Friday, February 18, 2011

JANGKITAN PUNDI KENCING

Asslamualaikum bloggers!!

Kat sini nak share skit ngan kaum2 wanita yg lain tentang sedikit info pasal jangkitan pundi kencing ni. Sebab org2 pompuan mmg senang terkena jangakitan ni.

Info ni saya dapat kat http://www.srikasih.co.cc/2009/04/jangkitan-pundi-kencing.html . Ok jom kita baca untuk kebaikan bersama:

Jangkitan Pundi Kencing
PADA satu-satu ketika dalam hidup mereka, ramai wanita yang mengalami infeksi atau jangkitan pundi kencing. Dalam kebanyakan kes, ia tidak serius dan pulih dengan rawatan.

Untuk memahami permasalahan ini, kita perlu memahami anatomi saluran kencing wanita itu sendiri.

Ia terdiri daripada dua buah pinggang yang mengeluarkan air kencing, dua tiub yang dipanggil ureter yang mengalirkan air kencing ke pundi kencing, pundi kencing di mana air kencing disimpan dan salur keluar yang dipanggil uretra, di mana air kencing dikeluarkan dari simpanan pundi kencing.

“Sistem saluran kencing terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian atas (buah pinggang dan ureter) dan bahagian bawah (pundi kencing dan uretra).

“Infeksi pada bahagian bawah jarang serius tetapi boleh mendatangkan kerumitan,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, kebanyakan infeksi bermula dari bahagian bawah di mana kuman memasuki uretra dan terus ke pundi kencing. Infeksi pundi kencing dinamakan sistitis.

“Kadangkala uretra juga boleh dijangkiti, ini dinamakan uretritis. Kuman akan terus mara ke buah pinggang dan infeksi pada organ ini dinamakan pielonefritis.

“Infeksi pada bahagian atas akan memberikan rungutan yang serius. Wanita senang dijangkiti disebabkan oleh uretra mereka yang pendek sekali gus membolehkan kuman mara ke buah pinggang dengan senang dan cepat,’’ katanya.

Punca/penyebab

Dr. Shah Reza menjelaskan, sebab-sebab yang biasa adalah seperti infeksi kuman dari faraj dan dubur, ditularkan melalui hubungan kelamin atau mungkin juga disebabkan oleh kelainan sistem saluran kencing.

- Kuman bakteria: Bakteria dari usus juga tinggal di bahagian kulit berhampiran dubur serta di dalam faraj. Bakteria ini boleh mara ke sistem saluran kencing dan menyebabkan infeksi pada mana-mana bahagian.

- Melakukan hubungan seks: Bentuk anatomi wanita memudahkan infeksi saluran kencing selepas hubungan kelamin, disebabkan pembukaan uretra berada di depan faraj.

Semasa hubungan kelamin, bakteria ini memasuki sistem kerana urutan alat sulit suami mahupun jari.

Mereka yang kerap kali menukar pasangan serta melakukan persetubuhan yang sangat kerap juga terdedah pada infeksi.

Penggunaan ubat spermasidal (pembunuh sperma) dan diafram juga berpotensi sebagai penyebab infeksi.

- Sistem saluran kencing tidak normal: Berlaku apabila aliran kencing tidak sepenuhnya sehala. Ada yang mengalir semula ke bahagian atas, menyebabkan pembuangan air kencing dari pundi menjadi tidak sepenuhnya.

Sebab-sebab yang berkemungkinan adalah seperti:

1. Berlakunya halangan seperti batu karang pada buah pinggang, ureter dan pundi kencing.

2. Penyempitan saluran kencing, mungkin kerana infeksi lampau.

3. Divertikula: Pundi kencing yang abnormal mempunyai poket-

poket kecil yang mengandungi air kencing yang tidak dapat dilepaskan.

4. Mungkin juga kerana masalah otot-otot pinggul serta saraf.

- Sebab-sebab lain termasuklah mengandung, mempunyai sejarah infeksi lampau semasa kanak-kanak, penyakit kencing manis dan juga kerana putus haid (menopaus).

Bagi kanak-kanak perempuan, infeksi mungkin kerana ureter mereka yang pendek, jadi air kencing senang kembali ke bahagian atas. Seiring pertambahan usia, ureter akan menjadi panjang dan masalah ini mungkin tidak ada lagi.

Sekiranya seseorang wanita itu mengandung, maklumkan kepada doktor mengenainya kerana infeksi saluran kencing boleh memudaratkan kandungan.

Rungutan

Rungutan boleh datang dengan tiba-tiba. Anda mungkin rasa ingin kencing yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

“Kadangkala apabila kencing, rasa sakit seperti rasa terbakar di hujung tempat air kencing keluar. Kekerapan ke bilik air tidak boleh ditahan-tahan. “Mungkin juga anda akan berasa satu ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen, di belakang dan di sisi kedua-dua belah badan,’’ ujar Dr. Shah Reza.

Air kencing mungkin ada kelainan seperti:

- Bau yang sangat kuat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

- Berkeladak

- Mungkin juga bercampur dengan darah.

Kehadiran darah di dalam air kencing mungkin juga berpunca daripada sebab-sebab lain. Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

Sekiranya kehadiran bakteria menjadi serius, puan akan mengalami keadaan seperti:

- Sakit di bahagian belakang serta sisi badan

- Terketar-ketar

- Demam

- Rasa mual dan nak muntah

- Muntah.

“Harus diingat bahawa infeksi buah pinggang adalah serius, jadi jangan abaikannya.

“Infeksi pada bahagian faraj dan juga luaran alat sulit wanita iaitu vulva turut memberikan rungutan dan gejala-gejala hampir sama.’’

Anda boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk membezakan di antara keduanya.

Diagnosis infeksi

Dr. Shah Reza memberitahu: “Analisis air kencing akan dilakukan. Air kencing yang normal tidak mempunyai sel darah putih ataupun sel darah merah. Kuman juga sepatutnya tidak ada. Kehadirannya menunjukkan adanya infeksi.

“Ujian sensitiviti mikrobiologi diperlukan untuk mengenal pasti kuman terlibat supaya ubat antibiotik yang digunakan dapat merawat pesakit dengan tepat,’’ katanya.

Tambah beliau, sekiranya rungutan dan gejala tidak hilang dan infeksi masih berlaku, doktor mungkin mencadangkan beberapa penyiasatan lanjut bagi mengelakkan sebab-sebab yang lebih serius. Antaranya:

- Pielogram intravena: Sejenis pewarna radiologi dimasukkan ke dalam pembuluh darah vena yang kemudiannya dikumuhkan melalui sistem saluran kencing. Doktor pakar radiologi akan meneliti pengimejan organ-organ sistem saluran kencing.

- Pemeriksaan ultrasound: Penggunaan gelombang bunyi untuk melihat sistem saluran air kencing.

- Tomografi berkomputer (CT): Sinaran X yang kecil dan tirus dipancarkan ke badan secara bergilir-gilir untuk membentuk imej-imej sistem saluran kencing.

- Sistouretrografi: Sejenis pewarna dimasukkan ke pundi kencing dan pengimejan dilakukan ketika membuang air kecil.

Pencegahan

- Selepas membuang air besar ataupun air kecil dan selepas dibersihkan dengan air, lapkan kawasan tersebut dari depan ke belakang untuk mengelakkan kontaminasi/pencemaran kuman dari sistem usus

- Bersihkan selalu dengan air di kedua-dua bahagian buang air besar dan juga kawasan faraj serta luaran alat sulit

- Elakkan dari mencuci di bahagian dalaman faraj dengan meletakkan sebarang pencuci, elakkan penggunaan bedak di kawasan tersebut. Semburan deodoran juga tidak digalakkan.

- Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

- Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

- Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

- Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

Sekiranya doktor merawat anda dengan antibiotik, pastikan ubat tersebut dimakan dengan betul. Anda juga harus tahu jenis dan nama ubat yang diberikan untuk rawatan.

Thursday, February 3, 2011

ANDA GEMUK?? ANDA OBESITI??

Pagi tadi terdengar lah satu bual bicara kat radio IKIM...agak menarik tajuk nye & aku ingin berkongsi dgn teman2 blogger yg lain..iaitu..MASALAH KEGEMUKAN @ OBESITI 

Aku pernah gak terbace rencana kat dalam akhbar tentang isu obesiti dikalangan rakyat malaysia ni...Kalau sape2 nak tau..bangsa melayu adalah yg tertinggi menghadapi obesiti dan ...WANITA mencatat kan peratusan yg tertinggi!!!

Adakah anda menghadapi OBESITI??? Aku pasti ramai yg mengaku menghadapi OBESITI, tapi aku juge pasti ramai yg tidak berusaha untuk mengatasi nye...


Menurut laporan NST 29/9/06, Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis.
Sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam.




Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan kegemukan. Persoalannya kenapa kita membiarkan ianya berlaku? Adakah kita suka dengan keadaan ini. Sudah tentu tidak, kita suka badan yang slim.







 So ape kate..anda2 sekalian & diri aku juge, jom kite jalani gaya idup yg sihat, kurangkan makanan yg kurang berkhasiat & banyakkan bergerak lagi bagus kalau dpt bersenam...


Beberapa cadangan dr aku:


1) Wanita2 yg mungkin sibuk bekerja & tiada mase dirumah utk bersenam...ape kate korang byk kan berjalan kaki di opis..elak kan duduk melebihi 30 minit di kerusi anda...cube lah BERGERAK..BERGERAK..& BERGERAK...jgn malas!!! jgn terlalu khusyuk dgn kerja anda...kerana kesihatan anda adalah tanggungjawab anda....

2) Kurang kan lah makan diluar....cubalah masak dirumah..lg pon kan bleh jimat duit...Jgn tanam kan idea "Alaa...kat umah dok berdua je, so kan snang makan luar je".....

3) Jangan minum minuman bergas terutamanye COKE, PEPSI dan seangkatan dgn nya.

4) FAST FOOD boleh makan..tapi kurang2 kan lah yek...sbulan skali dah cukop lah 
tu.....kalau dpt lg kurang lg bagus....

5) Kurangkan makanan dlm tin...smue tu tak bagus utk bdn kite...makanan tu smue dah diawet...

6) Less sugar please!!!!!

7) Anda kuat makan masin????? huhu...jom kurangkan..

8) Suke sgt makan asam?? hahhaa...kalau nak tau,,tu lah pembunuh senyap

9) Sdap nye kalau minum air sejuk kan????? nak2 kalau cuaca panas. Rase mcm nikmat je bile tegok air sejuk...Tapi kalau bole, kurangkan lah yek..cuba byk kan minum air masak / air suam...

10) Anda obesiti dan anda mengaku anda obesiti..So knape tak atasi nye??? Tolong lah buang idea pimikiran seperti ni.. "Nak buat mcm ne, ini diri aku..aku terima seadanya , peduli ape org lain kate". Betol tapi...Ini bukan tentang pandangan org lain terhadap diri anda, tapi tentang kesihatan anda!!!!


Jadi kepada wanita2 sekalian..sayangi diri kite...Jaga kesihatan badan & jgn lupe kite hanya meminjam sementara dari Allah dan ini menjadi tanggungjawab utk kite menjage nye...