Saturday, November 10, 2012

Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama sangat saya nak menulis tentang topik ni..tapi tu lah, disebab masalah kekurang idea, masalah blurr dan juga masalah MALAS, saya tangguhkan penulisan ni. Alhamdulillah hari ni saya berjaya melawan masalah2 diatas...(^.^)

Ok berbalik kepada topik. Saya sangat suka topik ni selain dari topik Penyusuan Susu Ibu atau Breastfeeding (topik ni akan saya tulis byk kali dalam entry akan datang, sebab saya sangat obsess dengan breastfeeding.

Bercerita dari pengalaman saya sendiri, saya menggunakan produk Shaklee bermula semasa saya mengandung sehingga sekarang dimana 'drakula comel' saya sudah berusia 10 bulan (fully breastfeed)...saya panggil drakula comel sebab anak saya ni sangat, sangat, sangat, sangat suka menyusu susu ibu..saya pernah cuba bagi susu formula, tapi die reject siap muntahkan semula...(ni berlaku ketika supply susu saya merudum secara drastik)...bila segala usaha memberi susu formula tidak berjaya, terpaksa saya cari ikhtiar lain..iaitu mencari ibu susuan...(ibu susuan??...hah..cerita yg ni kite tangguh dulu ea....nanti saya akan cerita pjg lebar kisah anak saya ade 2 orang ibu; ibu kandung dan juga ibu susuan)

Ok..ok...back to the topik..banyak sangat pulak saya melalot...heheh.

Supplement yg saya ambil ketika mengandung dan kebaikannya ialah:
Credit to: Dazzling Moms.com

OsteMatrix (Calcium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein – minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) – 1 biji sehari


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan





Vitamin B Compleks – 1 biji sehari


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik 
dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.






Set untuk ibu2 mengandung yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C (Sustained Released)
  • OsteMatrix/Calcium 
  • Energizing Soy Protein (ESP)
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • OsteMatrix/Calcium
  • OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

Untuk keterangan lanjut & special price, hubungi saya di:
HP: 013-7528484
FB: Ct Rosni
Email 1: rosni_siti@yahoo.com
Email 2 : dapurciksiti@gmail.com

No comments:

Post a Comment