

2. Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C setiap hari mengurangkan risiko  kanser dan penyakit jantung.

3. Vitamin melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4. Vitamin C melindungi SPERMA lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari.

5. Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen. Mahu kulit cantik dan sihat? Vitamin C lah yang perlu anda ambil.

6. Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat.

7. VitaminC juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat. 

8.Tahukah anda racun labah- labah hitam yang berbisa dapat di tawarkan dengan dos vitamin C yang sangat tinggi?

9. Vitamin C melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 

10. 1 biji vitamin C (500 mg) bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? 

11.Vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara? 

●Mudah tertekan (stress)*Kulit sangat kering dan bersisik
●Tapak kaki keras dan kasar
●Luka lambat sembuh
●Mudah selesema atau bersin
●Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
●Mudah mendapat ulcer
●Mudah demam
●Penyakit skurvi
-------------------------
Shaklee menawarkan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg & Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua nya adalah pilihan terbaik untuk orang dewasa & kanak-kanak. Chewable Vita-C boleh dikunyah & diisap, mudah bagi sesiapa yg sukar untuk menelan pil dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.
-------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.



 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com