Sunday, May 26, 2013

Masalah dan Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur adalah perkara biase bagi kebanyakkan orang tak kira lelaki atau wanita. Beberapa faktor yang  menyebabkan masalah ini ialah seperti di bawah:
1. Penurunan Mendadak Estrogen Selepas Bersalin 
Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.
2. Pengambilan Makanan Berproses Sebagai Diet Harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
3. Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, stress menyebabkan sekatan pada salur darah (saluran menjadi sempit) yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut
4. Bahan Kimia Dalam Produk Rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
Berikut adalah supplement Shaklee yang sesuai untuk masalah keguguran rambut dan juga rambut rosak, bercabang dan rapuh.
1. Zinc Complex
2. Vitalea with Iron
3. Energizing Soy Protein (ESP)
Berikut pula adalah set penjagaan rambut Shaklee yang bebas kimia dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi:
Untuk keguguran rambut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni boleh digunakan secara harian)
Untuk rambut berkelemumur, gugur, bercabang, rosak dan berminyak:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)
-----------------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SET PENJAGAAN RAMBUT DAN SUPPLEMENT SHAKLEE ATAU INGIN BERTANYA TENTANG PRODUK, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.
Salam sayang
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni

Thursday, May 23, 2013

SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE - PRO SANTE HAIR CARE

Set penjagaan rambut Shaklee yang dikenali sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan. Ia diasaskan daripada bahan-bahan semulajadi.
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:● Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut
●Mineral untuk kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat
●Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
●Dan juga tiada sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.
Berikut adalah rangkaian set ProSante Hair Care:
Long Lasting Finishing Spray
"Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah. Memberikan perlindungan UV. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
Revitalizing Shampoo
Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
Purifying Shampoo
Membersih dengan menyeluruh menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.
Replenishing Conditioner
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.
Lightweight Conditioner
Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.
Nourishing Scalp Treatment
Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut seperti berikut:
Mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni boleh digunakan secara harian)
Mengalami masalah rambut berkelemumur (juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
-----------------------------------
SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE ATAU INGIN BERTANYA TENTANG PRODUK, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.
Salam sayang
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni

Friday, May 3, 2013

Testimoni Pengguna Vivix

Assalamualaikum. 

Wahhh..bile dapat tahu bulan May 2013 ni promosi Vivix, saya sangat teruja, sebab Vivix ni dah macam penawar segala penyakit (kite berusaha yg terbaik, selebihnya Allah yg tentukan). Bila Shaklee dah buat promo, harga memang tersangat lah murah. Promosi hanya sekali setahun je. Jadi kalau tak amik peluang untuk beli, agaklah kerugian. Bulan May ni agak istimewa sebab ade Hari Ibu. So, boleh lah hadiahkan Vivix pada ibu kita. Jom kite bace perkongsian pengalaman/testimoni pengguna Vivix.



Testimoni dari Ummu Ainan:

Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat.. 

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga.. 

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan.. 


Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif




Testimoni dari Kak N:

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.


Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik.Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.
 



-------------------------------------------------------------------------------------

SEKIRANYA ANDA INGIN MENCUBA SUPPLEMENT SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA DAN KONSULTASI YANG BERTERUSAN AKAN DIBERIKAN PERCUMA HANYA UNTUK PELANGGAN BLOG TITISAN MUTIARA BONDA.

Salam sayang,
Mommy Rosni
Shaklee Independent Distributor (ID-867232)
Sms/whatsapp: 013-7528484
Email: rosni_siti@yahoo.com
FB: Ct Rosni