Wednesday, December 26, 2012

VITAMIN-E UNTUK LELAKI & WANITA

Vitamin E agak jarang2 kite dengar kan? Sebab biasenye kite selalu dgr crite pasal vitamin C, B &  D aje...jadi ramai org yg mengabaikan vitamin E ini. Saye sendiri pon, first time kenal & terus jatuh chentaa dgn vitamin E mase saye start consume supplement Shaklee. Ape yg saye perasan, lepas beberapa minggu saye ambil vitamin E, kulit muke makin bersih & clear. Lepas tu saye ambil sekali dengan Callogen Powder, makin berseri2 kulit muke saya...hehehehe...memang terjus jatuh chentaa lah dgn supplement ni....

Saye nak u all semue jatuh chentaa juge dgn vitamin E, so jom kite bace pasal vitamin E ni...

Ape Itu Vitamin E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia sejenis vitamin yg larut lemak. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.

Yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A. Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta.

Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Sumber makanan Vitamin E
Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Vitamin E untuk Lelaki
● Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan

Vitamin E untuk Wanita
● Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

● Wanita juga kena mkn vitamin E ni.. Kenapa?Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda. Ini kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.

KHASIAT VITAMIN-E UNTUK SEMUE
● Memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
● Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
● Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
● Mengurangkan parut
● Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
● Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
● Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari
● Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
● Membantu mencegah anemia
● Mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang
● Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
● Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
● Merendahkan kadar kolesterol
● Membantu mencegah kanser
● Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber: www.mamafaiz.com & www.redcomelmall.blogspot.com



PENYAKIT SENDI DAN JOINT HEALTH TABLET

Sejak semenjak ni ,ramai kawan2 sekerja mengadu pasal sakit2 lutut, bahu, pinggang & kaki. Umur masih muda dlm lingkungan 25 - 40an saje. Ade pulak yg terpakse dtg keje menanggung sakit kaki & lutut. Nak amik cuti sakit, tak bleh, sebab dah selalu sgt cuti sakit. Jadi terpakse lah menahan sakit. Ikot pengalaman saye sendiri, selepas dua tiga bulan bersalin, saye kene sakit lutut. Bayangkan setiap kali naik tangga je, lutut tu rase longgar je, mcm rase tergesel2...tak de lah sakit sgt tapi tak selesa lah...kenape ye, sakit sendi ni terjadi? Tak kira wanita, lelaki, tua atau muda, sakit2 sendi dah tak mengenal jantina dan usia...jom kite bace serba sendikit tentang sakit sendi...

PENYAKIT SENDI
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
■ Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang  belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari 
■ Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
■ Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
■  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
■  Kekakuan pada awal pagi.v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
■  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
■  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
■  Kelemahan dan kepenatan.
■  Demam bergred rendah.
■  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
■  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Penjagaan Kendiri
Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan: 
■ Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
■ Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
■ Selang selikan rehat.
■ Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
■ Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup
■ Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
■ Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
■ Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja
■ Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
■ Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
■ Sertai kumpulan sokongan artritis.
■ Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak
■ Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
■ Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
■ Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
■ Memakai kasut yang tidak berpadanan.
■ Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

Cara hidup dengan Arthritis
■ Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan sendi-sendi.
■ Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
■ Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Sumber : http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=PenyakitSendi.htm
------------------------------------------------

Bagi mengatasi masalah sendi ini, Shaklee telah mencipta 1 produk khas utk masalah sendi dan telah terbukti dapat mengurangkan masalah sendi. 
Advanced Joint Health Tablet (AJHT) telah dikaji dari segi klinikal utk masalah sakit2 sendi. Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:

● Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

●Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.

●Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur sendi.

----------------------------------------------------

Jika berminat atau nak tahu lebih lanjut pasal AJHT, boleh hubungi saye.

Siti rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com





Sunday, November 11, 2012

Manfaat susu manusia

Saya rasa artikel ini menjelaskan secara menyeluruh tentang kebaikan susu ibu. Ia jug menjawab soalan2 yg sering ditanya oleh kebanyakkan ibu.. Jom kite bace....




Daripada: utusan.com.my

SAYA baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Saya ingin menyusukan anak saya ini. Apakah kebaikan susu ibu dan bagaimana saya mahu menambah susu badan? Adakah suplemen tambahan yang sering diiklankan oleh media dapat membantu? Saya juga keliru kerana ibu menyuruh saya memakan jamu ketika berpantang. Tidakkah ia memberi kesan kepada bayi saya?
* Zu, Pulau Pinang

JAWAPAN
Amalan penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserangi oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir.

Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

RangsanganSeperti yang anda sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu
.
KekerapanSelepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand).

Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, mengepam pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

PemakananPengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Secara peribadinya, saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu.

Halba, oat, alfalfa, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. Elok dapatkan nasihat yang lebih lanjut daripada pakar laktasi!

Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan.

Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.
Saya memohon berbanyak maaf jika maklum balas yang saya berikan berkenaan jamu menimbulkan ketidakpuasan sesetengah pihak.

 

Saturday, November 10, 2012

Tips Sekiranya Baby Tolak Susu Perahan/EBM (Expressed Breast Milk)

Assalamualaikum
Saya share kan sedikit info berguna dari blog AzyanMasiron.net. 

Tips Sekiranya Baby Tolak Susu Perahan/EBM (Expressed Breast Milk)
Semue ibu2 tahukan bermacam2 cabaran untuk fully breastfeed, lebih2 lagi bagi 
ibu2 yg bekerjaya mcm saye ni (^.^). Lagipon, below 1 year susu ibu masih lebih utama daripada
makanan2 lain. Jadi bile baby start 'reject' susu pe
rahan/EBM mesti ibu2 pon start 'garu kepala'
& start 'gusar hati'. Beberapa solution yg dicadangkan:

1) EBM dicampur didalam makanan contohnye puri buah campur dgn EBM

2) pastikan anak disusukan dgn lebih kerap selepas balik kerja (mcm reverse cycling)

3) if possible, dtg bile2 free ke rumah pengasuh utk direct feed (bincang dgn pengasuh,
tak perlu tetapkan mase yg rigid supaya anak tak tertunggu2 bile kita lambat)

4) teruskan pumping session di tempat kerja seperti biase utk stimulate susu
walaupun anak reject EBM, tapi tak perlu lah sampai stress utk kumpol stock.
maybe ade rezeki utk baby lain...

5) lastly, sentiasa motivate baby utk terima semula EBM dgn pelbagai cara,
antaranya doa & sampaikan melalui kata2 terutamanya semasa breasfeed & sebelum baby tido

Ok ibu2 comel sekalian..selamat ber'breasfeeding' & jgn putus asa ye... (^^)

Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama sangat saya nak menulis tentang topik ni..tapi tu lah, disebab masalah kekurang idea, masalah blurr dan juga masalah MALAS, saya tangguhkan penulisan ni. Alhamdulillah hari ni saya berjaya melawan masalah2 diatas...(^.^)

Ok berbalik kepada topik. Saya sangat suka topik ni selain dari topik Penyusuan Susu Ibu atau Breastfeeding (topik ni akan saya tulis byk kali dalam entry akan datang, sebab saya sangat obsess dengan breastfeeding.

Bercerita dari pengalaman saya sendiri, saya menggunakan produk Shaklee bermula semasa saya mengandung sehingga sekarang dimana 'drakula comel' saya sudah berusia 10 bulan (fully breastfeed)...saya panggil drakula comel sebab anak saya ni sangat, sangat, sangat, sangat suka menyusu susu ibu..saya pernah cuba bagi susu formula, tapi die reject siap muntahkan semula...(ni berlaku ketika supply susu saya merudum secara drastik)...bila segala usaha memberi susu formula tidak berjaya, terpaksa saya cari ikhtiar lain..iaitu mencari ibu susuan...(ibu susuan??...hah..cerita yg ni kite tangguh dulu ea....nanti saya akan cerita pjg lebar kisah anak saya ade 2 orang ibu; ibu kandung dan juga ibu susuan)

Ok..ok...back to the topik..banyak sangat pulak saya melalot...heheh.

Supplement yg saya ambil ketika mengandung dan kebaikannya ialah:
Credit to: Dazzling Moms.com

OsteMatrix (Calcium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein – minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) – 1 biji sehari


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan





Vitamin B Compleks – 1 biji sehari


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik 
dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C – 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.






Set untuk ibu2 mengandung yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C (Sustained Released)
  • OsteMatrix/Calcium 
  • Energizing Soy Protein (ESP)
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester 
  • Vitalea Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • B-complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • OsteMatrix/Calcium
  • OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

Untuk keterangan lanjut & special price, hubungi saya di:
HP: 013-7528484
FB: Ct Rosni
Email 1: rosni_siti@yahoo.com
Email 2 : dapurciksiti@gmail.com