Monday, June 17, 2013

Cara Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan nutrisi berikut:
Multivitamin & Multimineral
Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh nutrisi. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium juga membantu ereksi bagi lelaki.
Vitamin B
Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Asic folik juga sejenis vitamin B, ia penting bagi wanita yang merancang untuk hamil dan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifina.
Vitamin C
Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Vitamin E & Selenium
Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E, untuk membantu pergerakkan sperma agar lebih bertenaga untuk berenang ke arah telur dan berjaya disenyawakan.
Zinc
Meningkatkan hormon testosterone, meningkatkan bilangan sperma, menguatkan sperma dan mengurangkan risiko kanser prostat (sangat penting bagi lelaki)
GLA Complex (gamma-linolenik acid)
Sangat penting utk wanita bagi membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari sebelum disenyawakan. GLA juga sangat penting bagi menstabilkan hormone dalam badan wanita terutamanya yg mempunyai masalah haid tidak tetap atau masalah PMS.
Alfalfa
Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
Gabungan nutrien di atas memberikan harapan untuk menimang zuriat tapi...jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan zuriat. Apa yang penting,jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.


Produk Shaklee menawarkan nutrisi2 diatas bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Antara supplement yg dicadangkan ialah:
A)      Wanita
1.       GLA Complex
2.       Alfalfa
3.       B- Complex
4.       Vitamin C
5.       Vitalea – Multivitamin with iron
B)      Lelaki
1.       Zinc Complex
2.       Vitamin E Complex – with Selenium
3.       Vitalea – Multivitamin with iron
4.       Vitamin C
-----------------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMEMT SHAKLEE,  ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

Salam sayang
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni

Thursday, June 6, 2013

Pemakanan Yang Disyorkan Ketika Berpantang


PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-

Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan: 

Buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk), Jus Epal, Blackcurrant, buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika (Jika bayi juandis, elakkan minuman herba)

Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam-ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit, Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG
Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber: carian google.
---------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com


Berpuasa bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan Bayi

Alhamdulillah hanya tinggal sebulan saje menjelang Ramadhan. Sebulan ni lah time nak ganti puase bagi sape2 yang tak ganti2 lagi..hehehe...jangan buat2 lupe ye...
Bagi ibu2 mengandung dan ibu2 menyusukan bayi pula mesti risau kan bayi dalam kandungan dan risau akan bekalan susu merudum.

Kalau ikot pengalaman saye dulu masa mengandungkan anak sulung, mase tu kandungan saya baru masuk bulan ke-5. Tak de lah risau sangat, tapi untuk menyedapkan hati, saya pergi berjumpe doktor untuk mendapatkan nasihat dan memastikan tahap kesihatan saye untuk berpuase. Ape yg doktor cakap, tak perlu risau, sekiranya ibu sihat dan tiade masalah kesihatan, ibu2 boleh berpuase. Dan pastikan mengambil makanan sihat semasa bersahur & berbuka. Ketika malam, pastikan minum air masak. Alhamdulillah,  saye dapat berpuase penuh sepanjang Ramadhan.

Yang pasti, mase Ramadhan ni lah saye tak pernah skip minum ESP semasa sahur. Memang berkesan sebab saya kekal cergas dan tidak letih sepanjang berpuasa.

Untuk ibu2 yang menyusukan bayi pula, jangan skip sesi pumping. Anda boleh meneruskan seperti biase. Semasa sahur pastikan anda ambil makanan berkhasiat yang lengkap dengan semue nutrisi. Sebaiknya jangan lupe makan kurma. Semasa berbuka pula, elakkan minum terlalu byk dan elakka minum air sejuk. Berbukalah secara sederhana dan berkhasiat. Di waktu malam pastikan anda banyak minum air masak. Minum secara sedikit2 tetapi kerap. Jangan lupe juge sesi pumping di waktu malam. Sebab dimalam hari hormon prolaktin sangat tinggi.

Saya cadangkan bagi ibu2 mengandung dan menyusukan bayi supaya mengambil ESP, MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK sepanjang bulan Ramadhan ini. Kombinasi supplement ini akan memberikan anda tenaga dan khasiat yg lengkap sepanjang seharian berpuasa.


Energizing Soy Protein (ESP): Memberikan rasa kenyang berpanjangan dan memberi tenaga extra.

Mealshake: Kaya dan lengkap dengan 19 vitamin dan mineral serta asid amino yg penting bagi memastikan bekalan nutrisi cukop untuk tubuh.

Performance Drink: Bersifat isotonik, tiada gula tambahan, berperisa oren. Memastikan badan tidak terhidrat dan mengurangkan rasa haus.

-------------
Untuk semua, saya ucapkan selamat berpuase, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan dapat perbanyakkan ibadat sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah

-----------------------------------

Hubungi saya untuk mendapatkan rundingan tentang produk SHAKLEE, Cara Pengambilan & Tips Berkesan !! Eksklusif hanya untuk pelanggan di blog ini.

 Ct Rosni |  013.7528484 |  rosni_siti@yahoo.com

Monday, June 3, 2013

Masalah Senggugut

Seperti biase, ruangan kesihatan adalah pilihan utama bagi pembacaan saya pada setiap hujung minggu. Banyak maklumat yg diperolehi daripada ruangan kesihatan Utusan Mingguan.

Minggu ni, column "soal jawab doktor" mengetengahkan tentang "Senggugut Selepas Berkahwin".

Biase kite dengar sesunggut ni dialami oleh kebanyakkan wanita sejak remaja lagi kan. Tapi isu ni, pesakit mula mengalami senggugut selepas berkahwin.

Ok, jom kita baca apekah punca-punca nya.
--------------------------

Soalan: ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah berkahwin hampir enam bulan. Saya dan suami juga sudah bersedia untuk memiliki zuriat. Apa yang merisaukan saya sekarang adalah senggugut saya yang teruk selepas berkahwin. Sebelum berkahwin saya tidak mengalami senggugut hanya sakit perut biasa yang dapat saya kawal. Tetapi semenjak saya kahwin pada Disember tahun lepas, semasa haid saya pada bulan Januari tahun ini saya mengalami senggugut yang teruk sehingga tidak boleh bangun. Sudah banyak klinik yang saya pergi tetapi saya hanya diberitahu doktor masalah berkenaan disebabkan perubahan hormon dan hanya diberi ubat tahan sakit. Adakah berbahaya senggugut yang saya hadapi selepas kahwin ini doktor?- Nadia, Pahang

Jawapan:
Wa'alaikumusallam Nadia, kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea).

Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaannya ia sering dialami pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid.

Manakala senggugut sekunder pula disebabkan oleh endometriosis.Endometriosis pula merujuk kepada keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.Masalah senggugut yang dialami anda berkemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis.

Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang anda berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara iaitu endometriosis. Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila mengadakan hubungan seksual dengan suami. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat (adhesion) atau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui. Malah bagi sesetengah wanita, risiko untuk mendapat endometriosis mungkin ada sekiranya terdapat saudara-mara perempuan mereka mengalami masalah yang sama.

Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, namun banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya.

Ada teori yang mengatakan ia disebabkan pendarahan haid yang berundur atau bergerak secara menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.

Untuk mengetahui penyebab sebenar senggugut anda, sebaiknya anda perlu diperiksa oleh pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan ia adalah endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur Fallopio.

Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease), adenomyosis dan juga masalah fibroid.

Maka, anda perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakit ini tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

Dipetik dari Utusan Mingguan 2 June 2013.